Hari ditunggu -tunggu sudah tiba, meronda Sabah Jan 24-30 2026. Walaupun demikian seawal 23 hb dah mula bermusafir, sekali arung menghantar orang rumah ke airport kerana berombongan ke China.
Bila ibu-ibu taman mengatur trip ke Yunan seminggu, bersama pasangan masing masing, kita pun mengatur trip ke sabah bersama rakan rakan camping. Tak ikut serta kerana menjimatkan bajet untuk trip eropah Mac nanti, lagipun salah sorang ibu, pasangannya turut tak dapat mengikuti trip itu, maka sedang elok mereka mengisi slot bersama.
Sabtu seawal 1 tenghari telah ke airport walaupun penerbangan nanti jam 8 mlm. Bergerak awal kerana hati tak tenang, percubaan beberapa kali check in online, gagal, percubaan rakan camping lain pun gagal...Bermacam-macam bermain difikiran, kotlah tempahan tiket kita itu scam, kerana rakan camping sendiri tak percaya harga tiket jauh murah dari kebiasaan, 1500 untuk 4 orang pergi balik bersesekali dengan bagasi 20kg setiap seorang.
Kebiasaan bila mengambara, urusan check in dll diserah bulat bulat ke orang rumah, jadi bila beliau tidak bersama, segalanya perlu dihadapi sendiri..
Alhamdulillah urusan check in di airport tak lah sesukar mana, lagi pun bila bermasalah ringankan mulut bertanya...





No comments:
Post a Comment