click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, July 16, 2023

Bukit Dinding Wangsamaju, KL...

Jom Sihat harini ke Bukit Dinding Wangsamaju, KL.  Pendakian ke puncak sehingga ke menara pemancar telekomunikasi. Jarak pergi balik dalam 5km melalui jalan berturap. Tahap kesukaran 2-3/10, 50m pertama mendaki jalan agak curam..selebihnya ke puncak pendakian biasa sesekali curam.



Hampir keseluruhan bukit ini ditanam dengan pokok getah.. kesan torehan masih kelihatan di pokok- pokok. Musykil siapakah yang menanam dan menorehnya. Mendaki jalan berturap sudah terasa mengah, hebat si penoreh boleh melayan liku bercerun  dari satu  pokok ke pokok yang lain...stamina mereka pasti mantap.




Menuruni bukit boleh berlari... cuma warga berusia perlu berhati- hati dengan hentakan lutut...


Ramai pengunjung pelbagai peringkat usia. Bayi yang digendong pun ada. Pengamatan mendapati lebih 60 peratus pegunjung  adalah wanita. Heran...hanya yang fit dan sudah biasa beriadah mampu mendaki sejauh ini. Tadi penulis datang dengan orang rumah, melihat jalan masuk curam terus tak jadi ikut.  Mujur terdapat kompleks sukan berdekatan. Orang rumah beriadah di sana.




Checkpoint terakhir adalah dataran menara telekomunikasi. Walaupun sekadar berjalan santai, lencun pakaian. Puass.. Pengunjung ramai kita tak terasa penat dan boring. Kelebihan beriadah dikawasan berpohon, boleh datang tak kira masa kerana kawasan sentiasa teduh. 



Penanda 2350m atau 2.35Km dari pintu masuk mendaki ke puncak.





Terdapat trek MTB...Mountain bike atau basikal lasak




Sebagai seorang yang pernah bermain MTB, sudah dapat bayangkan peritnya otot peha untuk berkayuh di laluan curam begini. Menggunakan gear terendah, kayuhan  terpaksa ligat, namun pusingan roda sangat perlahan. Tercungap dan kejang otot jika  stamina ala kadar.

 


Aliran air dari alor bukit.




Pemandangan menara telekomunikasi di puncak Bukit Dinding dari kejauhan. 

Secara peribadi penulis beri rating 4/10, tiada pilihan kawasan riadah santai, tidak sebagaimana Taman Rekreasi Bukit Kiara. Penulis selalu datang berdua. Orang rumah tak cukup lasak untuk beraktiviti disini.

Jika tiada pilihan, boleh berulang lagi.


Friday, July 14, 2023

Pokok Kelapa...

Khemah pelanggan menunggu telah siap dipasang.

Hah baru nampak macam siap. Itu kawan yang kata...Sebelum ini ramai yang cakap kedai bas ini cuma bas sekolah buruk tersadai., walhal terpampang keliling dinding bas gambar orang bergunting. Lampu liplap gunting pun pasang. Orangramai tak perasan sebab jarang kedai gunting rambut memanfaatkan bas terpakai. Yang lebih dibimbangi orangramai akan komplen ke Majlis Bandaraya sebab sakit mata disajikan pemandangan tak enak.



Untuk lebih meriah lampu warna warni keliling bas pun sudah dipasang.  Walaupun menumpang tanah JMB, kena anggap macam tanah sendiri...Kebersihan persekitaran bas dijaga, rumput sentiasa berpotong rapi. Kini tanah lapang  ditanam dengan pokok kelapa dan kurma. Biar sejuk sikit mata memandang.



Bila pokok telah besar nanti harap bertambah teduh dari sinaran matahari..Walaupun telah dipasang khemah, bahang di bawah khemah tetap membara. Dalam bas ok nyaman sebab disediakan 2 buah AC.


Sempena bulan kemerdekaan  Ogos depan, di tiang tinggi akan dikibarkan bendera, masih komplen tak perasan tak tau lah..

Jom jom datang bergunting...Anda kacak.. kami hepi..

Thursday, July 13, 2023

Pokok Cermai...


Cadang nak beli anak pokok durian, terlewat sampai, nurseri pokok durian dah tutup...5  pokok lagi untuk mencukupkan 20 pokok durian keseluruhan di petak yang diperuntukkan. Walaupun kebun kecil pelbagai pokok lain pun  nak tanam..lagi cepat di tanam lagi bagus. Ketika ini hampir 80 peratus kebun tekah ditanam dengan pelbagai pokok..Bila setiap sudut telah ditanam dengan pokok, kita akan selalu menjengok  sudut itu...maka akan sering  dibersihkan kawasan tersebut.


Singgah di nurseri lain beli pokok cermai, sepokok RM30. Cermai nak tanam tak banyak, maksimum 3 pokok saja dan boleh ditanam dicelah celah pokok lain..Pokok belimbing pun nak tanam, 5 pokok memadai. Walaupun buah  belimbing diketahui lebih banyak yang rosak jika tidak dibalut, itu tak mengapa, bunga belimbing turut bermanfaat.  Kebun perlukan pokok yang berbunga sepanjang tahun...dikebun ada satu bahagian yang dibiarkan teduh dengan pohon- pohon hutan...disitu akan dibela kelulut. Kelulut perlukan bunga- bungaan untuk madu.

Bela ayam itik rusa kambing lembu dsb perlukan perhatian lebih, lagipun kebun jauh.. takda sapa yang nak tengok perihal makan minum...melainkan ditempatkan seseorang disana.

Bela kelulut pandai-pandailah sendiri nak hidup...cuma nak kena fikirkan bagaimana log kelulut tak diceroboh musuh...Kawan yang dah bela bagitau madu kelulut sekilo Rm200+ woo...



Wednesday, July 12, 2023

Benih Kantan...





Sebulan juga biji avocado yang disemai dapat bercambah. 100 peratus hidup...samada berjaya terus hidup atau sebaliknya wallahualam. Pokok yang ditanam daripada biji dikhabarkan lebih lasak dan mudah menyesuaikan diri di lapangan, apabila telah stabil boleh dikawinkan untuk tumbesaran dan hasil yang lebih baik. 


Benih kantan  ini diperolehi  dari Batu Pahat...perlu disemai terlebih dahulu di polibeg..dah pernah cuba terus tanam di lapangan, hampir semuanya mati. Termasuk yang ini sudah 33/200 rumpun di tanam dikebun. Jauh lagi perjalanan..biar buat sedikit tapi menjadi, daripada terus buat banyak lemau dipertengahan jalan. Tiada had waktu ditetapkan untuk menanam keseluruhan pokok. 

Ketika usia pencen, berkebun adalah salah satu cara memanfaatkan waktu.. . Sambil beriadah apa yang diusahakan  dapat juga memberi pulangan kelak. 2 in 1. Kalaupun ditakdirkan apa yang ditanam kurang memberi pulangan, setidaknya dapat juga manfaat  badan sihat...Bila matlamat jelas in sha Allah usaha akan menjadi lebih istiqamah. 

Kayuh pelan- pelan...



Tuesday, July 11, 2023

Dilema Membaja...

Setakat berkebun tanam dan tinggal itu senang, cuma bila melihat kebun orang lain subur dan mengeluarkan hasil banyak, kita turut  teruja, terbit juga keinginan  untuk  membelai tanaman agar menjadi juga. Orang lain tanam pisang setandan hampir 40 kilo,  kita dapat 20 kilo pun mujur..sepokok ubi orang lain dapat lebih 30 kg, kita nak dapat sepokok 10 kilo pun susah..

Ilmu bertani langsung tiada..bila membaja main tabur, lain yang diharap lain yang dapat.
Tak tau samada  teknik membaja salah atau baja yang tak sesuai. Bila penjual baja cakap bagus, kita pun belilah 2 guni baja organik 5:5:5 katanya bagus untuk pokok muda..
Ada pokok-pokok yang ok, keluar pucuk daun baru... ada juga yang terus padam..Salah satunya pokok petai, asalnya subur tetiba daun berguguran. Lemah dah nak pindahkan lagi 3 pokok yang masih di polibeg





Baja yang baru dibeli nih tak taulah serasi ke tidak dengan pokok dan tanah dikebun...baja organik berasaskan tinja ayam dan kambing, sekilo rm15 juga. Mengikut testimoni pengguna lain baja ini ok..



Bila pokok tidak diharapkan hasil, tak payah dibelai pun hidup...pokok ubi putih ni tumbuh dari sisa batang pokok yang dicampak begitu saja. Kira rezeki juga. Baru tau pucuk daun ubi putih lebih lembut berbanding dengan ubi  merah. Ajaib ciptaan Allah...ubi putih ubinya keras, daunnya lembut, tapi ubi merah, ubi nya empok daunnya pula keras...

Jom jom berkebun...

Monday, July 10, 2023

Taman Persekutuan Bukit Kiara...

Ketika usia pencen aset tak ternilai adalah badan yang sihat. Sepatutnya di usia begini kita tidak lagi disibukkan  mencari duit sehingga mengabaikan kesihatan..Ketika ini keperluan kehidupan sepatutnya  sudah tidak begitu tinggi lagi. 

Walaupun  duit segudang, jika badan tak sihat, nikmat duit yang banyak tidak akan dapat dinikmati..

Jom Sihat ke Taman Persekutuan Bukit Kiara...tak jauh dalam 40Km atau kurang sejam dari penginapan kami. Pernah sekali lama dulu ke sini, tapi masa tu berkayuh basikal di hutan simpan. 



Taman rekreasi dibawah seliaan DBKL memang hebat. Kawasan terpelihara. Pertama kali datang berjogging hati terus terpaut dan akan menjadikan tempat ini sebagai lokasi kunjungan rutin.





Ketika kami datang terdapat perkhidmatan ambulan dan pemberian sampel minuman dan makanan percuma. Aktiviti sihat cergas sering diadakan disini..



Jambatan gantung ditutup kerana rosak teruk terhempap pokok...tapi penulis redah juga kerana tak mau berpatah balik..tak puas jika tidak melengkapkan satu loop.



 

Banyak pilihan trek..On dan off road.

Trek On Road berjarak hampir 2Km satu pusingan..manakala off Road hampir 5Km.

Off road sudah menyerupai mini hiking. Ada mendaki dan turun bukit curam., bagus untuk senaman betis, lutut dan peha..


















 


Harini melayan keseluruhan trek on dan off road..habis lencun pakaian ..

Keseluruhan penulis beri  rating  9/10..Jika jambatan besi dibaiki dan penunjuk arah laluan offroad ditambah baik penulis tak teragak agak memberi rating 10/10. Untuk pengunjung pertama kali agak cuak meredah hutan dan keliru kerana tiada petunjuk arah jelas dilaluan offroad..terlalu banyak laluan tikus, jika tidak ringan mulut bertanya nescaya akan berpusing-pusing  dilaluan sama.


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK