click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, December 12, 2025

Sehari di Telok Intan & Pasir Salak..

Semalam terlajak ke Telok Intan.., menuruti gerak hati mengisi masa terluang kerana tidak dapat memenuhi rutin ke kebun khamis gara- gara Kembara kebun sedang dibaiki. Baik pulih Kembara mengambil masa untuk mengenalpasti kenapa air bercampur  minyak di radiator.

Memandu santai ke utara tanpa  halatuju, segera ke telok Intan bila terpandang papantanda laluan alternatif ke sana melalui Felda Besaot. Suka dengan laluan baru, otak lebih segar memerhati persekitaran baru berbanding laluan rutin..




Telok intan terkenal dengan menara condong, menurut nota, bangunan yang dibina pada kurun ke18 menerapkan rekabentuk pagoda, asalnya adalah menara tangki air untuk membekalkan air ketika musim kemarau di Telok Intan..Kini menara dijadikan ikonik pelancongan menara jam. 

Walaupun dulu selalu ke Telok Intan kerana anak pernah bersekolah di Kg Gajah, tapi sangat jarang ke sini. Bila berkunjung kali ini impresi pertama adalah, menara sudah agak uzur dan keduanya paling tidak berkenan dengan susunan kon-kon  plastik berserta pita penghadang di keliling menara. Tak sepatutnya mercutanda ikonik yang diangkat sehingga ke peringkat antarabangsa berkeadaan sebegini..sungguh mencacatkan pemandangan..

Meluahkan teguran kepada pegawai bertugas dan dimaklumkan menara memang dalam perancangan untuk dinaiktaraf.. 

Kehadiran kon kon plastik ini walaupun dikatakan hanya sementara tapi berkesudahan  kekal wujud disitu biarpun bertahun lamanya. Tengoklah di  kompleks kompleks  kerajaan hatta Putrajaya sekalipun..hospital2..balai polis..lebuhraya dsb seolah-olah tiada perancangan  difikirkan berkenaan masalah trafik dll..hanya timbul sesudah projek siap..



Ole ole orangkebun..




Riverfront Telok Intan...


Sesudah menara jam terus ke Komplek Bersejarah Pasir Salak...Luaran  kompleks juga sudah kelihatan uzur. Sayang..Resort juga sudah terhenti beroperasi..Chalet chalet biarpun direkabentuk cantik kini terbiar..Memaklumkan kepada pegawai kaunter supaya menjengah tandas  muzium yang  kotor dan rosak..Budaya mentenen kita masih tersangat lemah...

Budaya mentenen perlu dititikberatkan, di negara  luar biarpun lokasi tersangat ceruk..parking n tandas adalah berbayar pintu//palang sentiasa berkunci..Sekarang lebih mudah dengan pelbagai applikasi bayaran.. Nak guna sila bayar..

Selalunya bila berkunjung ke tempat yang dikatakan ikonik tempatan, hati mesti terbuku, mesti tak dapat mengelak dari membandingkan dengan mercutanda ikonik luarnegara yang pernah dikunjungi...lebih lagi jika mercutanda mereka lebih terbela..

Tenyata pembinaan komplek sejarah itu sangat bagus namun mendahului zaman..tak cukup kunjungan untuk kekal mendiri. jomlah kita sokong pelancongan tempatan..



Dalam perjalanan balik menyinggah warong tepian sawah...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK