Bau wangi adunan ubi parut berserta pandan dan gula merah mula memenuhi ruang..Suasana mendong makan panas-panas, Pergh Mantap...
Wednesday, December 17, 2025
Lepat Ubi...
Bau wangi adunan ubi parut berserta pandan dan gula merah mula memenuhi ruang..Suasana mendong makan panas-panas, Pergh Mantap...
Tuesday, December 16, 2025
Jjcm Kuala Lipis...
Teruja meronda bandar-bandar yang dihubungkan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama/ LTU setelah keseluruhan seksyen ini siap . Tol percuma.. jalan cantik...Makan tengahari di Lipis ..ngopi ngopi di Gua Musang..Makan Malam di kota Bharu...Puas ke utara/timur meronda pulak ke selatan..Perghh..Nikmat apa lagi yang ingin didustakan..Malaysia Negara Bertuah..
Friday, December 12, 2025
Sehari di Telok Intan & Pasir Salak..
Semalam terlajak ke Telok Intan.., menuruti gerak hati mengisi masa terluang kerana tidak dapat memenuhi rutin ke kebun khamis gara- gara Kembara kebun sedang dibaiki. Baik pulih Kembara mengambil masa untuk mengenalpasti kenapa air bercampur minyak di radiator.
Memandu santai ke utara tanpa halatuju, segera ke telok Intan bila terpandang papantanda laluan alternatif ke sana melalui Felda Besaot. Suka dengan laluan baru, otak lebih segar memerhati persekitaran baru berbanding laluan rutin..
Telok intan terkenal dengan menara condong, menurut nota, bangunan yang dibina pada kurun ke18 menerapkan rekabentuk pagoda, asalnya adalah menara tangki air untuk membekalkan air ketika musim kemarau di Telok Intan..Kini menara dijadikan ikonik pelancongan menara jam.
Walaupun dulu selalu ke Telok Intan kerana anak pernah bersekolah di Kg Gajah, tapi sangat jarang ke sini. Bila berkunjung kali ini impresi pertama adalah, menara sudah agak uzur dan keduanya paling tidak berkenan dengan susunan kon-kon plastik berserta pita penghadang di keliling menara. Tak sepatutnya mercutanda ikonik yang diangkat sehingga ke peringkat antarabangsa berkeadaan sebegini..sungguh mencacatkan pemandangan..
Meluahkan teguran kepada pegawai bertugas dan dimaklumkan menara memang dalam perancangan untuk dinaiktaraf..
Kehadiran kon kon plastik ini walaupun dikatakan hanya sementara tapi berkesudahan kekal wujud disitu biarpun bertahun lamanya. Tengoklah di kompleks kompleks kerajaan hatta Putrajaya sekalipun..hospital2..balai polis..lebuhraya dsb seolah-olah tiada perancangan difikirkan berkenaan masalah trafik dll..hanya timbul sesudah projek siap..
Sesudah menara jam terus ke Komplek Bersejarah Pasir Salak...Disini diceritakan kesah perjuangan pemimpin melayu terdahulu melawan penjajahan luar. Di lokasi ini menjadi saksi pembunuhan JWBirch wakil penjajah British di Perak
Luaran kompleks juga sudah kelihatan uzur. Sayang..Resort juga sudah terhenti beroperasi..Chalet chalet biarpun direkabentuk cantik kini terbiar..Memaklumkan kepada pegawai kaunter supaya menjengah tandas muzium yang kotor dan rosak..Budaya mentenen kita masih tersangat lemah...
Budaya mentenen perlu dititikberatkan, di negara luar biarpun lokasi tersangat ceruk..parking n tandas adalah berbayar pintu//palang sentiasa berkunci..Sekarang lebih mudah dengan pelbagai applikasi bayaran.. Nak guna sila bayar..
Selalunya bila berkunjung ke tempat yang dikatakan ikonik tempatan, hati mesti terbuku, mesti tak dapat mengelak dari membandingkan dengan mercutanda ikonik luarnegara yang pernah dikunjungi...lebih lagi jika mercutanda mereka lebih terbela..
Tenyata pembinaan komplek sejarah itu sangat bagus namun mendahului zaman..tak cukup kunjungan untuk kekal mendiri. jomlah kita sokong pelancongan tempatan..
Dalam perjalanan balik menyinggah warong tepian sawah...
Friday, December 5, 2025
Asam Gelugor
Cuma pening nak tanam di mana...Kebun bukit slot kosong hampir tiada, berbaki sikit jer lagi. itupun sudah dikhaskan untuk pokok avocado dan nangka.
Pokok nangka dan avocado dah tersemai banyak..Pokok avocado disemai dari biji, sesudah membesar dikawinkn dengan spesis premium...
Atau mungkin terpaksa korbankan pokok asam jawa madu, pokok ini hidup segan mati tak mahu...ataupun satu -satunya pokok limau bali...Memang dah berkira- kira disulam dengan pokok avocado..Pokok limau bali dari dulu lagi cuba menanam tapi tak pernah menjadi..Kita ni lemah semangat bila menanam pokok tak berapa nak hidup..suka yang senang ditanam saja seperti nangka dan avocado. Melihat kepada daun asam gelugur nampak macam senang saja membelanya...
Kena buat keputusan..Tinggalkan yang susah, selamat datang yang senang..
Wednesday, November 19, 2025
Mesin Bungkus Kedap Udara..
Seronoknya bercucuk tanam, biarpun ditinggal pokok terus membesar dan mengeluarkan hasil...Musim hujan sekarang kantan galak berbunga, lambat dituai mengembang lah ia..tapi ok saja yang kembang masih boleh dimanfaatkan, dibuat sambal tumis kantan garing pun sedap...
Ubi betul-betul tak sangka bersaiz besar..bukan saja dipangkal tapi di batang yang tumbang ditanah... Tak taulah samada pokok yang ditanam atau tumbuh sendiri..
Tak rugi meringankan tangan berkebun, usaha tak seberapa hasil boleh dituai berterusan...Mereka yang tinggal di kampung memiliki kelebihan, tanah yang luas boleh dimanfaatkan dengan membela ternakan juga..Setakat ayam, itik angsa maupun ikan takkan tak boleh bela...Daging dapat, telur pun dapat..Rugi jika tinggal di kampung serai pun terpaksa membeli, sedangkan halia kunyit main campak pun hidup...Argh tak ada alasan merungut jika barangan dapur naik harga..
Hasil yang dituai jika terlebih banyak, untuk tahan lebih lama boleh di pek dalam plastik kedap udara...Harga mesin bungkus kedap udara bawah rm30 pun dah boleh dapat..
Jadi apa lagi..jomlah manfaatkan setiap inci tanah kosong tu..
Tuesday, November 18, 2025
Kiosk Gunting Bas Mini Kembali Bernadi...
Permohonan tapak kosong untuk memindahkan operasi kiosk gunting bas mini melalui pihak pengurusan apartmen JMB menemui jalan buntu. Tempoh pengosongan tapak pula sudah tamat, biarpun begitu kiosk gunting tetap meneruskan operasi, namun pasrah jika pihak berwajib menyita premis.
Bersedia dengan kemungkinan terburuk, lokasi pindahan ke kebun rakan telah dikenal pasti...dalam masa sama tetap meneruskan pencarian lokasi baru supaya hayat kiosk gunting dapat dilanjutkan...
Cahaya dihujung terowong nampaknya sudah kelihatan. Biarpun belum direalisasikan kerana masih diperingkat perancangan, kebenaran secara lisan sudah diperolehi. Mungkin awal tahun depan berpindah... Harapnya dalam tempoh tersebut tiada tindakan susulan pihak penguasa terhadap tapak sekarang.



















































