click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, October 5, 2019

Bayam Brazil..


Sabtu 5hb Oktober 2019

Pertama kali penulis merasa ulam bayam brazil., mungkin sebab baru dipetik ianya sangat rangup. Krup ..krap..krup..krap. Selain dijadikan ulaman, bayam ini khabarnya boleh dibuat pelbagai jenis  masakan sayuran, nak tumis boleh, nak rebus saja pun boleh..

Benih ni anak penulis beli secara dalam talian Rm5 sepokok. Pokok ni robust sebab masa pengeposan dulu batang benih hanya dibalut dengan kertas tisu basah. Walaupun beberapa hari lewat diambil dari pejabat pos, selagi tisu dalam keadaan basah, pokok kekal segar.


Mulanya pokok ditanam didalam pasu namun tidak begitu menjadi, bila dipindahkan ke atas tanah pokok sangat cepat membiak.


Pokok ni mudah ditanam melalui keratan batang. Elok lah memanfaatkan batas mini yang penulis telah sediakan sebelum ini.


Berdasarkan carian info di internet selain sedap dimakan, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya iaitu,

  1. Melawan kanser
  2. Mengekalkan kesihatan mata
  3. Sumber vitamin K
  4. Menguatkan tulang
  5. Membantu menurunkan berat badan
  6. Meningkatkan sistem imuniti badan
  7. Membantu sistem penghadaman
  8. Mengelakkan daripada sembelit
  9. Membantu melancarkan darah
  10. Mencegah anemia
  11. Mengatasi masalah gusi
  12. Mutrisi yang baik untuk pembesaran
  13. Mengekalkan stamina
  14. Mengekalkan kesihatan mulut
  15. Mengikat kalsium
  16. Mencegah penuaan pramatang
  17. Mengekalkan kesihatan ibu mengandung


  18. Tak rugi meringankan  tangan berbudi pada tanah, selain mengeluarkan peluh, kita dapat sayuran segar terus dari ladang.

    Jom jom berkebun..

2 comments:

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK