click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, February 5, 2026

Sabah 2026- Bye bye Sabah..



Trip Sabah melabuhkan tirai. Misi mengelilingi Sabah tercapai, laluan yang dipilih setelah mendapatkan panduan mereka yang pernah ke Sabah sangat membantu, mengikuti arah anti pusingan jam..menempuh terlebih dahulu laluan lebih mencabar Keningau-Tawau diakhiri dengan laluan yang lebih baik untuk destinasi selanjutnya sehingga Kota Kinabalu. Reserve the best for the last.

Seorang peserta akan terbang awal ke semenanjung sekitar 6 ptg, manakala kami berempat lagi jam 10 malam. 




Sebelum menghantar rakan ke airport, makan tenghari dulu di Seafood Warisan. Sepanjang 6 hari trip makanan laut menjadi hidangan wajib.



Fuh hampir pasti berat badan masing-masing bertambah. Duit tabung masih berbaki banyak, koleksi 2 ribu seorang berbaki hampir 4 ribu lebih lagi. Ternyata sangat menjimatkan bila penginapan memilih homestay berbanding hotel..Purata penginapan dalam Rm50 seorang satu mlm. Lebihan bajet penginapan disalurkan untuk makan- makan, langsung tidak berkira..  ada ketika bajet makan jatuh lebih Rm70 satu kepala.


Makanan terlebih beli, yang sudah berhidang pun tak larat nak habiskan, makanan tiba lewat dibungkus..Singgah masjid beri pada jemaah yang sudi.

Sementara menunggu penerbangan balik meronda dulu Kota Kinabalu. KK ternyata tidak jauh berbeza dengan ibunegeri lain Malaysia. Kelebihannya lagi ditepi laut menampilkan suasana lebih indah..Harap kebersihan sentiasa dijaga 




Replika Todak di Esplanade Kota Kinabalu..Lokasi bersebelahan sangat meriah diwaktu malam untuk makan- makan
.

 
Ikan lumba lumba









Masjid-masjid Sabah yang kami singgah sangat tidak mengecewakan..begitu juga dengan masjid pekan  kecil maupun surau

Masjid Beaufort, Masjid Sipitang, Masjid Lahad Datu, Masjid Kudat, Masjid Negeri dan Masjid Bandaraya semuanya besar, cantik dan yang penting hidup.

Masjid Negeri Sabah









Masjid Bandaraya Sabah, 




Tidak diragui Masjid Bandaraya, masjid paling cantik Sabah luar dan dalam...


Agar tidak kelam kabut check in awal..



Bagasi 20kg dan 7kg beg bimbit, dimanfaatkan sebaiknya, mana yang terlebih tumpang rakan yang kurang. 


Setiap yang bermula pasti berakhir, kami kembali ke semenanjung jam 10 malam..

Paling tak sangka trip sabah tidak begitu mahal..Tabungan 2 ribu seorang dikembalikn rm900 ..Jika termasuk tiket tak lebih Rm1500 seorang.  Penerbangan pergi Firefly dan kembali Malaysia airline. 

Untuk trip seminggu boleh dikatakan sangat berbaloi..

Masing masing dah tak sabar untuk meronda untuk trip berikutnya..Yea mungkin  Sarawak.. Sarawak tunggu kehadiran kami..




No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK