Trip Sabah melanggar segala pantang larang, lupakan sementara diet. Kebiasaannya cuba sebaik mungkin makan 2 kali sehari, tiada makan sesudah 8 malam. Hati perlu diberi kerehatan 4 jam sebelum tidur untuk proses detoksifikasi berkesan. Jika terlajak makan sekalipun sekadar makan ala kadar, tapi di Sabah pagi tenghari , petang, bahkan 10 malam, masih makan berat..
Makanan laut sentiasa menjadi pilihan, rasa menu disana tiada jauh berbeza dengan semenanjung.. Nasi briani, nasi arab pun ada, yang uniknya di Sabah hampir semua menu disertakan dengan kuah sup kosong dengan rasa rempah yang kuat.
KUNDASANG..
Malam ke 5 bermalam di Kundasang.
Dua orang peserta menyambut hari lahir 27 dan dan 28 hb Jan..Sambutan pinggiran usia emas..
Penginapan malam di puncak bukit pada ketinggian 1500m, disajikan dengan pemandangan Gunung Kinabalu .
DESA DAIRY FARM
Selalu orang membandingkan suasana disini dengan ladang lembu NewZealand.. Kita pun tak pernah sampai ke NZ jadi tidak dapat menilai persamaan itu. Setelah azam ke NZ tercapai nanti baru boleh menilai.
NABALU
Disini pemandangan Gunung Kinabalu pun menakjubkan..Jika Jepun terkenal dengan Gunung Fuji, Malaysia bertuah dengan Gunung Kinabalu. Kedua-duanya mendapat pengiktirafan tapak warisan dunia Unesco. Cuma berasa terkilan kerana penampilan kita jauh berbeza..Kawasan tumpuan pelancong berada dalam keadaan daif , gerai gerai buruk..jalan berlubang sana sini, nampak sangat selekeh...
Ini yang membuatkan hati berbuku..Jauh lagi untuk mencapai standard antarabangsa..



















No comments:
Post a Comment