click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, May 28, 2016

YR Gunting Parit Raja...


Bermula dari bahagian belakang rumah kedai yang uzur kini YR Gunting Parit Raja telah beroperasi di sini.. Kedudukan kedai yang  strategik kerana berada di tengah pekan disamping mempunyai dua bukaan (Dual Frontage)depan dan belakang. Kedua-dua bahagian boleh dimanfaatkan. Bahagian depan  disewakan..manakala suku kedai dibahagian belakang kedai diubahsuai menjadi kedai gunting. Berbekalkan pengalaman kedai gunting di Desamas Rawang pembukaan  disini sedikit mudah . Duit modal diperolehi hasil menjual motor.. Tak sanggup melihat nilai motor semakin susut kedua-dua motor lama dijual.. sebahagian dijadikan modal sebahagian lagi beli motor lain..Cukuplah sebiji..Motor tetap kena ada hehe

Tarikh pembukaan 18Mei 2016 dipilih sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang . Selalunya pelanggan berpusu-pusu bergunting rambut ketika sambutan AidilFitri...Saat yang sesuai untuk memperkenalkan kedai kepada orang ramai..Diharap dengan pembukaan ini dapat memberi khidmat terbaik terutamanya untuk penduduk setempat dan sekitaran...


Cadangan stiker cermin hadapan..Harap TMJ tak marah  hehe...Meraikan kegilaan bangsa Johor dengan team bola JDT


 Alamat kedai...



Laluan untuk ke Kedai YR Gunting Parit Raja..Landmark mudah..Pasar kerepek Pt Raja,.. Kedai pakaian bundle juga Restoran VM



Pemandangan kedai ..Dahulunya belakang kedai yang dhaif, kini diberi nafas baru...



Cukup untuk 3 kerusi..

.

Kabinet gunting hasil kerjatangan sendiri...


Walaupun bukaan kedai sederhana besar.. penghawa dingin 2HP dipasang.. Keselesaan pelanggan keutamaan kami








Pelanggaan terawal diraikan dengan menggantungkan gambar mereka dikedai..

Kepada pelanggan budiman ..apa lagi jomlah ke YR Gunting Parit Raja...


 YR Gunting Desamas Rawang boleh dibaca dilink ini...



















No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK