click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, February 17, 2026

Kedai Maya...




Kedai maya ada kelebihan selain, bahaya. . Bahaya kerana dengan sekali klik duit di akaun bank terus menyusut.

Sambil bergolek ada saja yang dibeli.



Pencakar sampah bersekali dengan batang boleh laras Rm23, kualiti kelihatan padu., sebelum ini pernah beli pencakar logam jenis biasa di hardware, pakai beberapa kali terus terlerai setiap jejari.

Gunting ranting harga Rm18, untuk mencantas ranting pokok buahan halaman rumah supaya keluar tunas dan ranting baru. Lama mencari, setelah terbeli gergaji, baru hari-hari muncul iklan  produk ini.

Penitis air rm10, beli untuk menyiram kebun mini  ketika musim panas. Bekalan air menggunakan botol minuman terpakai. Kesihan pokok kelayuan bila ditinggal beberapa hari



Makanan kesihatan sunah, madu, cuka buahan dan minyak zaitun, juga dibeli online. Menyahut saranan tabib kesihatan untuk mengamalkan sekurangnya  sesudu besar awal pagi dan sebelum tidur..Antara kelebihannya dapat membersihkan usus dan organ dalaman. Bangun pagi mudah melawaskan perut..



Kita pun tak faham bagaimana spek hitam begini boleh diperolehi pada harga Rm30. Mungkin ciplak namun frame titanium boleh dikatakan berkualiti, dapat diguna setahun dua sudah dikira berbaloi.

Sebagaimana aliran air sungai, tenang di permukaan, laju di dasar..begitulah penangan kedai maya..Sedar-sedar bertimbun bungkusan tiba di depan pintu..


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK