click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, February 23, 2013

Kembara Cambodia- KohKong-Pnom Penh

6 Feb 2013,Rabu. Awal pagi kami bergerak ke Pnom Penh. Perjalanan ke Pnom Penh diketuai oleh Imam masjid Koh Kong, Ustaz Asmawi dan cikgu Rusdi yang menaiki kereta.

 Yang menonggang motorsikal adalah cikgu Rusdi  menjadi jurucakap dengan pihak berwajib disamping Ustaz Asmawi , semasa ketibaan kami di sempadan.
Pengisian minyak pertama di Cambodia.. Di pekan sempadan Koh Kong matawang Baht diterima secara meluas.
                            
Perbezaan ketara tut-tut Siam dan Cambodia...Tut-tut siam membonceng disisi manakala Cambodia membonceng dibelakang...

Ok siap sedia..perjalanan hari ini agak mencabar kerana pertama kali menonggang sebelah kiri jalan, sebagaimana di Eropah atau US...taklimat marsal mengingatkan berhati-hati ketika melintas jalan atau memasuki simpang atau menuju bulatan..pandang kiri jalan ...


Pertama kali membawa kenderaan sebelah kiri jalan  memang agak kekok. Kekadang tersentak juga  bila tetiba kenderaan dari arah berlawanan muncul dilaluan berselekoh...lama kelamaan tonggangan akan kembali selesa.  Tak sesukar mana membiasakan diri dengan  aliran trafik berbeza....semudah membiasakan diri dengan kenderaan bergear manual setelah lama memandu kenderaan bergear automatik.

                           


Sambil menanti penunggang santai tiba, kami  bergambar dengan imam daerah KohKong (Kiri sekali) yang turut menghantar kami ke Pnom Penh. Ketika ini konvoi terpecah dua, grup santai jauh tertinggal dibelakang..mereka melayan perasaan menikmati sausana baru di Cambodia barangkali haha...tidak perlu khuatir akan tersesat kerana jalan ini satu satunya jalan ke Pnom Penh...Keadaan jalan agak teruk berlubang dan disebahagian laluan,  pasir mengotori permukaan jalan..itu pasal rider santai tidak mahu mengambil risiko membawa laju...


Itu diaa mereka tiba...pergh....


                            
Sarapan pagi kami disajikan oleh keluarga imam yang membuka gerai tepi jalan. Sajian kari ayam kampong, ikan goreng sungai, ulam-ulaman, nasi hasil padi ditanam sendiri disusuli dengan menegguk air kelapa perghhh sungguh menyelerakan...
"Pak imam... tambah nasi satu ...? ! " haha. Kelihatan isteri Pak imam (berapron ) sibuk melayan kami dibantu oleh jiran sekampung...Sudah menjadi kebiasaan di Cambodia setiap hidangan akan disertakan air teh cina secara percuma..tapi air kelapa kena bayarlah yea...



Kali ini aku tertinggal jauh dibelakang..maaflah yea...penutup rantai motor aku tertanggal skru...terpaksa diikat menggunakan tali...terlanggar banyak lubang barangkali...apabila kelibat penonggang tidak muncul, peneraju dan rider hadapan akan berhenti menunggu di tepi jalan...




Lebuhraya bertol di Cammbodia dalam pembaikan..musim kemarau disana menyebabkan jalan berdebu..Terbayang perlumbaan Paris -Dakar.

 Rider hadapan bukan saja letih menonggang, tapi letih  menunggu rider belakang...tepi jalan pun boleh melelapkan mata..Ketika ini mereka letih menunggu kami bertiga...Aku dan Sdr Mastor mengantuk yang teramat sangat. Sweeper turut berhenti bersama kami  untuk melelapkan mata di pangkin gerai jualan air tebu tepi jalan...Tak boleh tahan beb...sesudah segar , meneruskan semula tonggangan dan berkumpul semula dengan kumpulan hadapan sebelum memasuki Pnom Penh...

Jalan utama ke Pnom Penh sesak teruk kerana waktu puncak warga pejabat pulang berkerja..Konvoi berhenti disini untuk menunggu peneraju berkereta yang terperangkap dilaluan sesak. Mat-mat motor boleh mencelah...Mat berkereta terpaksa menerima keadaan seadanya. Peneraju memutuskan untuk menggunakan jalan alternatif  untuk ke Pnom Penh...Jalan pintas...pergh wa cakap lu... lalu di permukaan berkawah dan berdebu..lubang sana..lubang sini...mana nak kawal motor, mana nak sesuaikan trafik..
                            


                           
n

Akhirnya kami tiba juga dimasjid ini di pinggiran Pnom Penh semasa jemaah sedang bersolat asar. Peneraju kami akan menghantar sehingga disini saja,

Penunjuk jalan seterusnya adalah Sdr Rudy kenalan lama bro Azman group leader kami..Kami tiba di Pnom Penh sebelum magrib. Di Pnom Penh kami akan bermalam selama 3 har di Hotel penginapan Boeng Meah. Caj bayaran 16 USD sebilik...Kawasan penginapan kami dikenali sebagai Bangkok dikalangan penduduk tempatan...Sekiranya anda melawat ke Cambodia dan ingin mencari kawasan masjid dan makanan muslim sebut saja Bangkok nescaya ramai yang tahu... 

Kembara hari ke lima boleh di baca lagi di Kembara Cambodia- Pataya- Koh Kong  

Thursday, February 21, 2013

Kembara Cambodia: Pataya - Kohkong

5 Feb 2013, Selasa. Xpdc diteruskan ke sempadan Thailand- Cambodia melalui checkpoint Ban Hat Lek. (Thai) Koh Kong( Cambodia)

 Taklimat dan bacan doa dijadikan amalan rutin sebelum memulakan perjalanan. Post mortem perjalanan yang sudah dilalui bakal dijadikan panduan.


 Perjalanan adalah lancar. Singgah berehat dan makan tengahhari di restoran muslim di Trat, Thailand
disamping membuat salinan dokumen untuk memasuki sempadan.


 Pengisian minyak terakhir sebelum memasuki Cambodia. Minyak di Thailand adalah mahal, lebih dua kali ganda harga minyak di Malaysia. Tapi minyak di Cambodia lagi mahal , hampir mencecah RM6 seliter.

 Semasa singgah solat di Ban Noen Ta Meaw, Trat berpeluang menemui ahli Jemaah Tabligh dari Bangkok yang boleh berbahasa melayu.

 Ban Noen Ta Meaw ini diduduki hampir 90 peratus  muslim.

 Tiba di check point Ban Hat Lek. Urusan mengecop pasport keluar Thailand dan penyerahan semula dokumen membawa kenderaan kenderaan ke kastam Thailand.
 Urusan lancar disebelah Thailand...
 Bersiap sedia berurusan dengan imigresen dan kastam Cambodia. Tidak banyak dokumen diperlukan sekadar pasport. Urusan memasuki Cambodia dibantu penduduk tempatan yang datang dari Pnom Penh, Ustaz Asmawi dan Sdr Rusdi
 Lawatan kami ke Cambodia adalah melalui Wisma Putra. Kedua-dua kedutaan 2 negara maklum akan kehadiran kami. Sepatutnya urusan adalah lancar.


 Sementara Ustaz Asmawi dan Sdr Rusdi berurusan dengan pegawai imegresen dan kastam, kami menutup lampu hadapan. Pelek di Cambodia lampu hadapan hanya dibenarkan dinyalakan disiang hari oleh pembesar-pembesar.
Akur dengan peraturan , berkoyok lah lampu besar kami. Harap-harap tiada pergerakan diwaktu malam sebab leceh untuk membuka dan memasang semula penutup...Mujur motor aku dilengkapi dengan spot light yang bersuiz. Sewaktu memerlukan lampu bolehlah menggunakannya.

 Urusan tidak semudah disangka walaupun berbekalkan dengan dokumen sokongan kedutaan masing-masing, Kerenah birokrasi tetap ada.

 Kerenah birokrasi sebenarnya kaedah untuk mintak duit kopi. Kami terpaksa menggunakan khidmat ulat-ulat yang berkeliaran untuk pengisian borang dsb. Setiap seorang dikenakan bayaran 10USD oleh pihak imegeresen tidak termasuk upah ulat-ulat...
 Urusan pasport di imegresen selesai dengan bantuan ulat-ulat. Urusan membawa masuk motor kami belum selesai lagi. Ustaz sedang berbincang dengan ketua Kastam.

 Lama sangat mereka berbincang, berposinglah kami...
 Akhirnya urusan membawa masuk kenderaan selesai.. Tanpa segan silu mereka menetapkan bayaran duit kopi  30USD seorang...ishh.

 Segera kami di bawa ke pekan Koh Kong untuk penginapan malam pertama di Cambodia. berkedudukan 10km dari sempadan. Pertama kali membawa motor dilorong sebelah kiri. Dengan bantuan kenderaan ustaz yang memandu dihadapan, walaupun kekok bolehlah juga menonggang tanpa apa-apa insiden.

Makan malam di di Koh Kong. Bantuan Cikgu Rusdi dan Ustaz Asmawi sangat bermanfaat. Aku kagum dengan Cikgu Rosdi ( Dua dari Kanan) yang sangat fasih berbahsa Melayu. Berbanding Ustaz Asmawi yang belajar di Malaysia, Cikgu Rusdi belajar bahasa melayu berpandukan minat dan pembacaan samada melalui buku-buku atau internet...Mereka ini merupakan sukarelawan di Kampung Chanang, perkampungan yang bakal kami lawati di Cambodia.

Bermalam di Kolab Chaey Den I dengan bayaran 12USD sebilik. Esok kami akan terus ke Pnom Penh...

Diari hari ke 4 boleh lagi dibaca di Kembara Cambodia- Pataya

Wednesday, February 20, 2013

Kembara Cambodia: Patayya...

4hb Feb 2013. Selesai lawatan Bangkok Motorbike Festival . 


Selesai urusan checkout  bilik yang disewa semata-mata untuk mengumpulkan kesemua beg/barangan rider , kami bergerak ke Pataya.  Olehkerana jarak Bangkok dan Pataya sekitar 150km, kami bergerak sebelah petang.


 Berpandukan GPS, kami keluar dari Bangkok bersama grup Laos dan singgah sebentar di Kedai motorsikal Red Barron dalam perjalanan sebelum simpang ke haluan Laos dan Cambodia. Disini kami berpecah.

Menuruti sangat panduan GPS, grup kami tertuju ke lebuhraya bertol dan ditahan pengawal keselamatan disana. Pengalaman rakan bikers, ramai yang terpaksa bayar duit kopi untuk kesalahan itu, namun tidak bagi kami. Pegawai yang sukakan duit kopi cuti kot..haha...Exit ditemui 13km sesudah itu dan perjalanan selanjutnya mengikuti jalan biasa merentasi pusat-pusat bandar yang sesak. Tiba di Pataya telah malam.


 Penginapan kami sepatutnya di ValentinoRossi hotel. Tempahan dan deposit telah dibayar secara online. Bila tiba , dimaklumkan oleh pemilik matsalleh, rekod mereka tiada tempahan dibuat...setelah bertekak dan menunjukkan bukti bayaran, mereka akur dan penginapan kami dipindahkan ke Radi mansion, juga milik Mat salleh..Nama saja mansion..sebenarnya hotel biasa dilorong-lorong belakang...

Argh Mat Salleh pun ramai pembelit juga. Dulu insiden sama terjadi pada aku dan rakan sewaktu berkunjung ke Koh Samui. Tempahan online 2 bilik apartmen, bila tiba hanya dapat satu bilik. terpaksa bertekak sebelum diganti dengan penginapan baru yang berasingan.

 Penginapan kami berdekatan dengan masjid ini. Azan subuh jelas kedengaran. Kunjungan ke Thai, samada timur, barat utara apatah lagi selatan masjid dan makanan halal mudah ditemui.

 Kesedaran agama di Thai juga semakin marak. Walaupun dikelilingi dengan pelbagai premis pesta dan hiburan., masjid disini terdapat sinar agama. Tadika mengajar anak-anak kecil mengenali agama mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat


 Adik komando yang manis...

Di Pataya untuk bergerak dengan mudah sewa saja motorsikal. Bayaran 250B sehari. selagi larat rondalah Pataya.
 Kami bermalam di Pataya selama dua malam. Siang hari meronda seluruh Pataya. Bagi yang larat rondaan dilanjutkan ke malam hari juga. Tengok kupu-kupu malam....hehe no good haa...

 Kali ke 2 aku di Pataya City..kali pertama bersama geng vespa klasik 2011.


Diberitakan Pataya Bike week akan diadakan di bandar ini...pergh bertambah happening sausana disini..bagi yang sukalah...

 Sebagaimana  kawasan percutian lain, spt Phuket, Koh Samui dsb.. ramai mat-mat saleh berkunjung disini. Siang bersidai tepi pantai , malam bersidai dalam pub.

 Ini kalau Tsunami datang..pergh ...Nauzubillah...

                           


Industri kurang bermoral berkembang biak di Thai...boleh dikatakan hampir semua tempat yang kami pergi, bapak ayam dan agen berada dimana-mana. " lady sir..."...sambil menunjuk pamplet..Bila balik aku belek-belek muka kat cermin ish-ish muka ayam ker aku ni...haha...


 Dugung-dugung putih banyak terdampar di pantai ini...

 Penat menyusuri pantai, boleh jamu mata di pusat beli belah...Dapat belek harga saja..harga kalau jauh lebih murah dari negara sendiri, boleh lah  beli mana-mana yang berkenan..erm lebih kurang sama saja hatta  lebih mahal pun banyak...

Cukuplah di Pataya 1hari 2 malam. Esok kami akan ke Koh Kong, pekan sepadan sebelah Cambodia...

                         

 Coretan sebelum ini hari ke 3 boleh dibaca lagi di Kembara Cambodia-Bangkok

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK