click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, July 11, 2024

Alarm Kebun Part 2

Sementara pagar kawat berduri dan elektrik siap kita gunakan khidmat pemburu dan anjing tiruan. Nak bela anjing betul, sukar memberi makanan jadi kita bela anjing tiruan ..Halal tanpa perlu menyamak.

Ada kesilapan pembelian, sepatutnya berkuasa solar tapi yang datang berkuasa bateri boleh caj. Dah check semula pakej pembelian, ini merupakan produk terdahulu sebelum ditingkatkan kepada kuasa solar. Barang dah beli dimanfaatkan juga dikebun, cuma leceh nanti terpaksa dibawa balik untuk mengecas bateri. Bateri tak pasti mampu bertahan berapa lama...






Penggera dipasang disudut strategik yang sering menerima kunjungan haiwan liar..di kawasan ini pokok tanaman sering dirosakkan. Apabila pengera mengesan pergerakan dalam lingkungan 5 meter penggera akan menyala serta mengeluarkan suara tembakan dan anjing menyalak yang tersangat nyaring. 

Harapnya berkesan menghalau haiwan liar dari menghampiri kebun dan  tanaman.

Kita berusaha selebihnya bertawakal...


4 comments:

  1. harap2 berkesan dapat mengawal haiwan perosak

    ReplyDelete
  2. wah nak cuba lah beli alarm tu. Kat kampung monyet selalu yang jadi perosak. Banyak pulak tu macam rombongan keluarga monyet. Si anak yang nakal mencari makan sambil merosakkan manakala si bapak tukang jaga kut anaknya di kacau. Geram je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba..seminggu selepas dipasang pokok pisang nampaknya berdaun baru..

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK