Cuma pening nak tanam di mana...Kebun bukit slot kosong hampir tiada, berbaki sikit jer lagi. itupun sudah dikhaskan untuk pokok avocado dan nangka. Pokok nangka dan avocado dah tersemai banyak..Atau mungkin terpaksa korbankan pokok asam jawa madu, pokok ini hidup segan mati tak mahu...ataupun satu -satunya pokok limau bali...Memang dah berkira- kira disulam dengan pokok avocado..Pokok limau bali dari dulu lagi cuba menanam tapi tak pernah menjadi..Kita ni lemah semangat bila menanam pokok tak berapa nak hidup..suka yang senang ditanam saja seperti nangka dan avocado. Melihat kepada daun asam gelugur nampak macam senang saja membelanya...
Kena buat keputusan..Tinggalkan yang susah, selamat datang yang senang..

No comments:
Post a Comment