Jaket dan pakaian tebal dah mula dipunggah, bermakna masa untuk meronda sudah semakin dekat. 16 Mac-26 April. Berhujung puasa dan beraya di sana. Terakhir meronda jauh adalah pada 2023, sesudah itu terhalang ke luar negara...Memanfaatkan anak yang berkerja di Jerman, ronda ronda kali ini ke eropah lagi..Banyak lagi destinasi eropah yang belum dikunjungi...
Kita yang sering bermain panas kebun, suka ke negara 4 musim, ketika musim dingin, lebih tepat lagi dalam bulan Febuari ke atas..Ketika itu musim sejuk tidak lagi dipuncak..Cuaca masih dingin dan siang pula semakin panjang..Jika berkunjung diwaktu puncak sekitar Disember/Januari, waktu siang tersangat singkat, pukul 6 dah gelap gelemat..rugi tidak dapat meronda banyak tempat.
Jerman boleh dijadikan pusat untuk ke lain- lain destinasi. Menginap di rumah anak kos penginapan dapat dikurangkan. Banyak destinasi eropah atau afrika utara boleh dikunjungi. Tiket penerbangan ke negara negara tersebut boleh dikata mesra poket, untuk meminimakan kos cari destinasi dibawah rm300, tujuan untuk meronda, kita redah saja destinasi menawarkan harga murah.
Sementara menunggu menjelajah jauh eropah Mac, kami geng camping akan meronda Sabah pada 24hb-30hb Januari. Bercamping terdahulu di Mersing 4 orang, kaliini bertambah sorang lagi geng camping menjadikannya 5 orang, seorang baru saja bersara. Ada beberapa orang lagi yang sedang menunggu untuk bersara, beberapa siri bercamping sedang disusun.. sementara masih diberi lagi kesihatan, kita manfaatkan waktu terluang dengan merondaa.
Kebun...?..Kita tinggal duluu..

No comments:
Post a Comment