click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, January 26, 2026

Sabah 2026 KK-Keningau

 Hari Ke 2 bergerak awal, lagipun Borneo waktu subuh seawal 5.20 pg, rugi jika masa terluang tidak dimanfatkan. Perbincangan  memutuskan mengelilingi Sabah melawan pusingan jam, menuju selatan dahulu kemudian ke timur, Rakan-rakan yang pernah meronda Sabah memberitahu, sektor selatan, KK- Tawau merupakan laluan paling mencabar kerana keadaan jalan yang lebih teruk berbanding laluan di utara..

Sementara masih segar elok bersusah- susah dahulu.



Semalam tiba di Airport KK jam 10.30 mlm, sesudah mendapatkan mpv sewa Innova, segera mencari tempat makan malam. Berpergian bersama rakan yang pernah bermastautin selama lebih 20 tahun di Sabah pastinya berkelebihan, lebih arif dengan destinasi. Malam pertama makan di Anjung Selera KK. menikmati hidangan dipersisiran air.






Sabah terkenal dengan makanan laut segar dengan harga berpatutan.. Malam itu, purata  satu kepala dalam Rm50...Biasanya memang jarang makan sesudah maghrib atas faktor diet sihat, tapi untuk ronda- ronda ini terpaksa mengorbankan rutin.

 Malam pertama menginap di apartmen berdekatan dengan perkampungan air KK. 

Hari kedua memutuskan untuk meronda Papar-Beaufort-Sipitang-Tenom dan Keningau. 
Sabah adalah negeri yang besar. Sekiranya Lebuhraya Pan Borneo siap kelak,   destinasi dari utara Sabah sehingga ke selatan Sarawak boleh diakses dengan mudah. 


Didapati progres terkini di Sabah ada sektor yang belum/ telah atau sedang dibina, sebahagian laluan tersebut boleh dilalui, ada juga yang macam terbengkalai.

Pagi sarapan di Papar. Selanjutnya menuju ke Beaufort.



Masjid Beaufort ..Rekabentuk yang cantik dan besar, hanya penampilan mulai lusuh.



Di Beaufort menyinggah di sekolah rakan guru yang pernah berkhidmat disitu sekitar 2017-2018 sebelum berpindah ke semenanjung. 

Destinasi berikutnya Sipitang. 






Berbanding singgahan terdahulu Papar dan Beaufort,walaupun pekan tidak begitu besar, Sipitang lebih hidup dan tahap kebersihan lebih baik...Esplanade Sipitang  meriah ..


Solat zuhor di Masjid Imam Haji Hashim Sipitang. Berbanding Beaufort, masjid ini juga cantik lagi bersih namun sedikit kecil dan jemaah zuhor alhamdulillah ramai sebagaimana disemenanjung juga..



Sipitang terkenal dengan sate. Gerai gerai bersebelahan esplanade hampir semua menjual sate berserta ketupat. Pagi telah bersarapan berat di Papar, tengahari di Sipitang, sekadar menikmati sate dan ketupat di gerai terapong pinggiran laut.


Berikutnya...Tenom..




Jika ke Tenom wajib menikmati kopi Tenom. Tenom terkenal dengan kebun kebun pertanian seperti kopi, avocado juga durian..

Destinasi akhir hari ke 2 adalah Keningau.  Laluan Tenom Keningau memang mencabar sesuai dengan altitude tinggi. Laluan lebih berliku pada kecuraman lebih 10 peratus..sepanjang laluan terdapat bangkai bangkai kenderaan terbakar maupun terbabas...sangat sukar untuk memotong kenderat berat. Pemanduan lebih bahaya sewaktu menuruni laluan curam ketika hujan.





Sempat mengabadikan kenangan di Crocker Range Keningau-Kimanis. beraltitude tinggi dan dingin


Salah seorang peserta merupakan pesara Naib Presiden PNB, melawat cawangan ASNB di Keningau.





Makan lagii...Citra Rasa Keningau

Rumusan laluan yang dilalui ke setiap destinasi hari ke 2 berada di skala 3- 4/10 .

Besok akan merentasi banjaran tanah tinggi untuk ke Timur Sabah, sektor yang dikatakan mencabar..

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK