Duduk di taman biar pun berhalaman luas, masalah utama jika kita menanam banyak pokok adalah melupuskan sampah-sampah pukal. Boleh dikumpulkan di pinggir jalan hadapan rumah..tapi akan menyakitkan mata jika sampah lambat dikutip pihak perbandaran.
Dahan dan ranting terpaksa dilupuskan di tanah kosong hadapan rumah..Kalau tuan tanah mula membina rumah kelak, tak tau lah nak dilupuskan dimana lagi..
Kebetulan semasa membersih halaman, pekerja perbandaran sedang membersih longkang ..tak sangka diberi beberapa peket bungkusan karong plastik ketika saja meminta plastik sampah..Sampah daun-daun dilonggokkan bersesekali dengan sampah mereka, selalunya mengambil masa beberapa hari juga sebelum sampah sampah tersebut dikutip..
Kalau di kampung senang, memang sedap membakar ..tapi duduk ditaman ermm mau tak mau kena rajin mengumpul dan melupuskan..



No comments:
Post a Comment