click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, February 3, 2026

Sabah 2026-Tamparuli



Salah satu tempat menarik wajib lawat Sabah adalah Tamparuli. Di sini terdapat jambatan ikonik Jambatan Gantung dan Jambatan Tamparuli. 

Menjadi menarik bukan kerana rupa fizikal jambatan itu, keadaan rupa fizikal biasa- biasa saja, tapi cerita disebalik pembinaan jambatan tersebut. 


Jambatan Tamparuli adalah jambatan konkrit yang dibina sekitar 1930an, ketika dibawah pemerintahan British . Dikatakan pembinaan sering menempuhi cabaran, selalu gagal disiapkan menurut jadual, sering rosak akibat rempuhan arus deras.

Dikatakan hasil perbincangan bomoh dan hantuair, penunggu sungai meminta korban gadis paling cantik disitu. Gadis ini adalah korban cinta tiga segi antara  pengurus Inggeris dan pemuda tempatan yang masing-masing menaruh hati pada gadis tersebut. Pemuda Inggeris menang dalam rebutan tersebut. Dek kerana cinta tidak berbalas, pemuda tempatan  melampiaskan dendam dengan mencadangkan supaya gadis tersebut dijadikan korban  sebagaimana tilikan bomoh. 

Hasil hasutan dan kemahuan menyiapkan pembinaan jambatan, pemuda Inggeris   bersetuju. Gadis diberi minum air tapai sehingga mabuk dan jasadnya ditanam hidup-hidup disalah satu tiang jambatan..

Mengalami tekanan perasaan teruk akibat tindakannya pemuda Inggeris membunuh diri di jambatan yang telah disiapkan..



Selain jambatan konkrit, jambatan gantung turut dibina untuk pengguna menyeberangi sungai  ketika  musim banjir.



Kini gerai-gerai menjual pelbagai produk tempatan seperti hasil laut, kraftangan dll turut dibina untuk pelancung membeli belah..Setiap Rabu turut terdapat  Tamu/ pasar harian.

Di pintu masuk  jambatan gantung juga terdapat persembahan kebudayaan masyarakat setempat. 


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK