Dalam perjalanan ke utara singgah sarapan di Sungkai berlatarbelakangkan tanaman pokok Gac..Di Parit Buntar sarapan di cafe tengah sawah...Penampilan dan persekitaran sangat cantik. Sekarang muncul banyak tempat makan santai begini, tempat makan ini beroperasi sejak setahun lalu..Walaupun agak jauh dari jalan utama, itu tidak menghalang orangramai berkunjung ke sana..Inilah kuasa viral.
Menu pelbagai .. Nasi lemak, ubi rebus lempeng, roti bakar dan bermacam lagi..
Bersama anak cucu Bagan Serai..
Semoga penampilan cafe berterusan kemas dan cantik manakala mutu perkhidmatan dan kualiti makanan sentiasa dipertingkatkan..
Kuasa viral ada kelebihan dan kekurangan, nak maju, laju nak melingkup pun senang..Bila dah viral tanggapan dan jangkaan orang ramai adalah sangat tinggi, setiap pengalaman dibawah jangkaan akan membawa malapetaka.
Sesudah sarapan kami ke Thailand lagi..Kalini menaiki tren..






No comments:
Post a Comment