click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, May 13, 2015

Jom Pulau Besar Melaka...



Kali terakhir melawat Pulau Besar Melaka adalah 31 tahun dulu. Ketika itu sesudah SPM kami bertujuh berpakat berkhemah di pulau tersebut. Sabtu 11 April 2015 kami berlapan, 7 orang yang sama termasuk seorang rakan baru mengambil keputusan melawat kembali ke pulau untuk  mengambalikan nostalgia silam . Menaiki bot dari jeti Medan Ikan Bakar Pernu.. Bayaran RM150 pergi dan balik termasuk mengelilingi pulau. Perjalanan selama 20-30 minit sahaja.




Perubahan fizikal berbanding dahulu, kini terdapat kenderaan dipulau. Tak pasti samada 30 tahun dulu ada kenderaan atau tak..Terdapat  sekolah dan pusat tahfiz. Pusat peranginan dan padang golf yang dikhabarkan sekian lama terbiar juga akan dibuka semula dalam waktu terdekat. Dulu penduduk pulau menghadapi masalah bekalan elektrik, kini bekalan elektrik telah diperolehi dari tanah besar. Mencari tempat makan juga tiada masalah kerana terdapat banyak gerai berjualan di sana. 

Pusat tahfiz diwujudkan untuk mengimarahkan pulau seterusnya  menbendung amalan khurafat seperti pemujaan kubur di sana. Kepercayaan khurafat nampaknya masih tebal dikalangan sebahagian pengunjung/penduduk.. Hari itu angin kuat melanda pulau .  Kami terpaksa berpegangan khemah agar tidak diterbangkan angin . Seorang pengunjung menghampiri kawasan khemah dan memberitahu supaya 'meminta izin ' sebelum mendirikan khemah. Angin yang kuat ini petanda 'penjaga' pulau marah ... Perghhh...









 Dinilai tempoh lebih 30 tahun, perubahan yang dialami adalah kurang mengujakan. Sausana di pulau kelihatan lesu dan tidak tersusun.. Prasarana awam kelihatan dhaif..Kenderaan awam yang beroperasi  langsung tidak  berketerampilan. Bilangan kenderaan wajar dihadkan di pulau. Perlu secara serius mewujudkan faktor WOW..! sebagaimana sausana resort peranginan atau taman- taman botani yang sentiasa bersih, cantik dan kemas…


Pihak berkuasa perlu memikirkan halatuju pembangunan dipulau. Tak pasti samada terdapat ‘Master Plan’ untuk keseluruhan pulau.. Jika belum perlu difikirkan pelan komprihensif sebagaimana pemaju memajukan sesebuah kawasan. Pulau yang belum mengalami arus pembangunan pesat masih mempunyai ruang untuk dikemaskini.. Kita tak maulah pembangunan  dijalankan secara sembrono disebabkan tiada perancangan teliti.


Persoalannya pulau ini ingin dikenali sebagai apa..? Adakah sebagai penempatan atau destinasi percutian yang kekal tenang   atau sebagai pulau yang mengekalkan keindahan semulajadi atau pulau yang ingin dikenali sebagai tempat yang hiruk pikuk. Jika pulau ingin dibangunkan sebagai pulau yang ‘happening’ salah satu opsyen adalah dengan membina taman tema permainan bertaraf antarabangsa. Untuk memeriahkan lagi boleh juga membina kereta kabel dari tanah besar. .

Pilihan-pilihan atau keunikan yang cuba dilaksanakan itu jika dilaksanakan secara serius mampu saja menjadikan pulau ini sebagai tempat yang sentiasa menarik untuk dikunjungi.. . Kita tahu perancangan begini memerlukan perbelanjaan yang besar tapi dengan potensi ekonomi yang bakal diraih adalah berbaloi untuk melabor. Melaka perlu mengeksploitasi lokasinya yang strategic serta kedudukan pulau yang tidak jauh dari tanah besar sebagai lubuk duit…  


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK