Meninggalkan kota Frankfurt ke GeoNature Park sekitar perjalanan sejam dengan tren.
Taman dan bandar lama ini merupakan sebahagian tapak warisan dunia unesco. Kita cuba juga mencari maklumat di internet, masih tak pasti sejarah unik disebalik pengiktirafan itu.
Ketika ini keseluruhan bunga taman belum mengembang sepenuhnya... Dalam sebulan dua lagi apabila keseluruhan pokok berbunga pastinya mewujudkan suasana indah.
Yang tua maupun muda menikmati suasana taman bunga ketika cuaca meniti penghujung musim dingin.
Ketika musim ini cafe cafe dipenuhi pengunjung...Di Frankfurt dibanjiri pengunjung luar, dibandar kecil begini dipenuhi warga tempatan...
Melihat tugu ini teringat siri tv Combat era 70an . Tugu memperingati tentera terkorban ketika perang..
No comments:
Post a Comment