Ladang Sabah Tea tak sebesar dan seindah ladang teh Cameron Highland.
Terdapat Cafe juga kedai menjual produk teh dan cenderahati.
Replika teko untuk pengunjung mengantung padlock..Idea yang unik
Kolam Air Panas Poring, Ranau
Kolam air panas terbesar Sabah..Ianya termasuk dalam senarai tapak unesco bersama Gunung Kinabalu.
Punca mataair utama bermula di sini..Aliran kuat dan bau belerang juga agak kuat. Kepanasan air 9-8/10..
Memang tak sanggup berendam terus didalam kolam..
Kolam mandi disediakan paip air sejuk dan panas untuk mendapatkan suhu selesa. Caj mandi Rm10 tambahan dari tiket masuk kawasan air kolam juga Rm10
Jika sekadar berendam kaki tiada caj tambahan selain tiket masuk.
Walaupun ada ruang untuk penambaikan, secara peribadi sangat menyukai kolam air panas ini,, dalam banyak-banyak singgahan, kolam air panas ini satu satunya tarikan pelancong Sabah menepati piawaian untuk kunjungan pelancong luar negara.
Masjid Ranau.
Masjid serba baru lagi moden.
Setelah nengelilingi hampir separuh Sabah, boleh dikatakan masjid-masjid di Sabah hidup dengan aktiviti keagamaan..tidak jauh beza dengan masjid masjid semenanjung.













No comments:
Post a Comment