Thursday, August 10, 2023
Kolam Air Panas Kuala Kubu Bharu...
Wednesday, August 9, 2023
Tiang Pagar Pokok Moringa
Cabaran berkebun terpencil tanpa pagar, tanaman sering menjadi mangsa haiwan liar. Bukan saja monyet atau babi, kerbau/lembu liar pun pernah masuk berdasarkan najis yang ditinggalkan.
Pagar konkrit hanya sebahagian telah dipasang, lama lagi untuk memasang pagar konkrit keseluruhan kebun. Sebagai inisiatif mengurangkan kos pagar, pokok moringga/munggai ditanam berselang seli dengan pagar konkrit...munggai sangat mudah tumbuh, batang dimanfaatkan sebagai tiang kawat berduri manakala daun dan buah boleh dikomersilkan.
Dalam banyak-banyak pokok, avocado, kelapa, kantan antara pokok feveret dimusnahkan babi ataupun monyet. Lemah bila melihat tanah terbongkar sehingga pokok tercabut bersama akar. Walaupun diletak tayar dan rambut, tidak menghalang pokok dari dimusnahkan.
Namun tetap bersyukur tidak semua tanaman dilanyak, sebahagiannya masih mampu membesar.
Monday, August 7, 2023
Pisang Tanduk...
Fuhh Mantap...sebiji sebesar lengan, ada 9 biji. Sayang, 2 biji telah merekah. Diperam dulu biar masak..Sedap dibuat pengat musim panas ini...
Bila musim panas, agak kurang semangat untuk menanam benih tebu yang diperolehi dari Kota Tinggi ini. Yang telah ditanam dulu daripada 10 benih hanya 2 pokok yang hidup. Lebih lebih lagi musim panas sekarang, pokok perlu disiram tiap hari supaya hidup...Kebun tumpang pun punca air jauh, tanah pula keras, sementara menanti semangat datang, simpan dulu ditepi pili air...
Sunday, August 6, 2023
Teh Gaharu...
Saturday, August 5, 2023
Puncak d'Gesir, Behrang...
Meronda ke kebun- kebun jiran mendapati ramai pemilik bukan orang tempatan. Ramai yang tinggal di Lembah Klang, paling kurang 2 jam perjalanan. Sempat bersembang dengan salah seorang pemilik dari Damansara, kebunnya sangat terjaga, pokok- pokok buahan pelbagai spesis berusia lebih 3 tahun. Beliau menetapkan hari Sabtu sebagai hari kebun. Tenang dan damai melepak di kebun.
Dengan jarak ulang alik yang begitu jauh, apa yang pasti jika tiada kegigihan nescaya kebun akan menjadi hutan simpan semula.
Moga kami sentiasa istiqamah...
Thursday, August 3, 2023
Sedili...
Sesudah melawat kebun Kota Tinggi kami ke Sedili.
Sedili ni terkenang peristiwa lampau, skuter penulis terperesok kedalam lopak berair sehingga rim bengkok. Kini keadaan jalan bertambah baik, apatah lagi hanya beberapa hari lagi Kembara Mahkota Johor(KMJ) akan bermula. Diperhatikan laluan dijalan kebun pun dibaiki dan diturap semula, kot lah nanti sultan ingin melalui jalan itu. Sejuk hati memandang persekitaran yang kemas lagi bersih. Acara yang sangat bagus dan elok ditiru oleh sultan-sultan di lain negeri juga.
Ibarat penukul dan pahat ...jika tiada vvip yang membuat lawatan, kawasan pun ikut terbiar.
Bila kita bertandang ke sesatu kawasan, biasanya akan bermain di benak pemikiran untuk mencari tempat makan- makan. Kalau tempat itu best, kunjungan berikut akan lebih mudah...bukan senang mencari tempat makan best yang suasananya kena dengan citarasa kita.
Kelebihan berpergian dengan orang tempatan, kita akan dibawa ke port makan popular tempatan.
Hujung minggu sangat ramai pengunjung luar bertandang ke sini untuk makan makan..
Wednesday, August 2, 2023
Lawatan Kebun Kota Tinggi...
Pokok yang ditanam dari biji lebih mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran berbanding anak pokok nurseri yang lebih manja..
Teruja mengetahui hasil buah setelah matang. Berisi tebalkah atau nipiss...


























