Kenderaan kebun bukan syarat wajib, tapi sangat bermanfaat jika ada. Dengan adanya kenderaan kebun, pelbagai alatan kebun tak perlu selalu dipungggah keluar masuk. Lagipun kita bukannya sentiasa rajin mengemas kenderaan..
Biarpun kenderaan kebun, penampilan biarlah kemas lagi bersih..jadi kenderaan tetap boleh dijadikan kenderaan basahan. Setakat berpergian ke destinasi berhampiran capai kunci terus jalan..
Tiada pikap tak mengapa, cargo tetap luas apabila seat belakang ditanggalkan dan kita tidak risau basah dek hujan. Untuk kekal kemas pasang penghadang supaya alatan tidak tonggang terbalik ketika digunakan mendaki/ menuruni bukit. Penghadang boleh ditanggalkan jika memerlukan ruangan lebih luas atau membawa barangan panjang...untuk mengelakan bau masam bukalah kesemua pintu untuk pengudaraan kabin..
Kini Kembara kebun sudah berteman. Setibanya dikebun, atv mengambil alih tugas.
Atv yang hensem...gagah menakluk pelbagai permukaan kebun..Tidak lah penat untuk meninjau segenap sudut kebun.
Pondok utama hampir siap sepenuhnya.. sedang menyiapkan lagi para para untuk ruangan tambahan menyimpan peralatan kecil kebun..
Selain penggera solar, Orang- orang dipasang untuk menghalang haiwan liar menghampiri kebun.
Belum pun tandas, tadahan air dan platform terbuka siap, argh sudah terlintas keperluan membina rumah Atv..
Tugasan berkebun memang tak pernah habis...
No comments:
Post a Comment