click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, October 9, 2012

Kembara Merdeka 2012...




Tarikh 9hb Okt 2012, Selasa
Lokasi : Perkarangan Sri Pentas, TV3
Simbolik pelancaran Kembara Merdeka 2012 telah diadakan di Perkarangan Sri Pentas pagi tadi. Majlis telah dihadiri lebih 50 peserta .  Konvoi telah dilepaskan oleh Dato' Ahmad A. Talib yang aku kenali melalui tulisan beliau  di ruangan Pahit Manis, Berita Harian. Konvoi Kembara Merdeka 2012 sebenar akan diadakan pada 6Nov-11 Nov 2012 depan.  Kembara yang  bermula di Johor Bahru akan melalui Mersing-Kuantan-K.Trg-Kota Bahru- Penang-Ipoh dan berakhir di Putrajaya. Seramai 500 peserta telah mendaftar diri untuk menyertai acara tersebut..

Lintas langsung pelepasan konvoi  telah disiarkan di MHI...Korang tengok tak MHI pagi tadi...?





Dato' Ahmad A.Talib dan aku..


Senyum-senyum..muka masuk tv...!

Takpalah tak dapat masuk tv, dapat masuk blog sendiri pun ok...Boboi..Boy...! ha ha...

Saturday, October 6, 2012

Ukur baju di badan sendiri...

2/10/2012, Selasa, 5.30 ptg
Aktiviti lama, entry terbaru. 

 Kiri 60an, kanan awal 30an, belakang mid 40an

 Si tua semakin laju, orang muda mengikori rapat...mereka berlari sejauh 10km tanpa henti...'Practice make perfect',..rajin berusaha, tiada yang mustahil..sedangkan si atok di Itali  berusia 100 tahun mampu berbasikal mengelilingi velodrum dengan catatan masa membrangsangkan, inikan pula orang muda seperti kita.


Orang dibelakang...tercungap-cungap berlari dan berjalan..Dia memerlukan banyak latihan  untuk menyaingi orang dihadapan...semakin lama semakin sayup  ketinggalan...he he..itulah aku...setelah beberapa hari  berlalu, berjalan masih berdengkot-dengkot kesan kekejangan otot yang dialami. ...betullah juga kata bidalan- Ukur baju dibadan sendiri...


Apa-apapun sempena hujung minggu ini ...Jom riadah...!






Friday, October 5, 2012

TIPS SEMPOI -selimut motor

SELIMUT MOTOR



Korang sayang motor korang kan...Jadi elok diselimutkan motor kesayangan anda. Bila berselimut ni kuranglah berhabuk, taik cicak pun takdalah merata-rata melekat kat motor...Selamat jugak dari bercalar-calar tempat ayam, kucing dsb  bertenggek , . Selimut motor kalau korang beli kat kedai motor pasti mahal, yang kecik pun tidak kurang RM150. Sebab aku lambat dapat tips ni, selimut besar motor aku je cecah RM400.

Kepada yang baru saja sambar motor elok saja korang beli selimut kereta..Jangan bazir duit..Selimut kereta kancil harga tak sampai pun RM50...Berapa banyak dah jimat......InsyaAllah cat motor  korang akan sentiasa berkilat dan tahan lama...ha ha..

Selamat mencuba...

Laju..Berbaloikah...?

Semasa berada di Majlis Pohon Restu MRSM Besut  baru-baru ini, aku bersembang dengan salah seorang bapa murid . Beliau bertolak dari Bandar Baru Bangi ke Besut menaiki kereta seawal jam 4 pagi Ahad  dan tiba di sana sebelum jam 12 tghhari. bermakna tempoh perjalanan tidak melebihi 8jam. Beliau melalui laluan Karak-Bentong-K.Lipis-Gua Musang-Kuala Krai-Jertih.. Menurut beliau lagi cara pemanduan penuh berhemah dengan mengikuti kelajuan dibenarkan kerana tidak mahu dikenakan dengan pelbagai saman disamping berhenti rehat beberapa kali.

Aku pula bertolak pada hari Sabtu dari Rawang yang berkedudukan lebih dekat berbanding BBBangi dan memilih laluan Karak-LPT- Jabor-Ajil-K.Trg-Permaisuri-Jertih . Bila dicongak-congak  tempoh perjalanan aku dan dia, tidaklah pula terlalu jauh berbeza...seolah-olah tidak setimpal dengan cara tonggangan aku yang macam ribut itu. Biasalah naik motor mana peduli dengan garisan berkembar atau hadlaju..terus saja memotong bila terdapat peluang berbuat demikian..  Aku bergerak dari rumah jam 12.30ptg dan tiba di Besut jam 6.0ptg iaitu tempoh perjalanan selama 5jam30minit bermakna hanya berbeza 2jam30minit. Walaupun aku turut berhenti rehat, tapi disepanjang lebuhraya aku bawak laju. jarum meter motor aku macam seronok berada diangka 180km/jam, . jalan lurus lah yea..

Bila fikir-fikir, berbaloikah terburu-buru mengejar masa supaya cepat sampai kedestinasi jika hasilnya tak seberapa. Perbandingan ini antara motorsikal dan kereta yang pastinya memberi kelebihan kepada penonggang motorikal..Bayangkan jika kereta dengan kereta, aku garenti perbezaan masa  tidak akan begitu ketara... langsung tidak berbaloi dengan pelbagai risiko yang dihadapi.  Bayangkan kerana ingin mengejar masa, pemandu  terpaksa menyalakan lampu tinggi untuk meminta laluan atau melulu memotong walaupun digarisan berkembar atau memotong sebelah kiri kenderaan dsb..Pastinya pemanduan sebegitu akan kelihatan gelojoh dan kelamkabut serta akan mengundang sumpah seranah pengguna jalanraya yang lain...

Berdasarkan pengamatan aku itu, adalah lebih baik bawak kenderan secara rileks. Tak payahlah kelam kabut. Jika ingin cepat sampai ke destinasi bertolaklah lebih awal.. Rancanglah perjalanan anda. Tak akan lari gunung dikejar...Kita khuatir dalam sibuk mencipta rekod memendekkan tempoh perjalanan, menyusul pula  pelbagai risiko yang membahayakan diri dan orang ramai disamping terpaksa memperuntukkan duit yang banyak untuk membayar saman...Peringatan ini untuk diri aku juga...

Ingat...! Jangan pandu/tonggang melulu..! Kita mampu mengubahnya.. .


Thursday, October 4, 2012

Bon Voyage anak-anak...

4/10/2012, Khamis

Diam tak diam 3 bulan telah  berlalu. Pelajar kembali dari perantauan  Mesir menamatkan cuti  di tanahair setelah bersama keluarga semenjak awal Ramadhan lagi. Pagi tadi lebih kurang 30 pelajar termasuk anak aku kembali semula ke sana untuk memulakan penggajian difakulti masing-masing. Terasa begitu pantas masa berlalu..Apalah ada dengan 3 bulan, sedangkan  3 tahun anak-anak diperantauan dirasakan tersangat baru ,   pejam celik 3 tahun lagi, insyaAllah anak-anak akan menamatkan pengajian.

Seawal jam 5 pagi kami telah bergerak ke KLIA supaya tidak tergesa-gesa mengejar jadual penerbangan jam 9 pagi.

InsyaAllah ada kelapangan dan rezeki kami pulak yang akan menziarahi anak-anak  disana nanti. Sementara pelajar ada disana bolehlah menumpang kediaman dan menjadi penunjuk jalan kepada  ibubapa yang berkesempatan kesana.

Selamat menyambung semula penghidupan di perantauan  anak-anak sekelian. Sermoga berjaya dunia akhirat.


Tuesday, October 2, 2012

Jom Monggolia...

Banyak perancangan bermotor yang dijadualkan pada tahun ini nampaknya tak jadi...Ride Kapchai Bali, Ride Kapchai Borneo, Ride Kapchai Himalaya  terpaksa ditunda atas sebab tertentu. Yang pasti Ride Himalaya mungkin mengambil masa untuk direalisasikan kerana bajet ke sana melalui peruntukan penyelidikan ditolak oleh pihak atasan Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Perancangan terbaru Ride Kemboja sedang diaturkan pada cuti sekolah November ini. Ride ini bersama grup sama semasa ke 1000 konar dulu diharap menjadi kenyataan. Tapi tanda-tanda tak jadi pun macam dah ada sebab pada awal November ini ramai peserta akan menyertai Konvoi Merdeka dari JB ke Putrajaya selama seminggu...bagi mereka yang terikat dengan majikan, cuti tahunan mungkin menjadi penghalang sedangkan untuk sesuatu ride yang jauh, minima 10 hari diperlukan, barulah dapat menikmati kembara yang  dirancangkan.

Sebab itu aku suka berjalan dengan dua, tiga orang rider saja, perancangan lebih kurang selebihnya terjah...kalau terlalu berperancangan selalunya tak jadi...Aku memang berkobar-kobar untuk melihat negara orang. luaskan pemandangan, menambahkan pengalaman...Duit-duit yang dapat aku selamatkan dari masuk kantung tokeh stesen minyak mahupun pengendali lebuhraya bertol  atau duit terselamat dari dibakar api rokok ...sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban perbelanjaan berkembara nanti...

Argh malas nak tunggu geng bermotor, sempena Eidul Adha ini aku dan isteri akan mengikuti rombongan ejen pelancongan...Segala perancangan agent aturkan... sediakan saja duit RM2250...Jom Monggolia...!



6D5N QURBANI BEIJING MONGOLIA

DAY 1
24 Oct 2012 ARV KUL - BEIJING – HUHHOT (BY TRAIN) 
Arrive in Beijing at midnight. Pick up group from airport and check in.
After breakfast, transfer to visit the Tian An Men Square which is the largest city square in the world, bordered by the Great Hall of the People ,then tour the Forbidden City, the complex of imperial palace, which was home to the Empero
rs for over 500 years. Grand halls and courts gradually give way to more intimate domestic quarters, giving an insight into the pampered isolation of the emperors. After lunch, Visit the Niujie Mosque & pray at there and we will shop at the Muslim Super Market and Niujie, it is in the Muslim community and the only super market for Muslims in Beijing. Visit the local famous Silk Show Room. Enjoy Traditional Free Foot Massage at the Chinese medicine center. After dinner send to Beijing West Railway Station. Take night go to the capital city of Inner Mongolia—Hohhot. Overnight on train. B/L/D
DAY 2
25 Oct 2012 HUHHOT
Upon arrival. pick up and send for breakfast at local Muslim restaurant. Check in hotel for slight rest. Early lunch, then transfer to Xilamuren Grassland (90KM). Vast grasslands, the Xilamuren Grassland are a good place for a grassland experience. Themushroom-like yurts, bright sky, fresh air, rolling grass and the flocks and herds moving like white clouds on the remote grassland, all contribute to make the scenery a very relaxing one. During the visiting, you may try different activities such as Mongolian wrestling, horse & camel riding, rodeo competitions, archey. Transfer back to Hohhot city center. B/L/D
DAY 3
26 Oct 2012 HUHHOT-BEIJING (BY FLIGHT)
Breakfast at hotel. transfer to local mosque to pray. Then do Qurban. After lunch, transfer to visit the Imam’s Family. Visit the Arabic School. In the afternoon, shopping at the local famous Muslim Market. In the evening, transfer to Hohhot airport. Fly back to Beijing. B/L/D
DAY 4
27 Oct 2012 BEIJING
Breakfast. Today is the highlight of our China tour, the climbing of the Great Wall of China, which was first built in the Warring States period (475-221BC) as a series of earthworks erected by individual kingdoms as a defense against each other as well as from invasions from the north. The present day wall was left from the Ming dynasty. Stop at the Jade Museum and Crystal Center for shopping. Lunch at a local Muslim restaurant near the
Great Wall. Visit the Burning cream Center. Enjoy Chinese tea ceremony at Tea House. Dinner at local restaurant. Enjoy the local famous Acrobatic Show at night. B/L/D
DAY 5
28 Oct 2012 BEIJING DEPARTURE
Breakfast. transfer to visit the Summer Palace. Being the largest imperial garden in China, the Summer Palace was first built in the Qing emperor Qianlong’s time in 1751 and burned down in 1860 by the French and British army and restored by the Dowager empress Cixi for her own enjoyment. It became a favorite haunt of Cixi, who preferred it to the Forbidden City, and named it Yi He Yuan meaning the garden of health and harmony. Shopping at the Fresh Water Pearl Center. Lunch. shopping at Jewelry City. Visit to the Ma Dian Mosque which is one of the most famous mosques with hundreds years history. Visit the Kitchen Knife Shop. In the afternoon, enjoy shopping at famous Xiushui Street. Till evening, go on shopping at Yashow Market until dinner.
After dinner, send to airport. Catch early morning flight D7317 0150. 29Oct. departure from Beijing. B/L/D
DAY 6
29 Oct 2012 ARRIVAL KUL
Fly from Beijing airport to Kuala Lumpur with sweet memory. HOME SWEET HOME. ALAHAMDULLILAH. A Safe Trip Home -/-/-
* Menu & itinerary are subject to change. Please note.

Price included:

• 4 Nights hotel accommodation based on twin room.
• HALAL meals 06 lunch and 05 dinner as specified in the itinerary
• Private land transfers by air-conditioned company coach English speaking
• All entrance fees of sightseeing places as mentioned in the itinerary.
• Private escorted tour with service of Malay, Indonesian or English speaking guide
• Visa Single Entry
• Tips for tour guide
• 1 way train ticket ( soft class) & 1 way domestic flight (tourist class)

Price excluded:
• Domestic flight KBR-KUL
• Personal expenses (Laundry,telephone,mini items)
• Excess Baggage
• Sheep RM280 per sheep
• Cow RM380 per person (RM2560 per Cow)

Proposed Flight detail:
DATE SECTOR FLIGHT NO ETD ETA
23 Oct 2012 KUL – PEK D7 316 19:50 01:05+1
29 Oct 2012 PEK – KUL D7 317 01:50 08:45
KUL – Kuala Lumpur PEK– Beijing

Monday, October 1, 2012

Majlis Pohon Restu ...


Sempena peperiksaan PMR dan SPM yang akan diadakan tidak lama lagi satu majlis pohon restu telah dianjurkan oleh pihak sekolah seperti berikut.

Tarikh 30hb Sept 2012, Ahad
Tempat: MRSM Besut Trengganu


Walaupun hari Ahad adalah hari berkerja bagi sebahagian negeri di Pantai Timur, kehadiran ibubapa agak ramai. Ibubapa, walau sesibuk mana seharusnya mengambil kesempatan untuk menghadiri majlis yang dianjurkan. Pengalaman mengikuti majlis seumpama ini mendapati ramai pelajar yang menangis teresak-esak memerhatikan pelajar lain  dapat bersalaman dan berpelukan dengan ibubapa masing-masing, sedangkan mereka bersendirian tanpa ditemani oleh ahli keluarga.

Dengan kesedaran inilah, walaupun jauh dan baru saja menjenguk anak di asrama 2 minggu sudah, aku gagahkan jua bermotor  untuk memberi sokongan moral kepada anak yang akan menduduki PMR..


 

Aku tak pasti samada sekolah-sekolah selain MRSM turut menganjurkan majlis pohon restu sebegini.  Selain solat hajat dan bacaan yasin sebaiknya tradisi ini turut dikongsi oleh sekolah-sekolah lain..Pelajar boleh mengambil kesempatan bermaafan dengan guru, ibubapa juga rakan-rakan sebelum menduduki peperiksaan utama..Adab menuntut ilmu, sebaiknya turut memohon keredhaan guru ilmu yang dipelajari..Mana tahu selama belajar disekolah pelajar ada melakukan kesalahan pada guru-guru atau bergaduh sesama murid atau menyinggung hati ibubapa dsb. Jadi pelajar dapat menduduki peperiksaan dengan tenang setelah bermaaf-maafan

Selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon PMR dan SPM sekalian...  

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK