Berkesempatan singgah di Taman Kucing, Dungun baru baru ini. Usaha murni pihak Majlis Daerah Dungun. Kucing terbiar yang dikutip dari lokasi panas seperti pasar- pasar dikuarantin, dirawat sebelum ditawarkan semula kepada pengunjung untuk dibela.
Ramai yang buang kucing bila dah tak sanggup membela samada terlebih membiak atau berpenyakit. Ada ibu kucing dibuang bersama anak baru lahir.. Kucing ditemui didalam kotak..
Dimaklumkan rumah kucing bakal dibesarkan untuk menampong bilangan kucing yang semakin bertambah.
Melihat kucing yang ditempatkan di situ terdiri dari pelbagai baka. Berbulu kembang , bermata biru pun ada. Mungkin tuanpunya asal dah tak sanggup membiyaai bila kucing terjangkit penyakit. Setelah dirawat penampilan kucing kembali comel dan ramai berkenan untuk membela.




No comments:
Post a Comment