click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, July 12, 2013

Jangan Toleh Belakang lagi..!

Sausana bazar yang sesak dengan pengunjung mampu menyuntik semangat dan keyakinan diri...

Berjinak-jinak berniaga sempena musim perayaan adalah langkah yang tepat. Kebiasaannya berniaga di musim perayaan sebegini amat mudah mendapat pelanggan berbanding hari-hari biasa. Kehadiran pelanggan yang ramai adalah suntikan semangat. Tidak hairan dek kerana seronok memperoleh pendapatan yang lumayan ramai yang meneruskan perniagaan sesudah musim perayaan. Pengalaman dan keyakinan diri diperolehi sepanjang memulakan berniaga adalah satu azimat yang tiada galang ganti.

Cuba anda bayangkan jika berjinak-jinak berniaga dihari-hari biasa. Semangat pasti luntur melihat pelanggan yang amat sedikit. Bahan jualan tidak habis. Silap haribulan tak sempat sebulan dah tawarhati untuk meneruskan bisnes.

Kepada yang telah memulakan langkah..Tahniah.. Kepada yang belum jomlah berbuat demikian. Kita ramaikan usahawaan dikalangan kita. Mekarkan wawasan 1Keluarga 1Syarikat. Wujudkan generasi yang suka berbisnes. Mungkin sekarang berskala kecil mana tahu generasi berikutnya mampu membawa bisness ke skala besar . Kita mampu mengubahnya

Thursday, July 11, 2013

Kita Boleh...!

Big bike shop di Puchong...menjual dan membaiki motorsikal berkuasa tinggi. Juga menjual alat ganti dan aksesori. Pengimport tunggal Royal Enfield . Lagi artikel mengenai Big Bike Shop boleh di baca Royal Enfield Kini Kembali


Mail Motor di Batu 16 Rawang sangat popular terutama dikalangan ahli Lanun Bikers...Kini bengkel bertauliah Harley Davidson...
#

Harraz Auto di Bt 12 Rawang menjadi pilihan pelanggan kereta kontinental...

Setiapkali ingin membaiki atau membeli aksesori kenderaan atau apa saja urusan ekonomi  jangan lupa dahulukan kedai  milik orang islam kita. Sewajibnya kita meningkatkan ekonomi rakan seagama. Khidmat mereka lebih jujur. Serba sedikit kekurangan adalah perkara biasa.. Jika kita perhati lebih 90 peratus pemilikan motorsikal dikuasai oleh orang kita, ironinya pengusaha bengkel juga penjual motorsikal masih dikuasai oleh orang lain. Aku lebih suka berurusan dengan orang kita kerana secara logiknya pengetahuan mereka dalam membaiki kenderaan adalah lebih baik kerana  kebanyakan pengusaha bengkel  kita adalah bikers.

Aku tumpang bangga bila bilangan pengusaha bengkel orang kita semakin bertambah. Kita mempunyai pilihan untuk menghantar kenderaan dikalangan orang kita sekiranya tidak berpuashati dengan mutu perkhidmatan pengusaha terdahulu. Setidak-tidaknya imej buruk yang ditonjol sesetengah pengusaha akan  tertebus oleh pengusaha lain yang semakin ramai. Beginilah senario dikalangan pengusaha bengkel milik bukan islam. Bukan semuanya baik bahkan kekadang jauh lebih teruk berbanding mutu orang kita namun bilangan pengusaha mereka yang ramai dapat mengabui mutu pengusaha yang teruk.

Jom berubah dan sokong..Kita boleh...!




Thursday, July 4, 2013

Perlukah tahu semuanya...?

 Selalu orang cakap, bukalah bisnes dalam bidang yang kita berkemahiran. Kalau nak buka bengkel mesti terlebih dulu mahir membaiki kenderaan, buka restoran mesti mahir memasak.... menternak mesti mahir memelihara atau mengembala begitulah seterusnya. Walaupun diakui kelebihan memiliki kepakaran untuk setiap bidang diceburi, namun itu  bukan prasyarat untuk  berjaya dalam bisnes. Ramai tokoh-tokoh hebat perniagaan tidak mahir bahkan berpengetahuan sedikit sebelum menceburi bisness tersebut. Aku percaya Tony Fernandez bukan seorang juruterbang..namun berjaya mengemudi syarikat aviation..TS Syed Bukhari bukan seorang pengendali kren pelabuhan, namun berjaya memiliki pelabuhan mengendalikan beribu-ribu tan kargo dan ramai lagi tokoh-tokoh perniagaan hebat  seperti mereka ini. Jika kita beralasan perlu mahir dahulu sebelum berani berbisnes alamat sampai ke sudah kita takut memulakan bisnes atau jika telah berbisnes lambat mengembangkan bisnes sebab kita terikat dengan tugasan khusus. 

Mengambil semangat tokoh-tokoh hebat perniagaan, aku pun memberanikan diri membuka bisnes gunting rambut yang aku sendiri tiada kemahiran mengenainya.  Tambah semangat bila mendengar pelanggan bersembang dengan tukang gunting menanyakan premis ini cawangan yang ke berapa...? Pergh ..

Apa yang aku pelajari adalah letaklah orang yang berkemahiran menerajui cabang bisnes itu. Letakkan kepercayaan kepada mereka. Kalau mereka tipu...? Memang kena bersedia dan berlapang dada untuk kena tipu...Tak perlulah peningkan kepala memikirkan perkara yang terlalu negatif...anggaplah itu bukan rezeki kita. Tapi aku percaya ungkapan nabi...'isteri yang baik adalah untuk suami yang baik...' begitu juga dengan orang bawahan ...selagi bos baik insyaalah kita akan dianugerahkan anakbuah yang baik...


Kepada teman-teman diluar sana..apalagi..jomlah berbisnes...






Wednesday, July 3, 2013

Ribuan, Jutaan Ringgit Bermula dengan Satu Sen...


Yok Rempitan yang bakal dipaparkan di papan tanda utama...Yok Rempitan kini jenama...haha

 Yok Rempitan di paparan LED

Kedai gunting rambut...?  Biar betul...

Hehe reaksi kekawan bila dimaklumkan kedai gunting kami telah beroperasi. Almaklumlah kedai gunting bukannya boleh menjana pendapatan lumayan. Walaupun persepsi itu kekadang silap. Kena gaya dan percaturan apa saja bisness mampu memberikan pulangan yang berbaloi walaupun kelihatan lekeh.  Jangan dipandang lekeh nilai syiling satu sen kerana tanpa satu sen, tiadalah nilai ribuan, jutaan dsb.. Dengan bilangan banyak dipelbagai lokasi, siapa sangka vending machine menjual minuman berkarbonat  mampu memberikan pulangan tinggi kepada pemilik jenama...Begitu juga dengan mesin urut yang kini banyak disediakan dipusat beli belah, kawasan rehat dsb...

Bila sebut kedai gunting rambut, kebanyakan orang akan terbayang kedai gunting yang sempit dikongsi dengan premis lain, sesuailah dengan jangkaan pendapatan yang tak seberapa.  Berbeza jika disebut saloon. Aku ingin kelihatan berbeza. Walaupun turut dikongsi dengan premis lain, dengan susunatur yang tersusun kedai gunting kami. masih kelihatan luas dan selesa, sehingga ramai yang menyangkakan kedai gunting kami adalah unisex saloon.. Khuatir dengan imej saloon dan persepsi harga yang mahal, papan iklan LED dipasang dipremis memaklumkan kadar harga yang setara dengan kedai gunting biasa. Alhamdulillah nampaknya berkesan.

Masih terlalu awal untuk berkokok tentang dayasaing dan kelangsungan kedai memandangkan kedai gunting kami turut bersaing dengan kedai gunting lain yang punya nama beroperasi 2 pintu dari kedai kami. Setelah masuk hari ke 3 operasi dan melihat trend pelanggan yang menggunakan khidmat tukang gunting kami, semangat dan keyakinan untuk pergi jauh nampaknya mula mekar...Keyakinan inilah aku cari.

Cabaran utama dalam bidang perkhidmatan adalah memuaskan hati pelanggan. Pelanggan adalah raja. Meningkatkan bilangan pelanggan nampaknya tidak sesukar mengekalkan pelanggan sama mengunjungi semula kedai...Aku yakin untuk kekal berdayasaing mutu perkhidmatan mesti sentiasa tiptop. Dan aku percaya untuk mencapai mutu kerja yang konsisten, biarlah bisnes meningkat secara semulajadi tanpa perlu dipaksa dengan pelbagai promosi berlebihan. Lainlah kalau bisnes telah benar-benar stabil. Dikhuatiri promosi berlebihan akan membunuh terus bisnes yang diceburi kerana keupayaan tidak mampu menampung permintaan yang tinggi sehingga menggadaikan mutu perkhidmatan. Pengalaman lingkup dalam perkongsian bisnes makanan  pizza diharap boleh dijadikan panduan dalam memacu bisness perkidmatan yang diceburi kini.

Kepada pelanggan-pelanggan, baik beritahu rakan,  buruk beritahu kami...

Thursday, June 27, 2013

Homestay EP Tasik Putri , Rawang...

Perlukan penginapan di Rawang.? Usah risau kami sedia membantu...

EP Homestay  di Tasik Puteri, Rawang. Kedudukan homestay ditingkat 1 deretan rumah kedai. Dilengkapi dengan 2+1bilik +1beranda  dan 2 bilik air

Pelbagai kemudahan restoran, minimarket, pasar malam di hadapan kedai setiap hari Jumaat dll
 
                           
 Ruang tamu dilengkapi sofa boleh ubah kepada katil...1 bilik kecil dilengkapi beberapa tilam...

 Pandangan ruang makan dari ruang tamu...TV 21 inchi

                               
Bilik utama dengan set lengkap perabut dan kipas...

 Bilik katil single dan kipas...

 Beranda atau Ruang bacaan/ menggosok pakaian...

 Meja makanan 4 kerusi...

 Dapur dengan peralatan asas  periuk nasi, cerek elektrik, pembakar roti, set stim boat.

Berhampiran dengan Uitm Puncak Alam : 20min,

Unisel  : 20 min.

Sebahagian unit apartmen dibangunan sama dijadikan asrama pelajar oleh pihak pengurusan Unisel

Kadar penginapan Rm130/malam.

Penginapan jangka pendek dialu-alukan dengan kadar harga yang boleh dirunding.

Berminat hubungi 0132305355, 0193040340,  0192400340...

Tidak cukup luas...? Anda boleh juga menginap di homestay berikut

EP Homestay Banglow Bdr Country Homes Rawang  DISINI

atau

EP Homestay Apt. Bunga Raya Bdr Country Homes Rawang Disini





Wednesday, June 26, 2013

Kedai Gunting Yok Rempitan...

26hb Jun 2013. Kedai gunting rambut diperingkat akhir penyiapan.



 Menggabungkan barang-barang baru dan terpakai aku  harap susunatur dan tema  warna kedai dapat memberikan imej segar kepada premis dan pelanggan.
Pintu gerbang dari kayu terpakai digabungkan dengan 'tampered glass frameless door'  .. Tujuan diadakan pintu gerbang adalah untuk mengurangkan kos pemasangan cermin.  Ingin lari dari kebiasaan., frame  aluminium berpetak dipilih.



   
 Bilik tersedia untuk disewa...ada sesiapa berminat..? sangat sesuai untuk kedai gunting muslimah dsb...


Kabinet, penyangkut peralatan gunting dari kayu terpakai . Cermin muka terpakai juga...


 Aku tak pasti berapa harga jika baru. Kerusi menunggu ini diperolehi dari kedai Junkshop Shah Alam. Kerusi lelong pusat zakat selangor. Kabinet besi kelabu terpakai kami catkan hitam supaya kena dengan tema warna kedai. Kesemua ini bernilai RM 680.   Yang leceh kos tambahan penghantaran Rm130. Sebab sangat berkenan dengan set ini belilah juga.


                           Lampu gantung meniru konsep kafe. Cari yang paling murah RM29.90 sebiji. Kerusi gunting tak boleh elak terpaksa beli baru. Kalau boleh semua benda nak guna barangan terpakai atau rejek. Tile menggunakan stok penghabisan. 2' x 2' harga tak sampai 7 ringgit. Kebiasaan harga lebih RM18 sekeping.


 Paip pendawaian lampu yang berserabut...

Paip pendawaian menyemakkan pemandangan. Tak ubah seperti carta jadual  perlawanan bolasepak.  Bila dipasang bendera pasukan handalan dunia nampak macam menarik...Menghargai jasa pekerja dan bakal pelanggan warga Indonesia aku letakkan bendera Indonesia bersebelahan bendera Brazil.... Indonesia lawan Brazil...Tapi maaf yea juara tetap Malaysia..haha...
 Aku tak sangka jam dinding ini paling menarik perhatian orang yang menjenguk kedai. Hampir semua akan bertanyakan jam itu. Padahal aku beli dikedai menjual barangan pengantin..RM 25.

 Siapa sangka pintu terpakai RM70 ini nampak menarik bila telah disolek...


 Persiapan diperingkat akhir...

 Lampu warna-warni ala kedai tomyam turut dipasang. Aku harap pelanggan terutama anak-anak suka.

   Sudut khas untuk foto kembara bermotor. Harap rakan bikers dapat menyumbang foto menarik untuk dikongsi bersama pelanggan ...
                                       Testing..testing....Tukang gunting didatangkan khas dari Acheh...Kadar harga kami setanding dengan harga pasaran setempat. Bergunting dewasa RM8, Bergunting dan bercukur RM10.., kanak-kanak RM 5.


 Kalau nak bergunting pendek keliling  atau fesyen bertingkat bolehlah menggunakan khidmat tukang gunting ini..Itupun bergantung samada beliau berada dikedai ketika itu...By appointment tiada masalah haha...
                                    
Mengambil kira sentimen orang ramai menyambut musim-musim perayaan,  1 Julai 2013 seminggu sebelum Ramadhan InsyaAllah kedai gunting ini akan mula beroperasi..  Aku harap pemilihan tarikh ini tepat . Di Taman dan taman-taman berjiran kami terdapat 9 kedai gunting rambut tidak termasuk salon unisex...setahu aku hanya satu milik orang islam kita dan kedudukannya agak tersorok, selebihnya milik bukan islam.   Kedai gunting rambut kami berada dikawasan perumahan baru dan belum ada kedai gunting muslim..Aku harap usaha ini merupakan sebahagian jihad fardu kifayah , memberikan pilihan saudara muslim untuk bergunting dikedai orang islam.

Jangan lupa datang yea...

Friday, June 21, 2013

Baru tak semestinya cantik, lama tak semestinya hodoh...

Minggu-minggu kebelakangan ini kedai barangan lama mencuri tumpuan aku. Sering meninjau-ninjau kedai kayu  dan perabut lama . Melihatkan hasil binaan wakaf terdahulu, aku seolah ketagih menggunakan barangan lama. Kali ini untuk kedai gunting rambut pula. Kedai  dalam proses ubahsuai., 95 peratus siap...Mengambil berkat bulan Ramadhan yang bakal menjelang pada 10 Julai 2013, 1/7/2013 Insya Allah kedai sudah boleh menerima pelanggan.

Nak mudah cari saja yang baru. Namun jika bajet terhad boleh saja mencuba barangan terpakai.  Dengan sedikit usaha mengunjungi premis-premis  barangan lama, anda mampu  memperoleh khazanah lama dengan harga yang jauh lebih murah.

Namun jangan teruja sangat dengan harga yang ditawarkan terutamanya untuk perabut-perabut ., kos penghantaran perlu  diambil kira. Kekadang lebih berbaloi membeli barangan baru.

 Walaupun  menggunakan barangan terpakai, sedikit tips 'pakar' dan  rujukan di internet, anda mampu menggubah barangan lama menjadi ikon idaman anda.

 India mari..." Mana ada rosak...luar saja kotor, dalam banyak baik ...ini kayu lama  banyak tahan la dei..."

 Acheh mari....Khidmat tukang yang sama ditagih untuk menyiapkan  kedai gunting rambut...

 Kayu-kayu lama jika dibaikpulih mampu  menyerlahkan kecantikan asli . Sebagaimana model-model wanita...kekadang taklah secantik mana, setelah disolek, boleh menyembunyikan kehodohan dan menyerlahkan keayuan...


                                Besi lantai pun gunakan besi-besi terpakai yang kekadang menyemak saja dalam stor. Kalau dijual kepada peraih barangan lusuh entah berapa sen saja boleh diperolehi. Elok disembunyikan dibawah lantai     ..haha


                                         

Dan inilah hasilnya... Paling seronok bila melihat  tetamu  Ep Rawang Homestay kami  berpusu-pusu melepak disini...

Aku harap pelanggan -pelangan juga akan berpusu-pusu ke kedai gunting rambut kami yang bakal dibuka...Koleksi gabungan barangan lama dan baru kedai gunting rambut kami akan kami kongsikan dalam entry akan datang...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK