click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, April 30, 2013

Pilihanraya...Lamanya 5hb Mei...

Ishh aku dah betul-betul menyampah...mujurlah tempoh berkempen sesudah  parlimen dibubar cuma 15 hari..kalau 21 hari sebagaimana dituntut pembangkang rasa makin mendidih kepala otak dibuatnya. Aku tetap mengatakan PR memang cakap tak serupa bikin...Pantang ada peluang semua perkara nak dijadikan isu. . Penggunaan dakwat kekal sudah dijadikan isu...Dulu puak ini jugak yang  mendesak untuk menggunakannya, ...bila dituruti kemahuan, mereka tetap tidak berpuas hati.. .padahal selama ini penggunaan  pen/pensel sudah memadai.

Pembunuhan orang kuat kastam turut tidak terlepas 'digoreng' walaupun siasatan sedang dijalankan. Penjenayah dan orangramai sekarang semakin berani kerana hukuman semakin longgar hasil permintaan puak mereka juga... Kerajaan pula tunduk dengan desakan mereka...Pelbagai akta yang kononnya membelakangi hak asasi manusia seperti  ISA dimansuhkan..bila indeks jenayah meningkat polis dan kerajaan pula disalahkan...

Aku berpendapat kekadang pemimpin sesebuah kerajaan sedikit sebanyak kena bersikap kuku besi  supaya orang bawahan dapat dijinakkan. Jika terlalu bertolak ansur keadaan semakin sukar dikawal kerana semakin ramai yang besar kepala....Dulu ramai yang membidas sikap Ghadafi, bekas pemimpin Libya, tapi kini ramai yang menghargai sikapnya dulu kerana dapat memakmorkan negara berbanding sekarang..sekejap2 meletup sana, meletup sini ...

Untuk memuaskan hati semua pihak adalah mustahil...Kesah berikut mungkin relevan untuk difikirkan...


Bapa dan Anak bersama seekor kaldai menyusuri 3 kampong..

Situasi pertama di kampung 1

Bapa menunggang kaldai, anak berjalan

Akan ada penduduk kampong yang menuduh si bapa tidak bertimbang rasa terhadap anaknya kerana membiarkan si anak berjalan manakala si bapa bersenang-senang diatas kaldai

Situasi kedua di kampong 2

Mendengar kritikan tersebut maka si bapa menyuruh si anak pula menonggang kaldai..

Pastinyan kedapatan suara-suara sumbang penduduk kampong 2 yang menyoal kewajaran si anak yang masih muda bertenaga membiarkan si tua berpenat lelah berjalan kaki. 'Kurang ajar punya anak..!

Situasi ketiga dikampong 3.

Setelah merasai kritikan dikedua-dua kampong sebelumnya, apabila melalui kampung 3, mereka memutuskan untuk berjalan kaki saja membiarkan kaldai  tanpa berpenunggang.

Pastinya akan ada reaksi sebahagian penduduk kampong 3. 'Apa punya bangang bapak /anak ada kaldai dibiar berlenggang..bukankah elok ditunggang sama-sama atau paling tidak bersilih ganti..!

Ditakdirkan kalau mereka melalui kampong ke 4 dengan kedua-duanya  menunggang kaldai sudah tentu akan ada yang menemplak kerana menyeksa kaldai ..'Hoi takdak hotak ke...! mentang-mentanglah kaldai tu binatang...!


Ish..ishh begitulah adanya selagi sesuatu perkara dipandang dari sudut prejudis...serba serbi tak kena...



Saturday, April 27, 2013

Ramai yang kekal sengkek sesudah pencen...

 Berikut adalah artikel yang aku salin dari wall FB rakan. Sengaja aku salin diblog ini untuk simpanan peribadi disamping dikongsi bersama rakan pembaca...Tersangat sayang jika dibiarkan hilang begitu saja.  Tiadalah benar melainkan benar tulisan dipaparkan...semoga kita mengambil iktibar . Kepada anak-anak muda mulakanlah langkah anda, kepada yang dah berusia, rasanya belum terlambat untuk membetulkan keadaan.

RAMAI YG KURANG PEKA TENTANG PERANCANGAN KEWANGAN

Apabila bercakap tentang persaraan, apakah yang terlintas di fikiran anda? “Ah, aku muda lagi... baru 30 tahun, lama lagi nak bersara. Tak perlu fikir sekarang, tiba masanya nanti barulah aku fikirkan.”

Tahukah anda, kajian FOMCA mendapati 37% pekerja muda mengakui tidak pernah berfikir tentang persediaan untuk persaraan?

Mari kita fikirkan senario ini sejenak. Anda mula bekerja ketika berusia 25 tahun. Dan katakan anda terus bekerja sehingga ke usia persaraan selama 55 tahun. Ini bererti anda punya tempoh menjana pendapatan selama 30 tahun. Tetapi adakah pendapatan yang anda terima selama 30 tahun itu hanya untuk menampung kehidupan anda sepanjang tempoh itu sahaja?

Jawapannya: TIDAK!

Tahukah anda purata jangka hayat manusia kini adalah di sekitar 70 tahun?

Ini bererti sekiranya ditakdirkan panjang usia, anda punya tempoh hidup selama 15 tahun selepas usia persaraan, tanpa sumber pendapatan daripada pekerjaan anda. Katakan anda telah mengamalkan menyimpan 10% daripada pendapatan anda sebelum dibelanjakan.

Katakan purata pendapatan anda adalah RM4000. Anda menyimpan RM400 setiap bulan, dan anda membelanjakan kesemua RM3600 untuk kos sara hidup anda. RM400 sebulan yang dikumpul selama 30 tahun, (400 x 12 x 30) jumlahnya ialah: RM144 000. Wang ini akan anda gunakan untuk menyara kehidupan anda setelah bersara selama 15 tahun.

Ini bererti anda mempunyai RM800 sebulan [144 000 / (12 x 15)] untuk menampung kehidupan anda selepas persaraan. Adakah anda fikir ianya mencukupi, memandangkan anda telah biasa dengan corak gaya hidup RM3600 sebulan?

Mengambilkira Hukum 72, sekiranya kadar inflasi di negara kita adalah pada purata 4% setahun, maka nilai RM800 anda akan hanya mampu menampung corak gaya hidup RM400 sekarang, dalam tempoh 18 tahun lagi. Menakutkan bukan?

Maka, masihkah anda tidak mahu memikirkan tentang perancangan kewangan anda untuk persaraan? Mulakan menyimpan daripada awal. Lebih awal anda mula menyimpan, lebih banyak wang simpanan anda untuk persaraan. Berusaha untuk mengekalkan corak gaya hidup anda yang sederhana dan tingkatkan simpanan anda setiap kali pendapatan anda bertambah.

Thursday, April 25, 2013

Pilihanraya...Yang popular kuat tak semestinya menang...


 Leceh betullah.. pilihanraya punya pasal nak menulis pun seakan takada mood ...buka internet , layaran mesti tertumpu ke arah blog-blog politik tak kiralah blog pro kerajaan  atau pro pembangkang ..Kesudahannya mood nak menulis tajuk selain politik seolah hilang..nak aku ulas bab politik bukannya aku tau sangat...sekadar menggunakan maklumat untuk pertimbangan sendiri bolehlah....

Harini punya entri walaupun cerita pasal bola, kepala ini teruja mengulas dari sudut politik..penangan demam pilihanraya beb hehe.

Berita pagi ni yang aku baca  sungguh mengejutkan...Pasukan pilihan tewas dengan jurang yang besar..Real Madrid tewas 1-4 kepada Borussia Dortmund, kelab dari Jerman...Belek-belek lagi berita.., Barcelona juga tewas 0-4 kepada Bayern Munich, juga kelab dari Jerman. Menilai kepada populariti pasukan yang bertanding, aku rasa dua kelab dari Sepanyol lagi terkenal berbanding kelab dari Jerman kerana sering mendapat tempat berita diruangan akhbar , tak kiralah akhbar digital atau akhbar tradisi....setakat yang aku taulah...Berdasarkan kekuatan yang sering digambarkan seolah kelab dari Sepanyol amat cerah ke Final Liga Juara-Juara dan seterusnya merangkul kejuaraan..Tapi yang menang nampaknya bukan disebabkan kekuatan berdasarkan populariti . Yang lebih popular kuat kekadang lebih kepada gimik...Yang kurang mendapat perhatian  tulah yang buat kerja dan menyerlah tetekala diperlukan...

Segera aku terfikir tentang pilihanraya yang bakal dihadapi, masing-masing dah keluarkan ramalan..dan pihak PR ternyata tersangat konfiden boleh menawan Putrajaya berdasarkan kajiselidik yang mereka lakukan. Keluar statistik peratus kemenangan PR disetiap negeri yang mereka tandingi.. Statistik itu dikongsi dilaman-laman sosial. Yang dipaparkan di billboard pun ada...Rakan-rakan FB PR aku pun tersangat bersemangat membedal kekawan yang tak sekapal dengan mereka..haha

Tak taulah, kita tunggu sesudah 5hb Mei nanti samada kekuatan PR sekarang pun setakat gimik saja...Apapun kita kena terima keputusan yang bakal dibuat oleh rakyat Malaysia yang layak mengundi...Kalau ditakdirkan PR menang..kena terimalah...Kalau BN menang pulak, puak sana pun kena terima juga...Jgn pulak nanti kata salah SPR..haha....

Wednesday, April 24, 2013

Pilihanraya- Kalaulah ditanya aku lagi...



Bukan aku tak pernah sokong...sebelum ni aku selalu sokong malah berkempen selain kibar bendera dikenderaan semasa nak pergi ke tempat mengundi...Itu dulu, kali ni aku bertekad untuk  berubah angin pulak, bukan kerana anti sesangat dengan parti yang aku sokong dulu, tapi kali ni aku nak undi protes  supaya dia lebih kuat...Dulu aku menyandarkan harapan, tapi sejak dia berkawan dengan DAP dan PKR semua harapan yang aku harapkan terkulai ...Tak perlulah aku perincikan apa harapan aku..kerana harapan aku mungkin berbeza dengan tuan-tuan diluar sana...

Secara peribadi aku merasakan  dia banyak tunduk dengan desakan sekutunya yang dua lagi...dia selalu menjadi melukut ditepi gantang...Sekutu dia yang aku sangat tak suka pulak menjadi lebih dominan. Dalam banyak hal sekutu dia lagi kedepan. Pendirian mereka digunapakai. Walaupun secara terang-terangan sekutu mereka menolak islam tapi demi kuasa mereka berpakat. Pelbagai hujah dikemukakan untuk menghalalkan kesepakatan mereka...

Demi kuasa juga, serigala-serigala ini sanggup bertopengkan bebiri, dan malangnya ramai yang terpesona...Mereka lebih dipercayai berbanding rakan seagama dari parti yang berbeza... Memang kawan-kawan sebelah sana selalu juga berhujah sekutu sebelah sini bukannya baik bahkan banyak juga menentang  islam. Tapi aku kena buat pilihan.. Diantara dua yang memudaratkan lebih baik aku pilih yang kurang memudaratkan..dan hati kecil aku berkata PR bukan pilihan aku kali ini......Sembang-sembang aku dengan salah sorang ahli strategi mereka yang berubah arah mengiyakan apa yang aku sangsikan selama ini...Bahaya jika mereka beroleh kuasa...Lainkalilah....

Thursday, April 18, 2013

Homestay Rawang-Promosi..promosi..promosi..!



Selama ini ramai yang mengenali homestay kami melalui internet atau melalui mulut ke mulut. Sehinggakan ramai penduduk setempat tidak mengetahui kewujudan homestay tersebut. Persoalan aso dan rakan-rakan berjogging yang tertanya-tanya  kehadiran tetamu berbeza saban minggu diharap terjawab dengan pemasangan banner mini ini dipagar homestay kami...hehe tak sangka rupanya ramai penduduk tempatan memerlukan penginapan seperti ini.


Wakaf bersantai turut disediakan...



Jangan risau dengan kenderaan anda..kawasan parking luas...


Demam pilihanraya beb..Banner yang dipasang tenggelam dengan banner partai...Petugas-petugas atau pengundi-pengundi luar jika memerlukan penginapan disini jangan lupa hubungi kami...

Untuk memudahkan penduduk setempat menghubungi kami sekiranya memerlukan  kemudahan penginapan bolehlah berhubung ditalian telifon yang kami pamerkan di ruangan iklan  Masjid Cahaya Iman Bdr Country Homes.



 Homestay yang bakal dibuka

Sebagai mana dipamerkan diruangan sebelah kanan atas blog ini...1 unit Banglow dan sebuah apartmen ditawarkan ketika ini ...Namun sebelum pertengahan tahun ini sebuah lagi homestay akan dibuka di Bandar Tasik Puteri. Apartmen terletak ditingkat satu deretan rumah kedai  baru saja diperolehi melalui lelongan awam dan kini  dalam proses ubah suai. Selain penduduk setempat diharap orang luar turut bermanfaat untuk pelbagai tujuan . Sesiapa yang mempunyai ahli keluarga menuntut atau berkerja  di UiTM Puncak Alam atau Unisel Berjuntai Bestari yang kesukaran mendapatkan tempat penginapan bolehlah menginap di homestay kami. Tempoh perjalanan ke sana hanya mengambil masa 30 minit...

Pasaran homestay ini nampaknya lebih kepada penginapan hujung minggu. Persepsi orang ramai homestay adalah penginapan keluarga dan tidak dibuka kepada pengunjung solo. Pengunjung hari biasa tersangatlah kurang. Untuk menggalakkan pengunjung sendirian turut menempah dihari biasa, kami  menawarkan bilik serendah RM 50 semalam. Untuk bilik terpilih lah yea...

Tempahan boleh dibuat sekarang bergantung kepada kekosongan...

Wednesday, April 17, 2013

Kapchai yang berubah wajah...

Kurang berjaya  dalam bidang pelajaran tidak bermakna gelap masa depan. .  Setiap seorang mempunyai kelebihan berbeza. Bagi yang berjaya dalam pelajaran cara peroleh rezeki mereka mungkin berbeza dengan orang yang kurang cemerlang dalam pelajaran. .Rezeki di dunia ini cukup luas dan pelbagai. Sebagaimana pokok-pokok yang berbeza spesis  walaupun tumbuh ditempat yang sama keperluan makanan adalah berbeza. Keperluan berbeza  membolehkan pokok hidup subur kerana tidak perlu bersaing menyerap zat makanan yang sama. Begitulah maha hebatnya ciptaan Allah. Masing-masing mempunyai rezeki melalui cara yang berbeza.




Beginilah hasil kreativiti kawan aku...Kapchai lama bertranformasi  motorcross...walaupun belum siap sepenuhnya, sudah terserlah keanggunannya...

Walaupun kurang menjadi dalam pelajaran dulu, tapi hasil tangan dan kreativiti beliau sangat menjadi dan mengkagumkan. Beliau yang membuka bengkel di kampong mampu pergi jauh sekiranya diberi pendedahan untuk mengeksploitasi kebolehan yang ada...Segera teringat ungkapan sahabat handai di FB..Bukankah anak-anak yang belajar bercakap perlu berada bersama orang yang bercakap, anak-anak kecil yang bertatih perlu berada disekeliling orang yang pandai berjalan...begitulah seterusnya...Maka jika ingin menjadi manusia hebat perlu berdamping dengan orang-orang hebat juga...Tak akan menjadi jika ingin  hebat tapi bergaul dengan golongan yang pesimis...Pergh memang tersangat betullah ungkapan itu...

Ada sesiapa nak tolak kapchai lama kepada aku...haha...



Monday, April 15, 2013

Bila imam keuzuran....

Selalunya dalam apa saja upacara  keagamaan hanya Tok imam yang dilantik akan mengetuai  majlis seperti kenduri tahlil, kenduri kesyukuran atau mengimami sembahyang dsb. Mengimami sembahyang fardu mungkin boleh tahan lagi, ramai yang sanggup ke hadapan...Bagaimana dengan pengurusan atau mengimami solat jenazah?....Kalau di taman-taman perumahan bandar mudahlah sikit kerana selalunya terdapat Imam 1 imam 2 , imam 3 dan ramai lagi yang berkelayakan untuk memimpin majlis sebegini ....Namun sering kali terjadi  keuzuran/aral melintang  terhadap orang-orang penting ini...Dikampung-kampung situasi ini lebih kritikal .! Tak ramai yang sanggup kehadapan. Apa nak buat...? Orang ni tolak orang itu.., masing-masing cuba mengelak bila ditawarkan untuk memimpin majlis...Sungguh, jika kita tidak biasa dan cuba membiasakan diri memimpin upacara sebegini ternyata akan bergementar dan berpeluh andainya kita terpaksa kehadapan memimpin majlis disebabkan ketiadaan orang penting itu...

Pernahkah anda menghadapi situasi seperti ini...? Jom kita belajar dan hantar anak-anak kita  belajar al Quran juga doa-doa. Sesiapa yang telah menghantar anak-anak ke tahfiz-tahfiz..tahniah dan bersyukurlah...Mana anak-anak lepasan SPM yang sedang menanti keputusan kemasukan ke institusi pengajian tinggi jom kita kerah mereka menjadi pelapis yang boleh kehadapan dalam situasi begini...Semoga ada juga wakil yang akan kehadapan memimpin majlis sekiranya perkara sama berulang...Harap-harap tiadalah majlis dibatalkan dek kerana  tiada orang yang sanggup kehadapan gara-gara ketiadaan imam....huhu

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK