Kitaran kehidupan, bermula dagang, berkesudahan dagang. Bulan Ramadhan bila hanya tinggal berdua, pilihan ringkas adalah berbuka di surau ataupun masjid, nanti sesudah terawih baru balik. Tidak ketika muda terpaksa menyediakan juadah untuk anak- anak ramai di rumah.
Bekalan juadah berbuka ala kadar.
Sebenarnya bagus dihidupkan semula tradisi membawa bekal masing-masing dari rumah, nanti boleh bertukar- tukar juadah dengan para jemaah ketika di masjid atau surau.
Sekarang telah menjadi trend, masjid ataupun surau turut menyediakan juadah berbuka puasa.
Setelah 2 hari berpuasa, dan berbuka di 2 masjid berbeza, kehadiran jemaah berbuka tidak begitu ramai, kerana juadah masih berbaki agak banyak...





No comments:
Post a Comment