click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, October 31, 2019

Ronda Balkan D10-Zagreb Crotia

Ahad 27 Okt 2019

Ronda Balkan 2019 bakal melabuhkan tirai. Lawatan ringkas terakhir Bandar Zagreb, Crotia sebelum bergerak  ke lapangan terbang. Tak sabar dah nak balik ke tanahair.




Meninggalkan Balkan dengan pelbagai kenangan. Berbeza dengan ronda-ronda sendirian, ronda secara pakej menawarkan penginapan yang sangat memuaskan.



Tapi yang pasti ronda ronda sendirian memberikan kebebasan yang membuatkan kita tak ingin untuk segera menamatkan ronda ronda. .











Setelah meronda 5 negara Balkan Macedonia, Albania, Montenegro, Bosnia Hezergovina dan Crotia, penulis memilih Crotia yang memiliki ciri  ciri tipikal negara eropah. Bandar yang kemas, bersih dengan facade bangunan yang hampir seragam.






Penduduk Balkan juga lebih mesra orang luar. Anak anak kecil walaupun  gusar tapi ceria diajak bermesra. Penulis pernah cuba mendekati anak kecil eropah maupun Australia, disana anak-anak lebih waspada terhadap orang tidak dikenali.






Kemesraan orang dewasa terhadap orang luar juga jelas  terpancar. Mereka akan cuba yang terbaik sekiranya kita bertanyakan arah. Jangan bimbang dengan bahasa komunikasi, gunakan segala yang  ada,janji mampu memberi kefahaman.  Mereka juga sama,English  bukan bahasa tuturan harian . 

Enjoy your stay in Crotia.













Berakhir sudah ronda ronda Balkan. Secara keseluruhan pengalaman yang menarik cuma kaum ibu agak terkilan kerana diberikan masa yang agak terbatas untuk shoping shoping. Rasanya tak begitu luak  duit poket yang dibawa.

Masa banyak terbuang dalam bas sebab perjalanan untuk singgahan singgahan ringkas. Yea pastinya tidak sama antara ronda ronda  sendirian dengan ronda berkumpulan.

Sehingga bertemu lagi dilain kembara...Chow.

2 comments:

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK