click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, December 2, 2017

Ride Cameron Highland Dec17

1hb Dis. 2017

Meraikan rakan motor JB yang ingin ke Cameron Highland.
Laluan ke sana melalui Sg Koyan-Ringlet Laluan yang sangat popular dikalangan mat motor disebabkan laluan berbukit dan berliku. Ramai yang ingin mengasah tayar disini. Ini pertama kali penulis melalui jalan itu



Grup JB seramai 6 orang bersama  5 buah motor bergerak sewal 5.30 pagi. Bertemu dengan mereka sekitar 10 pagi di Stesen minyak BHP selepas Plaza Tol Gombak...

Hujung-hujung minggu atau kelepasan am banyaklah grup motor juga kereta berkumpul di sini sebelum memulakan perjalanan ke destinasi pilihan.


Gerai lemang Bentong yang cukup popular dikalangan grup grup permotoran...Persinggahan strategik sebelum meneruskan perjalanan melayan konar  Bukit Frazer atau Cameron Highland..


 Aktiviti riadah jarak jauh tidak lagi terhad kepada Mat kenderaan berenjin, kini mereka yang berkayuh sanggup datang dari jauh untuk beriadah di lokasi pilihan..Grup yang kami temui di Sg Koyan ini merupakan grup basikal JB. Sempena cuti panjang maulidur rasul mereka membawa keluarga ke Cameron Highland. Sementara famili berlibur di sana kaum bapak berkayuh. Bukan dekat punya kayuhan. Sg Koyan -CHighland berjarak 95km


 Rakan JB bersama HD...Karakter bunyi ekzos yang menjadi kegilaan dikalangan peminat motor jenis ini. Hanya rider kental yang sanggup bermotor jarak jauh melayan gegaran enjin HD. Diceritakan oleh pemilik jika tidak biasa menonggangnya boleh membawa kepada demam...



Penulis minat juga motor jenis ini tapi setelah mendengar cerita keganasan gegaran..Tak jadilah hehe




Grup JB bermalam di Tanah Rata...Penulis sekadar menumpang mandi dan balik sesudah asar 5.30ptg.


Sepanjang perjalanan turun ke Simpang Pulai hujan renyai-renyai. Jalan licin manakala kenderaan pula banyak. Menonggang perlahan sepanjang penurunan dari tanah tinggi..

Setelah beberapa kali berhenti rehat di RnR tiba di rumah jam 10.30 mlm.

Pengamatan penulis sepanjang ride kali ini..

Keadaan jalan laluan Sg Koyan- Ringlet cukup bagus...Hanya sesekali disajikan permukaan jalan  tidak rata...Jalan yang tidak rata ini menyebabkan beberapa rider hampir tumbang tadi..Penulis beri markah 7/10...

Sausana CHighland ada sikit penambahbaikan berbanding lawatan terdahulu..Kini nampaknya lebih kemas..Tapi jalan dan persekitaran Ringlet.., Tanah Rata ke Kg Raja  kekal serabut macam dulu..

Harap keseluruhan CameronHighland berubah wajah untuk kunjungan yang akan datang...






No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK