click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, September 23, 2026

Taman Lagenda Gunung Ledang...

 Sebagaimana dirancang 22hb memulakan aktiviti lawatan santai kebun Sagil bersama 7 rakan lama. Ada yang terpisah sejak 40 tahun dahulu. Sepatutnya 8 orang, seorang disaat akhir menarik diri kerana terkena jangkitan influenza A.

Memenuhi rutin harian sesudah tidak lagi aktif berkerjaya, ramai rakan memilih untuk berkebun, jadi lokasi pertemuan adalah di kebun. Masing masing membawa set khemah, tidur di ruangan terbuka kebun. Orang kebun boleh saja berkompromi dengan ketidakselesaan. 

Mengisi aktiviti awal, menyinggah ke Taman Lagenda Gunung Ledang. Taman ditutup pada pukul 5 petang. Bayaran masuk rm5 seorang..Jika ingin mendaki ke puncak diwajibkan bersama malim gunung dengan caj bayaran Rm130. 

Kita dah penat berkebun, mendaki puncak bukan lagi keutamaan ketika ini, baki baki kudrat elok dimanfaatkan untuk kebun. Jika ingin ke puncak perlu  sesi lain kerana  turun naik perlukan masa hampir 12 jam.

Jadi melawat ke kaki gunung dan air terjun sahaja.























Santapan tenghari, tuan kebun berbaju ungu berbesar hati  membelanja  tetamu  dengan hidangan asam pedas pelbagai jenis ikan di warong berhampiran kebun. 

Malam nanti diikuti dengan santapan perdana BBQ kebun.












Ruangan terbuka kebun dicelah pepohonan tak perlukan penghawa dingin, kesejukan malam menyengat sehingga ke tulang biarpun hanya berbekalkan kipas mini, kebetulan sebelah petang  diiringi hujan lebat, tidur malam beralaskan tilam angin atau  katil lipat sudah cukup selesa bagaikan menginap di hotel berbintang.


Monday, September 21, 2026

Santai Camping Kebun Sagil..

Bercamping lagi kita. 

Ramai rakan  yang sudah tidak lagi aktif berkerjaya, kini memilih menjalani kehidupan santai, ramai yang memilih bermain dengan cangkul, parang dan peralatan kebun lain...

22-24 September kami akan bercamping di dusun rakan di Sagil..Rakan sekolah hampir 40 tahun terpisah..Tak sangka top student sekolah minatnya ke arah kebun juga.. Dusun yang juga diusahakan suka suka bermula ketika PKP lagi.

Walaupun mempunyai famili di Lembah Klang, kini sebahagian besar masa dihabiskan di kebun, hanya berhujung minggu bersama anak-anak dewasa di Lembah Klang..Isteri beliau pun minat berkebun jadi urusan lebih lancar.


Penginapan  serba lengkap memungkinkan untuk betah di kebun  tanpa perlu  terkejar kejar balik ke rumah keluarga.

Seramai 8 rakan sekolah lain akan turut serta, kebanyakanya minat berkebun. Walaupun rumah kebun dilengkapi bilik  dan ruangan luas lain tapi masing masing memilih memacak khemah di ruangan terbuka kebun...Orangkebun boleh saja berkompromi dengan ketidakselesaan..Kalau selesa yang kami cari boleh saja memilih  hotel di bandar berdekatan. 


Peralatan camping telah disiap sedia..Khemah mini, katil lipat, kipas dan powerbank..



 

Sampai terlupa memiliki power bank..lama sangat tidak bercamping..peralatan tersimpan elok di dalam tong camping..




Bahan untuk makan makan pun sudah disiapkan..Kambing, ayam perap, ikan udang dll
 

Selain aktiviti makan makan dan ber BBQ, terdapat juga sesi bual bicara mengenai automasi  pengairan dusun secara kawalan jauh..selain itu  kami juga akan mendaki santai Gunung Ledang..

Sunday, September 20, 2026

Pagar Kebun.

Panjang sempadan tak panjang sekitar 350m. Ketika ini pemasangan tiang hampir 60 peratus siap. 

Dulu berebut keutamaan  dengan tugasan lain..Mula membuka kebun masa terikat dengan membersih kawasan, sesudah itu menanam pokok..Lagipun sekiranya pagar disiapkan awal kemungkinan musnah pun cerah, kerana banyak pokok hutan yang tumbang akan meranapkan pagar, sebagai alternatif mengharapkan pagar mini keliling pokok untuk melindungi anak- anak pokok. Walaupun ada yang musnah, banyak juga yang berjaya membesar.

Kehadiran kebun pula maksima 2 kali seminggu itupun selalu ponteng jadi menjadi asebab pagar tak siap siap..Melihat kepada pagar yang sudah ditanam ada yang bertarikh tahun 2023 lagi..

Kini sebahagian pokok telah dewasa, tugasan membersih kawasan teruk pun sudah berlalu jadi boleh memberi tumpuan lebih untuk pagar. Kalau kebun berpagar setidaknya selesai satu masalah  cerobohan babi, namun monyet tetap menjadi ancaman, apatah lagi kini sebahagian pokok sudah memasuki fasa berbuah..

Dah berpagar nanti boleh pelbagaikan tanaman lagi, boleh menanam pokok ubi, pokok kelapa, maupun pisang..Kita suka setiap kali balik kebun ada ole ole kebun yang dibawa balik, Air kelapa boleh terus diminum setelah bermandi peluh membanting tulang.. Sebelum ini tak sempat bertunas dah bersepai kena sodok babi..




Kini sedang berkira- kira untuk mencuba memasang pagar gelung kawat berduri bersesekali dengan dawai berduri..Pagar letrik juga pilihan tapi remeh  untuk mengekalkan keberkesanannya, mentenen kena selalu buat, pembersihan rumput menjalar atau ranting/dahan pokok gugur kena sering dilakukan  untuk  mengelakkan kebocoran letrik..semakin banyak kerja nanti..






 Kawat berduri telah dimulakan..Setidaknya babi serik jika sering tersadong kawat berduri..

Pagar  gelung berduri maupun pagar letrik keduanya tetap tak berkesan seratus peratus kerana monyet yang bijak tetap boleh menyusup tapi mungkin kurang..

Friday, September 18, 2026

Pagar dan Pengairan Kebun

Kita pekebun bidan terjun, memang tak terlawan dengan kebun orang berilmu yang dijaga sepenuh masa serta serba lengkap dengan sistem pengairan..Pokok orang  gemuk dan rimbun kita punya janji hidup..Kebun mengharapkan sepenuhnya air hujan.


Biarpun tong dah lama ada tapi  terbiar, kini tong tong sudah ditampal untuk menadah air hujan, ada 3 tong 500gal, 2unit milik jiran kebun yang ditinggalkan terbiar.., 2 unit tong 250gal  dan 3 unit tong mini..Memang tak cukup untuk keseluruhan kebun musim kering tapi boleh lah diguna untuk menyiram ketika perlu, membaja foliar dan mencuci pakaian kebun.
Sistem piping sedang cuba disiapkan beransur ansur untuk menyiram anak- anak pokok sulaman..Yang dah dewasa pandai- pandai lah berdikari..


Sebahagian pokok dah berbuah, pagar tak siap lagi..Kawat duri sebahagiannya dah lama beli, kali ini beli lagi tambahan 2 gulung ..Padahal harga taklah mahal sangat, segulung 200kaki, Rm37 . Menyesal juga kenapa pagar tidak diberi keutamaan...

Kunjungan berikut kena juga mulakan memasang kawat duri, bila dah dimulakan selalunya akan siap biarpun lambat..

Dapat pasang selapis dulu pun ok untuk sempadan yang telah siap ditanam tiang konkrit, setidaknya menyusahkan babi menceroboh kebun dari arah tersebut.



Tak perasan rupanya pokok nangka sudah berbuah kembali...ada 3 biji kesemuanya yang bersaiz sama..Berbuah pertama dulu tak sempat membesar sudah dikerjakan CikNyet.

Hati berbunga bila melihat pokok berbuah, walaupun nasib kemudian hari serba serbi tak pasti setidaknya tahu pokok tidak mandul..



 Membeli racun kulat buah atas saranan sahabat kebun..

Semangatt...

Thursday, September 17, 2026

Bukit Merah Lake Resort

Berkebun tak sama dengan berkerjaya biasa 8-5 yang perlukan kehadiran fizikal di lapangan. Kebun setakat ditinggal beberapa hari, pokok tetap mendiri. Zaman sekarang lagi mudah, urusan kebun boleh dikawal dari jarak jauh..boleh pantau melalui cctv..Pengairan, pembajaan bahkan meracun  boleh dipacu melalui phone...Kita berliburan di luar kawasan  urusan kebun tetap berjalan seperti biasa..Sistem pengurusan kebun begini yang penulis impikan. 

Sementara angan-angan belum terlaksana kita berkebun seperti biasa..

Sementara menunggu rutin kebun Khamis, kita sambung liburan di luar, menghadiri aktiviti tadika cucu Bagan Serai..






Pelajar pelajar diajar mengenali dan mengira duit dengan menjalani aktiviti berniaga . Setiap murid dikhendaki membawa barang dagangan masing masing..

Sesudah itu kita beredar, dalam perjalanan balik menyinggah  Bukit Merah Lake Town Resort, teruja setelah melihat rakan membawa famili bercuti di sini, kebetulan dia memiliki unit apartmen di situ. 

Biarpun saban kali melihat papantanda di hiway tidak terdetik untuk singgah kerana menyangka resort ini sudah tidak beroperasi..selalu sangat mendengar berita negatif pasal resort ini, apartmen yang boleh dilihat dari hiway pun sudah kelihatan uzur..

Rupanya apartmen dan resort adalah berbeza..Apartmen kebanyakannya adalah milik individu. Kita membayangkan resort ini senasib dengan Gambang Resort City yang sudah tidak beroperasi..Rupanya meleset..


Resort   masih beroperasi dan kekal cantik cuma adatlah resort lama, serba sedikit  terdapat kekurangan . Pemandangan memang ohsem. Restoran menghadap tasik pun luas..

Pihak pengurusan perlu membuat promosi supaya resort kekal tersemat disanubari orang ramai

Tarikan utama resort ini adalah taman tema air, Rumah air dan Pulau Orang Utan. Pulau Orang Utan sentiasa mendapat kunjungan terutamanya pengunjung luar negara.

Kehadiran pengunjung ramai ketika hujung minggu dan cuti umum. Ketika kami singgah Selasa, hanya hotel dibuka dan aktiviti resort lain seperti taman tema air, lawatan ke Pulau Orang Utan adalah ditutup..

Sekiranya cuti umum jatuh pada hari Selasa aktiviti resort dibuka sepenuhnya..






 Sampai ke Siam kita berliburan rupanya di laman sendiri tak perasan terdapat resort cantik..Sesudah ini boleh lah datang  ke sini..

Wednesday, September 16, 2026

Hatyai 2026 2H1M

Tren ke Hatyai lewat, urusan imigresen ikut terlewat....Berbanding pintu masuk Bukit Kayu Hitam di sana banyak khidmat mengisi borang ketibaan atau insuran dll, upah rm3. Di Padang Besar kita buat sendiri secara online. 

Hampir maghrib baru tiba di stesen tren Hatyai. Memilih hotel berhampiran dengan tren station, berjarak dalam 200m. Kita memang jarang menempah hotel awal untuk menghadapi segala kemungkinan sebegini, boleh diubah disaat akhir. 

Makan malam pun menggunakan khidmat grab, malas nak merayap mencari tempat makan. Kelebihan bermusafir solat pun ada diskaun, sesudah jamak maghrib dan isya kita membuta lah.. 



Seawal pagi kita berjalan santai sambil mencari tempat sarapan..semua berpandukan google. Biarpun sering ke sana tak mampu mengingati semua..Di Hatyai sentiasa dibanjiri orang Malaysia..Kenderaan Malaysia bersepah sepah..



 


Suasana pasar pagi..




Semasa mengisi borang bercadang menetap beberapa hari di Siam, bercadang juga sehingga ke Patani...

Ketika di tren bersembang dengan warga Yala, agak sukar menaiki tren ke Patani kerana stesen agak jauh dari pusat bandar...jadual perjalanan  pun tak banyak, samada awal pagi, tenghari atau  lewat tenghari, kita tak mau tergesa gesa berpindah randah. Perkhidmatan teksi dan e-hailing pun kurang berbanding Hatyai, ditambah dengan tren siam yang memang tak berhawadingin, untuk tempoh perjalanan 2 jam ke sana agak mencabar juga. Pilihan kedua adalah menaiki van..

Setelah ditimbang timbang membatalkan hasrat meronda, sangat tak selesa berkenderaan awam, pergerakan lebih  terbatas, lagipun bila dah kerap datang keterujaan meronda pun tiada, hampir sama jer suasana di segenap tempat..berbeza jika berkenderaan sendiri, panjang langkah mencari tempat baru.

2H1M saja di Hatyai, jam 2 ptg Isnin balik ke Malaysia..Bawak kereta saja lah lain kali..




CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK