click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, December 16, 2025

Jjcm Kuala Lipis...


 
Khamis ke Teluk Intan, Ahad ke Kuala Lipis destinasi tertuju bukan dirancang ketika keluar rumah. Asalnya hati lebih terarah ke Temerloh untuk meronda sambil makan- makan di sana.

Sebelum itu  menyinggah dulu di kolam air panas Bentong. Memilih melalui jalan pintas Batang Kali-Genting Highland dan jalan lama Janda Baik -Bentong, bukannya hiway.



Berbanding Leburaya KL-Karak, jalan lama pastinya lebih sepi namun nyaman sebab kiri kanan jalan dikelilingi hutan ataupun kebun/dusun. Sebahagian besar permukaan jalan pun cantik, sangat ideal untuk riadah  berbasikal. Cuma kena sedikit berhati hati kerana laluan turut digunakan kenderaan berat untuk pembinaan ECRL.



Serius tak sangka, kolam air panas telah dinaik taraf sebegini rupa..Kolam seluas kolam air tadahan taman perumahan dengan kedalaman sehingga 6'.  Kepanasan air boleh dikatakan  panas jika dibandingkan dengan keluasan kolam....Jika diukur pada neraca 1-10, kepanasan air pada skala 3-4, untuk perbandingan air panas Kuala Kubu yang selalu kami kunjungi berada pada skala 6.


Terdapat juga resort persendirian yang turut memiliki kolam air panas berasingan dan perlu membayar atau percuma untuk penginap resort. 

Kolam awam dibawah seliaan Majlis Daerah Bentong, percuma untuk orang awam. Tandas awam berbayar turut disediakan. Kebersihan tandas dan kolam ok mantap. Terdapat juga gerai jualan.

Sesudah air panas, menyinggah pasar minggu Bentong, membeli Jeruk Halia Bentong sebelum sambung perjalanan ke Temerloh.



KM O di pusat bandar Bentong...

Ketika tiba di persimpangan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama/Karak terus berubah fikiran..Tak jadi ke Temerloh, beralih destinasi ke Kuala Lipis..Selain jarak hanya berbaki  90km, kami pun tak pernah sampai Kuala Perlis, jadi eloklah mencuba juga hiway baru ke sana. 

Haiway  4 lorong tanpa tol ini sekiranya siap akan menghubungkan kawasan tengah semenanjong sehingga Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu. Ada rancangan untuk disambung ke selatan sehingga ke Kuala Pilah-Johor Bharu. Ketika ini Seksyen Karak- Raub Utara saja yang telah dibuka..keseluruhan belum dibuka sepenuhnya.




Musim buahan boleh  ke Raub untuk menikmati durian Musang king terus dari kebun.. Raub yang dijoloki dengan Bandar Durian Musang King kini menawarkan harga sedikit mesra poket Rm 20/kilo..Ketika ini buah durian begitu menjadi di sana.

Pertama kali sampai di kuala Lipis, pusat bandar tidak begitu besar...namun kemas dan bersih...Terdapat pusat bandar lama dan baharu yang dipisahkan oleh sungai..Menurut bacaan Kuala Lipis merupakan ibunegeri Pahang pertama dan merupakan kawasan perlombongan emas suatu ketika dulu..Bangunan tinggalan kolonial masih terpelihara..

Mengisi perut tenghari di Restoran  Suasana Kampong...Masakan sedap harga sangat berpatutan, menu berbagai namun memilih urat keting masak lemak, pais kepala patin dan ulaman tak sampai rm50 untuk dua orang. 





Inilah masjid negeri Pahang 
Kuala Lipis dibina pada tahun 1888 sebelum ibunegeri Pahang berpindah ke Kuantan. Menurut catatan, masjid ini terselamat dari banjir besar 1971 biarpun berkedudukan ditepi sungai.


Pejabat pos bersejarah dibina pada 1910 dan telah beberapakali diubahsuai. Kini menghadap dataran Batu 0.


Batu 0 di Pusat bandar Kuala Lipis.


Dataran Batu Tanda 0 berhadapan bangunan pejabat pos


Teruja meronda bandar-bandar yang dihubungkan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama/ LTU setelah keseluruhan seksyen ini siap . Tol percuma.. jalan cantik...Makan tengahari di Lipis ..ngopi ngopi di Gua Musang..Makan Malam di kota Bharu...Puas ke utara/timur meronda pulak ke selatan..Perghh..Nikmat apa lagi yang ingin didustakan..Malaysia Negara Bertuah..

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK