click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, May 6, 2014

Jom Australia-Royal National Park dan Wollongong

18hb April 2014 Jumaat.

Semalam seharian ronda-ronda di Kota Sydney...Dah tak tau nak tengok apa lagi...Rasanya dah hampir habis tempat menarik dalam senarai kami lawati. bandar Sydney tak besar mana rupanya.  Di Australia harini cuti umum ..Good Friday. Peluang ini digunakan oleh sebahagian pelajar untuk berkumpul sesama mereka. Kami tumpang sekaki. Lokasi : Royal National Park berkedudukan lebihkurang 60km dari Sydney.


Selain kereta atau kenderaan , stesen minyak seringkali menarik perhatian.  Lagi kelainan berbanding tanahairku.. Stesen minyak 7-Eleven .. Layan diri. keterampilan keseluruhan stesen minyak di Malaysia aku rasa lagi canggih. Bezanya disini isi dulu baru bayar. Di tempat sendiri bayar dulu baru isi...


Harini kali  pertama aku memandu di Australia. Kereta yang dipinjam dari senior anak yang berkerja dan bermastautin di Australia. Kereta sewa kami, keesokan hari baru dapat. Gementar juga wei. Harap-harap janganlah berlaku apa-apa yang tidak diingini.. Keluar simpang rumah anak, tak sempat betulkan posisi memandu yang selesa .., sudah kena tahan polis...Adooi .. Polis membuat sekatan jalan raya.... Cakap  mat salleh pekat sepatah haram aku tak dapat tangkap apa yang diucap..Mujur anak jadi translator...Dia suruh kira 1 hingga sepuluh. sambil mendekatkan satu alat pengesan dekat dengan mulut.. Ermm nak tau samada memandu di bawah pengaruh alkohol rupanya...Dah kita cium alkohol pun tak pernah, keputusan ujian negatiflah .. Lepass ..suruh teruskan memandu..Legaa

Aku bertanya anak , apa yang polis soal semasa mula-mula menahan tadi..Iyealah selama ni english standard yang  didengar.. Mendengar radio tempatan slanga english diucapkan mudah saja  difahami...Bila masuk dialek tempatan mana dapat tangkap apa yang ditanya. hehe...Anak aku beritau samada malam sebelum ini ada mengambil alkohol ke tidak.. Owhh... Malam semalam kan malam cuti umum.. mesti ramai yang mabuk-mabuk.. Mujur aku tak jawab yess...haha






Berkelah di Taman Negara . Bayaran 11AUD sekali masuk untuk setiap kenderaan. Peralatan BBQ  disediakan menggunakan pemanas elektrik. Semuanya berfungsi  kerana diselenggara dengan baik selain kesedaran sivik pengunjung yang tidak menjahanamkan harta awam. Aku tak dapat bayangkan kalau peralatan ini disediakan di taman-taman rekreasi di negara sendiri.. Aku ingat besi pemanas habis kena cungkil dengan mat pit..Plat besi penutup lubang manhole dalam pagar rumah pun boleh kena kebas inikan pula peralatan yang terletak di tempat sunyi begini.










Pemandangan semulajadi  cantik ditambah dengan persekitaran yang kemas lagi bersih . Pergh... memang aku tabik dengan pengunjung dan penyelenggara taman... Tak nampak langsung longgokan sampah. Dalam hal kebersihan dan kesedaran sivik aku rasa kita bergenerasi terkebelakang berbanding mereka. Kena lupuskan generasi lama dan wujudkan generasi hybrid  baru kot baru boleh setara dengan sikap penduduk disana ..huhu..

Dah habis daging disalai rupanya kami tersalah tempat. Pelik juga line telefon takada disini untuk berhubung dengan rakan lain. Kesilapan hanya disedari setelah menanyakan renjer yang meronda kawasan. Grup pelajar lain berada di taman sama tapi lokasi berbeza.




Hehe nampak budak kecik tu...siap ko...Cucu Malaysia bermastautin di Australia



Wa dokong...

 Dan wa cium... Lagi dia nangis lagi wa suka...


Takper biarkan terus melalak...hehe Bergambar bersama pelajar Malaysia yang berehlah sempena cuti Easter..

Ermm di sini rupanya.. Lokasi sebenar perkelahan adalah di tepi pantai bertelok..Berkedudukan 10 km dari tempat yang kami tersilap pergi tadi..Makan makan..minum minum sambil bersembang...Ambil foto..

Dalam jam 2 petang kami beredar ke Wollongong...





No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK