click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, April 10, 2012

Jom Mersing...

Sumpah aku tak pernah membonceng orang sejauh ini...he he..Bila terdesak boleh rupanya. Aku tak berani bawak orang kerana sering membayangkan aku adalah pembonceng motorsikal itu..Gayat wa beb dibonceng.. Mencelah antara kenderaan...sesakali membrek keras..fuh kembang kecut je hati...kena pulak hari hujan, rasa geli-geli macam bawak motor atas lantai simen basah...

Ada hikmah juga anak aku sekolah jauh-jauh, boleh melawat  sambil menjelajah Malaysia. Takdalah ghairah sangat bawak motor, tapi kalau dah ada cuma bungkus dalam selimut apa barang..Kalau ada kawan nak ikut ..Jom..! Kalau masing-masing punya hal dan sibuk, aku boleh pergi sorang-sorang..Risau-risau juga bila ajak rakan, dibimbangi ride itu lebih banyak memenuhi agenda kita.. Kesian rider yang lain.

Kepada Shahir KTM SMT990 dan Mokhtar Versys 1000 (he..he..sibuk nak upgred ER6, motor ER6 nak bagi anak pakai..bertuah punya anak..) yang meluangkan masa menemankan aku ke Mersing Ahad baru ni..menjengah anak sambil ambil kereta yang tersadai di Ayer Hitam..Terimakasihlah..


Semasa berhenti sarapan dalam perjalanan ke Kuala Pilah bertembung dengan ramai rider lain..berbelas rider tak silap aku. zoom..zoom..! Ride pusing-pusing hujung minggu kot. Ride hujung minggu , pada pandangan aku bagus untuk menjelajah seluruh pelusuk Malaysia. Sebenarnya banyak tempat yang belum pernah kita jejaki  lagi...Kalau dapat meronda sehingga Sabah dan Sarawak lagi bagus..Dapat lah melihat sendiri sausana yang ada..Kena tengok dengan mata kepala sendiri, barulah dapat menghargai kajian dunia luar yang meletakkan Malaysia di tangga ke 51 di dunia negara yang penduduknya paling gembira...

Adik yang hensem dan ceria...tapi dia cakap motor aku tak lawa...ha ha..dia lebih berkenan SMT 990...


Semasa melalui laluan Gambang - Segamat ini, bertembong lagi dengan segerombolan motorsikal...Keadaan laluan Kuala Pilah-Bahau-Muadazam memang cantik. laluan membelah ladang kelapa sawit di felda-felda. Sebenarnya untuk ke Bandar Tun Razak seterusnya Muadzam dari Kuala Pilah tak perlu melalui pekan Bahau. Gara-gara papan tanda yang sekejap ada tetiba hilang, tersesat sampai ke sana...tapi tak kisahlahlah paling tidak sampai jugak aku ke bandar Bahau.

Laluan sepanjang pantai  dari Kuala Rompin ke Mersing  memang cantik.. keadaan jalan dan pemandangan...bila hujan kena juga berhenti lagi.. Sebelum ni pun dah lama tunggu hujan berhenti di stesen minyak Petronas dalam daerah Kuala Rompin...pemandangan sebegini yang jadi bahan gelak ketawa pemilik kenderaan bukan motorsikal...Apa barang hujan duduk bawah jambatan...jalan la..ha ha..


Sebelum zohor dah tiba Mersing..Bertolak tadi pukul  7 pagi...kalau tak hujan dah lama sampai..Bersambung..

Monday, April 9, 2012

Tahniah Liyana Latep--From zero to passion...


Hu..hu terharu wa beb. Nampak gaya aku dah terkena jangkitan sindrom penyakit pakcik-pakcik, makcik-makcik...lebih lagi bila duduk sorang-sorang, terpandang foto lama anak-anak..sayu hati...cuba mengelak..datang balik..ish..ish. Begitulah kot perasaan mak ayah kita terhadap anak-anak bila berjauhan. Mujur sekarang zaman canggih, dapat le mengikuti perkembangan anak-anak walaupun dari kejauhan...

Rasanya baru saja menyekolahkan anak di tadika ..tup-tup dah tahun 3 di U sekarang..Tadika anak sulong, paling aku ingat berbanding anak yang lain, maklumlah anak pertama...seawal usia 4 tahun dah aku masukkan ke tadika.., hari-hari  menanya perkembangan pembelajaran anak.. Ya Allah, bila melihat keletah kanak-kanak berusia 4 tahun sekarang, terasa menyesal pula dulu seolah-olah memaksa anak boleh membaca dengan segera..Dulu anak sulung aku ni lambat pandai cakap berbanding kawan-kawan sebaya..Umur tiga tahun cakap pun pelat-pelat..he he..

Itu dulu..sekarang dah pandai tangkap gambar dan menang..ha ha..



Pertandingan “one picture thousand words” GROUP A 1) Setiap penyertaan akan dinilai 50% undian (di Fanpage PCI) dan 50% dari pihak juri pertandingan. 2) Tempoh masa untuk ‘like’ di facebook adalah dari 18hb hingga 25 hb. Peserta dikehendaki : 1) mempromosi foto anda kepada rakan-rakan facebook yang lain untuk me...


Keputusannya....


Tempat pertama : NAMA : ANIS NADIA ISMAIL

TAHUN PENGAJIAN : TAHUN 2 PERGIGIAN

TEMA : THEATRE OF LIFE


From zero to passion..alhamdulillah for this special gift..:D

NAMA: LIYANA BINTI LATEP

TAHUN PENGAJIAN: TAHUN 3 PERUBATAN

TEMA YANG DIPILIH: WORLD: IF ...


Tahniah lah...!

Saturday, April 7, 2012

Sombongkah aku...?-Konvoi Himalaya..!



Sebahagian peserta bersedia untuk berlepas...


Hari ni Sabtu, dah nak balik kot  geng motor aku yang ke Phuket hari Khamis lepas..He he kepada peserta sekalian maaf lah yea aku tipu korang sehingga minit terakhir baru bagitau, aku tak jadi pergi...lagipun dah 11 orang yang turut serta, kalau setakat aku sorang menarik diri tak jadi hal lah beb. Aku pun tak taulah, umpp nak ke Siam ni macam tak mau singgah kat hati ...sebab naik motor barangkali..kalau  naik basikal mungkin sedikit berbeza..sepatutnya boleh saja kalau aku turut serta, lagipun dari hari yang sama Khamis,  aku duduk sorang je kat rumah..bini wa ada rombongan Cik Kiah pergi Bandung, Indon.

Kepuasan berkonvoi, bila hati berkobar-kobar nak pergi. Kita menunggu-nunggu tarikh yang dijanjikan. sekejap-sekejap periksa semula keperluan yang nak dibawa..duduk depan komputer cari maklumat, kaji peta perjalanan dsb. he he baru best...semangat ni datang bila pertama kali kita pergi ke destinasi itu...bukan kira jarak perjalanan, hatta dekat, semangat kita berbeza jika tempat tu kita tak pernah pergi...Mungkin sebab tu  semangat aku nak ke Siam semacam longlai saja sebab aku dah pernah keliling Siam sehingga sepadan Burma di Barat/ Utara, sepadan China/Laos- Utara/Timur, sepadan bergolak Kemboja timur/selatan. Kawasan bergolak di Yala dan Patani pun  pernah lalu...Pendek kata walaupun tak mahir, tapi dapat bayangkan sausana di sana. apatah lagi Phuket berdasarkan ingatan pergi pertama kali dulu.

Tapi trip yang ini memang aku tak menyabor nak pergi...! Konvoi Himalaya bersama Royal Enfield Malaysia pada September ini...Kos perjalanan dalam 17000 termasuk motor yang desediakan oleh Royal Enfield India. Sebahagian besar kos perjalanan ada pulak yang menaja  fuyoo..! Bukan semua peserta konvoi ditaja..tapi kami berempat cuba dapatkan peruntukan kajian jabatan di Universiti . Harap-harap permohonan sahabat aku memperolehi peruntukan kewangan  kajian jabatan universiti beliau diluluskan. Kajian hubung kait Himalaya dengan peradaban Melayu..Peranan aku..? sebagai pembantu bawak kamera, bawak beg dsb...he he..tak kesahlah jadi pembantu..janji boleh pergi..!

September..September ...ishh lamanya...! ha ha..

Thursday, April 5, 2012

Jauhkanlah musibah ini...hu hu..


Dua kejadian berikut dirakamkan di lokasi berikut semalam 4 Apr 2012

1. Jalan susur SKVE ke LDP..Rentong ko. Tak silap tanker minyak..


2. Yang ini pulak di Pulau Meranti, jalan lama menuju Cyberjaya...ish..ish


Kepada pengguna jalanraya termasuk aku, berhati-hati. Malang tak berbau..

Tuesday, April 3, 2012

Bila sifat ikhsan sudah tiada...

Semalam 2 peristiwa betul-betul berlaku depan mata kami. Peristiwa pertama, sepasang suami isteri (aku agak jelah) India bergaduh tepi jalan. Kesihan aku tengok bini dia kena belasah guna topi keledar dan penerajang..menangis dan terduduk  sambil cuba menepis dalam kawasan semak. Aku berhentikan kereta dengan harapan si mamat lelaki ni berhentilah mengerjakan bini dia..aku pulak yang kena hamun , suruh aku jangan masuk campur dan beredar segera. Wa pun belahlah tak mau si mamat tu bertambah naik angin, tak pasal-pasal pecah cermin kereta  kena hentak dengan topi keledar.

Masa bercintan muda-muda dulu..love u, love u...tapi bila dah lama bersama, bergaduh depan khalayak ramai  pun buat tak kesah...sebab tu maaf cakaplah, bila pasangan muda jalan sambil berpegangan tangan, berpeluk.., lagi-lagi yang belum kahwin,. konon-konon tersayang amat dengan pasangan ..erm aku memang cukup menyampah. Kalau belum ada apa-apa ikatan dah pandai tunjuk tak reti malu.., jangan-jangan dah ada ikatan nanti nanti bila bergaduh  tak pandai pulak nak sorok-sorok...

Peristiwa kedua, sedang kami memetik pucuk paku di tepi jalan...he he..tetiba teringin pulak nak makan pucuk paku... pucuk paku  ini, bukan jenis yang selalu dijual di pasar malam tu.. dapat le  petik secekak,  kira banyak lah untuk kami makan berdua. Seorang anak muda tersungkur atas jalan raya bila motorsikalnya kena senggol kereta yang dipandu laju.. mujur lori di belakang sempat mengelak..kalau tak, fobia aku nak bawak motor teringat peristiwa ini. Pemandu kereta terus memecut laju.

Tak taulah apa nak jadi dengan dunia sekarang., Belas ikhsan sudah semakin asing dari diri manusia...

Monday, April 2, 2012

Cerpen...Masuk kiri keluar kanan...3


Ramai yang menanya kenapa tak pakai kereta yang baru sikit. Kereta yang kami bawa ni dah berusia 12 tahun. Almaklum jelah kereta tua. Dah hampir masuk kategori klasik..Bini wa pun dah bising suruh bawak je Viva.  MPV yang ada tak sangka pulak kawan sambung sewa sehingga Ahad untuk angkut pengunjung luarnegara sempena F1 di Sepang baru nih. Nak cakap tak boleh, kawan bagitau MPV aku dah dimasukkan senarai yang akan bawak sekian-sekian orang. Boleh kot kali ni sewa lama sikit..Dapatlah duit lebih he he..sebelum-sebelum ni memang dia selalu sewa untuk majlis-majlis korporat. Dalam sebulan dapat 2,3 kali sewa cukuplah. lama-lama  aku pun tak mau..jahanam kereta.  Dengan duit sewa tu dapat le kurangkan duit poket  bayar ansuran bulanan ..Lagipun daripada MPV aku tu terperap gitu saja,  dapatlah juga panas-panaskan enjin. Tambah-tambah lagi sekarang tinggal berdua, takkan ke hulu hilir bawak kenderaan panjang muat keranda.

Berbalik pasal kereta yang tersadai di tepi jalan. Semasa pekena kopi di warong, bersembang dengan pengunjung semeja. Cantik..! kebetulan mereka sekampong dengan aku...dipendekkan cerita dia ada kawan yang selalu tarik-tarik kereta rosak macam ni, boleh angkut terus ke bengkel di Ayer Hitam. Dekat-dekat magrib trak sampai.



Aku dan bini naik kereta. Kereta naik trak tunda...Bergoyang-goyang macam naik kuda ..!

Terbang 350 upah tarik. Inilah yang dikatakan rezeki. Tak taulah berapa duit  kena repair kereta tu nanti. Ingatkan bagi sewa MPV , boleh dapat duit lebih, rupanya duit bukan aku punya..duit penarik kereta, duit orang bengkel dsb. he he..Masuk kiri keluar kanan...


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK