click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, November 18, 2013

Menunaikan Haji-Muasasah dan Pakej..Mana satu pilihan anda...?

Kalau ditanya aku secara peribadi, sekiranya terdapat pilihan, aku lebih suka pergi bersama grup muasasah. Sesetengah orang memperli mahasusah..hehe Hatta kalau aku berkemampuan untuk pergi bersama pakej yang lebih mahal yang membolehkan pasangan suami isteri duduk sebilik.. Biarlah orang  cakap kufur nikmat pun tak kisahlah.. Seronok duduk sebilik ramai-ramai...lelaki bilik lain, pasangan bilik lain...Walaupun kerap berjumpa tapi bila  berjumpa dengan pasangan rasa lain macam.....Tanyalah orang yang pernah pergi haji..gelora dia semacam  beb haha... Tak seperti 2003/2004 dulu, bilik pasangan walaupun searas tetapi diletak sedikit jauh. Kali ini bilik pasangan bersebelahan saja...Dan lagi  aku sangat suka tiada sorang pun tahu siapa anda dan siapa orang persekitaran anda kerana masing masing pergi dengan pakej harga yang sama, Pertama kali hampir 10k.. kali kedua hampir 15k...anda berpangkat  atau anda kuli , anda multi milionir , anda rakyat marhaen dsb  tiada orang kesah dan peduli. Semua orang kelihatan sama.

Kami duduk sebilik 8 orang. 4 orang vateran berusia lewat lima puluhan dan selebihnya semi vateran umur dibawah 50 tapi atas 40. Pandai pulak pihak tabung haji menyusun jemaah. Sesetengah jemaah cakap susahlah bergilir-gilir  nak guna tandas, Alhamdulillah tidak bagi kami. Susunan yang kami dapat cukup cantik. Jemaah vateran atas faktor usia kot sering terjaga seawal  1 pagi. Sesudah itu terus bergerak awal ke masjid. Bermula dari itu  dituruti dengan jemaah yang lain...Penghuni semi vateran menduduki carta paling lewat bangun ...Kekadang setengah jam nak subuh baru bergegas mencari tandas...Walaupun menghampiri kelab vateran, kerapkali carta 2 terakhir jadi milik aku..hehe...

Mula-mula sampai dulu disebabkan kedudukan masjid yang jauh ramai juga jemaah yang menaiki teksi ataupun van untuk kesana. Walaupun tambang kekadang mencecah sehingga 20 riyal untuk jarak perjalanan kurang 1km itu. Daripada menyakitkan kaki lebih baik berhabis sedikit demi keselesaan. Bila jemaaah seluruh dunia mula memenuhi segenap ruang, teksi tidak dibenarkan lagi menghampiri kawasan masjid..Hanya laluan sehingga jarak  tertentu saja dibenarkan. Langsung tak berbaloi menaiki teksi malah lebih cepat sampai jika berjalan kaki...bermula dari itu ramailah mula menapak ke masjid. Minggu pertama memang terasa kebas. Dek terbiasa menapak hari-hari badan mula menyesuaikan diri. Berjalan kaki mengambil masa 20-30 minit.

Walaupun ini kali ke 3 aku ke sana termasuk umrah 2008, terasa cuak juga untuk bergerak berseorangan melihatkan persekitaran yang serba serbi berbeza berbanding dahulu . Kebetulan isteri aku uzur syarie. Berbekalkan pengalaman terdahulu, aku tidak menyertai grup besar bersama pihak Tabung Haji untuk menyelesaikan umrah. Lagi cepat umrah diselesaikan lagi cepat bertahalul  dan terlepaslah pantang-pantang semasa berihram.

Menapak keluar hotel, apa yang perlu dibuat adalah mengenalpasti mercutanda dengan mengambil gambar supaya mudah mengenalpasti laluan balik ke hotel. Lagi mudah berkenalanlah dengan jemaah yang tiba lebih awal di Tanah Suci dan tinggal di hotel yang sama dan kebetulan ingin ke masjid juga ketika itu. Jangan main serbu terus ke masjid walaupun berpengalaman. Memang mudah untuk ke sana, lebih-lebih lagi menara jam besar Masjidil Haram akan kelihatan dari kejauhan. Yang sering menjadi masalah adalah untuk kembali semula ke hotel penginapan. Ramai yang terperangkap. Beberapa kali aku didatangi jemaaah kekadang bukan berusia sangat pun, bukan saja dari Malaysia bahkan dari pelbagai negara yang hilang arah untuk kembali ke hotel. Jika tinggal dihotel yang sama bolehlah membantu dengan mudah, masalahnya  jemaah  tinggal dihotel dan lokasi yang berbeza. Haru beb berinteraksi seperti ayam dan itik...!

Cukup dulu coretan kali ini. Komen pembaca dialu-alukan. Sila maklumkan pengalaman/maklumat  bagaimana yang ingin dikongsi. Takdalah aku syok sorang menulis tanpa memberi manfaat kepada pembaca... Maaf gambar-gambar tak sempat upload lagi...

Coretan terdahulu boleh di akses DISINI









Sunday, November 17, 2013

Kembara Bumi Suci--Yok Rempitan kini kembali..

Tup tap tup tap hampir 2 bulan masa berlalu. 14hb November 2013 3.30 ptg kapalterbang mendarat di KLIA. Urusan imegresen dan bagasi  mudah. Magrib kami tiba di taman halaman dan sempat berjemaah di masjid . Yok Rempitan kini kembali. Ingin berkongsi sedikit pegalaman sepanjang berada di Tanah suci. Disamping sebagai catatan peribadi semoga apa yang dipaparkan turut bermanfaat kepada mereka yang terbaca tulisan ini.

43 hari di Mekah dan 10 hari di Medinah termasuk perjalanan pergi dan kembali sudah tentu meninggalkan pelbagai kenangan Sepanjang menjalani ibadah haji dan umrah segalanya berjalan lancar. Kesihatan aku alhamdulillah ok. Rekod kali ini. Tidak sebiji pil yang aku telan sewaktu disana, namun tidak bagi orang rumah aku yang mengalami  batuk yang agak kronik. Cuaca keseluruhan pun ok hanya seminggu pertama suhu agak panas. Ada ketika mencecah sehingga 40 darjah celcius. Sesudah itu suhu berlegar dibawah 35 darjah dan para jemaah dapat mengadaptasi keadaan dengan baik.

Persekitaran kota Mekah nampaknya kurang berdebu berbanding kunjungan kami terdahulu. Aktiviti meruntuhkan bangunan dan pembinaan juga nampaknya tidak serancak dulu. Mungkin dikurangkan kot untuk memberi keselesaan kepada para jemaah.

Namun terdapat 3 peristiwa besar mewarnai pengalaman kali ini yang sudah pasti akan terpahat dalam ingatan. Pertama; Terperangkap dalam lautan manusia selama lebih 15 jam selain buntu menemui jalan kembali ke khemah penginapan semasa hari melontar Jamrah Kubro di Mina. Kedua, mendapat berita rumah kami dipecah masuk pencuri dan ke 3, pitam dan rebah dihadapan ribuan jemaah dihadapan Kaabah sewaktu bertawaf sunat. Semua ini akan aku kongsikan bersama. Insyaallah.

Modal terbaik untuk berkunjung ke tanah suci selain duit dan ilmu adalah kesihatan yang baik. Dengan badan yang sihat, sesusah mana rintangan, insyaallah lebih mudah untuk diatasi. Tahun kebelakangan  ini dan lebih-lebih lagi tahun-tahun mendatang kedudukan penginapan jemaah  muasasah adalah jauh. Rata-rata dalam lingkungan 1km ke Masjidil Haram. Bagi yang memilih pakej-pakej berkemungkinan harga yang ditawarkan sekarang  tidak akan melayakkan anda duduk berhampiran dengan masjid dimasa akan datang. Permintaan jemaah dari seluruh dunia semakin bertambah, penginapan pula terhad. Sekarang bukan soal duit, disebabkan koata yang terhad ramai yang sanggup membayar harga  tinggi  dan tentunya  akan melonjakkan harga penginapan.

Sekarang penginapan di Medinah hanya 60m ke perkarangan masjid, namun ini semua bakal menjadi sejarah bila projek pembesaran masjid akan dilakukan. Dikhabarkan hotel-hotel disekeliling masjid akan di runtuhkan untuk memberi laluan pembesaran itu.  Selain para jemaah perlu membuat persiapan jasmani dan rohani , penguasa Arab Saudi juga perlu memainkan peranan. Tingkatkan kemudahan infrastruktur terutamanya pengangkutan awam. Sudah sampai masa  rangkaian sistem tren diperluaskan. Bas dan teksi hanya sebagai pengangkutan sokongan. Taktaulah kenapa penguasa disana lambat bergerak ke arah itu sedangkan duit bukan masalah.

Satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian serius oleh penguasa adalah pengasingan jemaah lelaki dan wanita sewaktu di masjid dan bertawaf. Jika di Masjid Nabawi perkara ini boleh disusun dengan baik kenapa tidak di Masjidil Haram...? Mestilah ada sebab kenapa Allah tidak membenarkan pergaulan bebas lelaki dan wanita. Masalah ini berlarutan tanpa penyelesaian konkrit. .padahal masjid dan kaabah  telah wujud beribu tahun disana. Lelaki, wanita bersesak-sesak didalam masjid dan dataran tawaf dan kesemuanya menjadi mangsa dan tentu yang lebih menjadi mangsa adalah para jemaah wanita. Jemaah lelaki menjadi mangsa bila terpaksa berhimpit-himpit dengan  jemaah wanita tak kira muda atau tua, cantik atau hodoh.. Jiwa kacau sewaktu bertawaf lebih-lebih lagi sewaktu berihram. Setiap kali waktu solat tiba, akan terpekik terlolong para pegawai mengarahkan jemaah wanita meninggalkan kawasan yang sesak supaya tidak bersama-sama jemaah lelaki. Mana mungkin dalam waktu yang singkat ditambah dengan  jemaah yang terlalu ramai dapat memisahkan para jemaah. Langkah melangkah..Sebahagiannya akan menjadi sebahagian jemaah sewaktu bersolat. Sebelah menyebelah, bersentuhan walaupun berlapik. Ataupun berdiri dihadapan ..bongkok membongkok, tonggeng menonggeng...tak ker haru semuanya itu...

Sudah sampai masa penguasa menyediakan tempat solat dan bertawaf berasingan. Kawasan mataf (Kawasan bertawaf bertingkat) sekarang boleh dibuat pelbagai tingkat, sebahagiannya untuk jemaah berkerusi roda dan sediakan tingkat khusus untuk jemaah wanita bertawaf. Aku juga berharap mataf  sekarang   sememangnya hanya struktur sementara. Tiang-tiang mataf menganggu kelancaran jemaah bertawaf. Jemaah yang tidak bertawaf mengambil kesempatan duduk disebalik tiang dan dengan sekelip mata akan bertambah bilangan dan membentuk halangan kepada jemaah yang bertawaf. Sedangkan jambatan gantung ataupun bumbung stadium boleh dibina tanpa tiang ditengah, apalah ada dengan kawasan bertawaf bertingkat yang berjarak tidak lebih pun 50m  antara bangunan utama dan kaabah...

Ikuti coretan aku di entry akan datang... banyak lagi yang aku nak cerita nih...



Wednesday, September 18, 2013

Lambaian Kaabah...

Ada yang marah-marah. Siap tulis disuratkhabar atau laman sosial mempertikaikan orang menunaikan haji  lebih dari sekali. Cuma kita nak bertanya, sudahkah orang yang mempersoalkan ini telah mendaftar haji ?  Jika sudah bila mereka mendaftar.? Ada yang baru setahun dua mendaftar sudah bising-bising.. Sesetengah tu mendaftar pun tidak..Kebelakangan ini saja ramai yang mendaftar dan kecoh bila nama tidak terpanggil. sedangkan dahulu tiada siapa kesah mahu mendaftar. Faham dengan situasi yang timbul, pihak tabung haji telah membuat peraturan baru..Perlu menunggu 5 tahun sesudah haji terdahulu sebelum boleh mendaftar untuk menunaikan haji berikutnya...

Aku sebenarnya dilema...rasa bersalah pun ada tapi nak buat macamana..tawaran dah datang..nak tolak terasa sayang...agak-agak kalau korang berada dalam situasi kami, nak buat macamana..? hehe aku garenti korang pun akan sambar. Dulu dapat tawaran pertama dikala usia pertengahan 30an, teringin merasai haji tetekala usia melewati 40an. Berbeza kot pengalaman haji orang muda dan orang agak berusia..sekembali dari haji 2004 terus kami mendaftar lagi.  Setelah sembilan tahun, tawaran datang lagi . Kira peluang baiklah...Ketentuan pulak abang  aku dan ibu saudara  isteri  meninggal dunia baru-baru ini...sedang eloklah kami membuat haji badal untuk mereka...

Kepada rakan taulan yang belum mendaftar haji silalah berbuat demikian...apa nak tunggu lagi, lagi lambat mendaftar lagi lambat tiba giliran. Dikala haji pertama dulu aku menyaksikan sendiri bagaimana jemaah haji mati dirempuh ketika melontar jamrah. Sedangkan yang muda tidak terkecuali dengan pelbagai masalah inikan pula yang berusia. Jangan sebut tidak mampu ok...kereta, phone mahal, astro, rokok malah serba serbi mahal yang tak berfaedah boleh beli, takkan haji yang diwajibkan seumur hidup sekali, kita memberi pelbagai alasan.


Kepada para sahabat dan kenalan  Kami mohon ampun dan maaf. Mohon kehalalan dunia dan akhirat. Ahad 22hb September 2013, kami akan ke Tanah Suci. Kembali 14 November 2013. Selama 53hari.. Moga dipermudahkan segala urusan haji kami Amin..






Saturday, September 14, 2013

Bergolak itu baik...?

Setiap kali gunung berapi dasar laut meletus biasanya akan membentuk pulau atau anak-anak pulau baru. Nak tunjukkan bahwa pembentukan sesuatu yang baru kekadang terpaksa melalui detik yang dramatik.Sama juga dengan sesebuah organisasi, pergolakan yang tercetus kekadang mendatangkan kebaikan kerana dari situlah akan terbentuknya entiti yang baru. Serpihan-serpihan ini yang akan membesar atau sebahagiannya mungkin terus menguncup..Proses ini akan berulang. Inilah kot yang dikatakan evolusi.

Sebab itu bila menerima jawapan daripada kenalan lama bagaimana tercetusnya idea penubuhan syarikat membuat pelbagai  makanan lauk pauk segera, aku katakan padanya beliau harus berterimakasih kepada majikan terdahulu. Setidak-tidaknya beliau kini mengusahakan, memantau dan menguasai sepenuhnya syarikat yang ditubuhkan hasil perselisihan faham dengan majikan terdahulu. Jika tiada pergolakan, aku percaya semua orang akan selesa dengan apa yang ada dan takut untuk meneroka sesuatu yang baru.

Entiti serpihan  sepatutnya  lebih terurus dan lebih berdaya maju kerana  pengalaman serta penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan  entiti terdahulu. Jangan pulak kelemahan sama diulang.

Kepada kenalan lama aku itu  selamat maju jaya.



 

Thursday, September 12, 2013

Taklimat Pelajar Mesir...Putrajaya

12 September 2013
Kementerian Penggajian Tinggi Putrajaya

Pergh...sungguh ramai pengunjung yang hadir...pihak penganjur terpaksa mengadakan taklimat kepada beberapa sessi...Dewan hanya mampu memuatkan sebahagian pengunjung yang datang dari seluruh pelusuk negara untuk mendengar sendiri penjelasan pihak berkaitan mengenai nasib pelajar yang sedang menuntut di Mesir. Sessi soal jawab sesekali beremosi  menghangatkan lagi dewan yang penuh sesak dan panas.

Diluar dewan kiosk-kiosk IPTS turut disediakan  memberi penerangan pogram pembelajaran di tanah air sekiranya pelajar berhasrat membatalkan pengajian di Mesir. Ibubapa dalam dilema, pelajar dalam dilema...nak sambung dalam tanah air bukan tak boleh, tapi bagaimana dengan kos pengajian terutama yang membiayai sendiri penggajian atau membuat pinjaman.. Kos di sini bukan murah ...bukan itu saja, dengan jumlah pelajar di Mesir mencecah 11000 orang adakah institusi tempatan mampu menempatkan semua pelajar ini.



Masalah besar lagi, sekiranya sambung belajar disini pelajar bukan saja terpaksa menyesuaikan diri dengan silibus universiti tempatan, terpaksa juga menyesuaikan diri dengan sausana baru. Pelajar tahun-tahun awal penggajian mungkin kurang bermasalah tapi sangat bermasalah untuk pelajar di akhir-akhir tahun penggajian.. Sebagai contoh, di Mesir pelajar perubatan boleh terus masuk tahun 1 menggunakan keputusan SPM berbanding Asasi sains/ matrikulasi/ tingkatan 6 di Malaysia. Namun tempoh  pengajian perubatan di Mesir adalah 6 tahun berbanding 5 tahun di Malaysia.. Disebabkan silibus yang berbeza, pelajar luar terpaksa disetarakan untuk memenuhi silibus di sini. Tahun 6 perubatan  di Mesir mungkin terpaksa mengikuti pengajian tahun 4 disini bergantung dengan silibus yang digunapakai di universiti masing-masing.

Argh rugi-rugi..anak aku akan memasuki tahun 5 perubatan Universiti Alexandria, kalau pihak penaja memutuskan untuk menyambung pengajian disini  silap-silap kena mengikuti pengajian  tahun 3 disini. Jika terus belajar di Mesir hanya tinggal 4 semester untuk tamat  berbanding  mungkin 5 atau 6 semester lagi disini. Lambat lagilah nak grad.

                                   
Berbanding pelajar tajaan,. pelajar persendirian/pinjaman institusi bank dsb ditahun-tahun akhir boleh saja mengambil risiko meneruskan penggajian  disana untuk menjimatkan masa.. Pelajar tajaan jika ingin juga meneruskan penggajian terpaksa mengeluarkan duit sendiri kerana buat ketika ini pihak penaja memberhentikan sertamerta kos saraan tajaan . Dalam waktu yang singkat ini  kat mana nak cekau duit beb..huhu...

 
Inilah nikmat aman yang selalu orang terlepas pandang . Betapa ruginya negara yang bergolak. Ditarik  nikmat aman serba serbi jadi kucar kacir..Bersyukurlah Malaysia masih aman...




Wednesday, September 11, 2013

Jangan tunggu lama-lama...!

Tin..tin..diam sekejap..tin..tin..bunyi lagi...senyap lagi..bunyi lagi ..Siapalah pulak pagi-pagi buta main hon...? Kalau matahari dah menegak mungkin bunyi hon posmen atau kauriermen tapi jam belum pun  7 pagi..terpaksalah keluar menjenguk ..owhh vanmen ambik anak sekolah rumah jiran sebelah rupanya..hehe..Sejak anak-anak jarang tinggal bersama,  lama tak membangunkan anak-anak ke sekolah, itu yang rasa pelik semacam bila dengar bunyi hon bertalu-talu diawal pagi...

Ramai kekawan sebaya yang masih mengelek anak kecil, tapi kami dah macam atuk-atuk...tinggal jer berdua dirumah bila-anak-anak membesar dan membawa diri masing-masing samada di U, kolej atau asrama...Rasa rugi pulak cuma punya anak lima. Dah tak gaduh  hantar anak ke tuisyen untuk ambik UPSR...Dah tak risau  ada anak kecil yang  ditinggalkan bila nak makan angin. Untung  dulu kawin dan beranak awal. Ramai yang kawin lewat mungkin jodoh belum sampai.  Ramai jugak yang kawin awal tapi lambat dapat anak bergantung kepada rezeki masing-masing..Tapi ramai jugak yang kawin awal tapi tak nak  anak dengan alasan nak enjoy dulu...ishh golongan macam ini aku rasa rugi serugi-ruginya...

Kita nak takut apa..selagi badan sihat, rajin berikhtiar inshaAllah adalah rezeki untuk keluarga. Kepada yang sibuk bercouple tu apa tunggu lagi..nikahlah segera...!


Monday, September 9, 2013

Ingat orang lain pun tak lingkup...?

Kita lahir di bumi yang sama, kekadang tinggal di daerah yang sama, belajar sama sekolah dan kekadang  dikelas yang sama...bermakna semua berpotensi untuk maju...maju bukan milik bangsa tertentu ..namun jika kita perhati  hampir semua premis perniagaan milik bangsa asing. Bila siasat  latar belakang, ramai pengusaha   yang berusia muda., walaupun kekadang kedai tu hanya premis yang disewa. Ini yang kekadang aku musykil. Kat mana silapnya..Kita asyik mengeluh tidak mampu memiliki premis yang berharga ratusan ribu apatah lagi jutaan ringgit.., juga sering beralasan tiada modal untuk berniaga.

Adakah bangsa lain tidak pernah gagal..? Adakah lahir saja tetiba kaya. Memang ada tapi tak semuanya begitu...Atau adakah bangsa kita tidak pandai berniaga..? Minggu-minggu kebelakangan ini aku berpeluang bersembang dengan rakan-rakan yang terlibat dengan bisnes...disamping itu turut mendengar kejayaan sesorang yang diceritakan melalui mulut ke mulut..Seronok mendengar pengalaman masing-masing dan  sangat teruja untuk mencontohi mereka . Konklusi aku adalah untuk maju kita perlu ada sikap berani...berani untuk mencuba..berani untuk meneroka, berani untuk berbeza ...berani untuk gagal. .pendek kata kena BERANI...!

Bangsa kita  boleh maju..! Semalam petang berkesempatan bersembang dengan rakan yang lama terpisah. Seorang veterinar yang kini memiliki 6 cawangan Klinik dan Pet Shop ..Mampu saja membeli premis perniagaan bernilai hampir 3 juta. Sebelum itu sebelah pagi diceritakan perihal seorang saudagar emas yang membeli rumah bernilai lebih 10 juta. Minggu lepas diceritakan perihal seorang anak muda  yang berbisness mengimport  turbin  membeli supercar Ferrari jutaan ringgit. Sejauh mana sahihnya nilai itu belakang kira, yang pastinya transaksi jutaan itu memang berlaku.. Sementara itu aku juga diceritakan oleh bekas pekerja perihal tauke muda bangsa asing yang lingkup dalam bisnes aksesori kereta. walaupun telah berniaga hampir sepuluh tahun. Meninggalkan hutang bank, gaji pekerja, hutang along, hutang pembekal ..Jadi tiada istilah kejayaan atau kegagalan hanya milik bangsa tertentu.

Aku juga pelajari, selain berani, perlu juga ada sikap daya tahan.  Kekadang awal-awal  membuka bisnes, duit akan lebur begitu saja. Kena ada pelan kontingensi.  Kalau orang lain boleh pergi jauh kenapa tidak kita...? Usahawan dikalangan kita masih terlalu sedikit. Kesilapan /kegagalan dikalangan usahawan kita mudah terserlah serta memahatkan prasangka buruk dikalangan orangramai berbanding kegagalan di pihak bangsa lain. Bilangan mereka yang ramai terlibat dalam bisness  mampu menutup taik-taik yang ditinggalkan  oleh peniaga  mereka yang lingkup. 

Kalau orang boleh, kita juga boleh ..Jom kita berubah..!






CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK