Tips of Borneo, Kudat, Taman- taman laut, Semporna dan Tapak warisan dunia unesco Kinabalu, Kundasang sering diangkat sebagai ikon pelancongan Sabah sehingga ke peringkat antarabangsa. Dalam benak pemikiran sudah tertanam standard yang selayaknya..
Kita pulak rajin juga meronda tempat-tempat menarik luarnegara .
Tips of Borneo adalah aset tidak ternilai dan keunikannya boleh dijual diserata dunia. Kena gaya dan promosi pasti ramai yang ingin kesini kerana keunikan itu tidak dimiliki negara lain.
Namun pelancong akan kecewa bila mendapati apa yang disajikan tidak menepati standard yang diharapkan.
Secara peribadi penulis sangat kecewa. Persekitaran tidak terurus. Dari kejauhan sudah terlihat kebun dan pantai kotor..Chalet chalet beroperasi tapi hidup segan mati tak mahu...gerai- gerai jualan usang .. prasarana terabai..Sepanjang jalan menuju ke sana dari jalan utama sekitar 3km bagaikan melalui jalan sempit kebun. Seolah tak percaya bahwa dipenghujung jalan akan terdapat ikonik pelancongan yang diangkat ke persada dunia .
Masjid masjid di Sabah yang jadi pengubat kecewa..Hampir semua masjid yang disinggah berada diluar batas persepsi. Cantik, besar bersih dan yang penting hidup.
Hasil laut yang murah..
Malam sebelumnya menikmati makan-makan di esplanade Kudat, dengan pelbagai menu makanan laut, rasa sangat enak, makan berlima harga hanya Rm130
Hari berikutnya memenuhi saja itinerari ke Pantai Bak Bak Kudat..Dah tak teruja kerana sebelum ini menuju Pantai Kelambu yang mengecewakan., sampah- sarap di sana- sini dan prasaranai terabai.
Mujur pantai Bak bak lebih baik berbanding Pantai Kelambu..Cuma disini pantai berbatu, tiada keputihan pasir halus Pantai Kelambu.
Destinasi berikutnya Kota Kinabalu, destinasi akhir sebelum pulang ke Semenanjung..
Bye bye Kudat





















No comments:
Post a Comment