Di Sabah penduduk bukan islam ramai, sepanjang jalan mudah mendapati gereja berserta menara lambang salib. Mencari tempat makan sedikit mencabar.
Ketika meronda pekan Nabawan, kelihatan pekebun sedang menolak hasil durian ke peraih
Spesis durian kampong, segar dari kebun berisi tebal dijual pada harga Rm4 sekilo. Tiga biji durian hanya berharga Rm20, sangat sangat berbaloiBersolat dan menyelesaikan hajat di masjid. Selain jalan, air juga sering bermasalah di Sabah, Tiada lagi bekalan air sempuna, masih mengharapkan juga tadahan air hujan.
Setelah lebih 6 jam tiba di Tawau. Terasa seperti baru keluar dari hutan melihat perbezaan pembangunan di Tawau berbanding kemajuan di sepanjang perjalanan tadi.
Singgah di pasar Tanjung, Tawau yang bersesekali dengan bangunan UTC. Di tingkat 2 terkenal dengan produk makanan laut seperti bilis dll..Bilis popular mata biru sekitar harga Rm55 sekilo..Janji jangan balik tangan kosong, beli lah juga sepeket dua..
Meronda bandar Tawau lebih kurang seterusnya meneruskan perjalanan ke Semporna sekitar 7mlm. Dapat merasai suasana tempat baru itu sudah satu kepuasan...Tipikal bandar-bandar di Sabah tiada perbezaan begitu ketara.
Untuk ke Semporna mengambil masa dalam sejam setengah lagi. Jika memandu berseorangan nescaya mencari saja penginapan di Tawau..tak sanggup menghadapi kemungkinan jalan teruk ke Semporna. Beramai- ramai boleh bergilir memandu.


















No comments:
Post a Comment