Setiap yang bermula akan berakhir, begitulah juga dengan Kancil..Pagi Jumaat 2 Mei, sesudah subuh tamat riwayat si Kancil ini, bertembung dengan Kelisa di lampu isyarat..Sedang asyik bersembang dengan rakan ketika menuju kolam air panas Kuala Kubu sesudah subuh, langsung tak perasan simpang berlampu isyarat.. Bammm!
Tak sempat apa, segera meluru keluar memohon maaf kepada pemilik kenderaan yang dilanggar... terdetik juga boleh tahan padu Kancil kerana kelajuan ketika itu 50-60kmj, tiada kecederaan dikedua belah pihak..
Kelisa dan Kancil berwarna hampir sama..Ramai yang menyangka kami berkonvoi dari Kelab Perodua klasik ..
Rasa tak berbaloi untuk membaikpulih kancil, kos dianggarkan dalam 2-3 ribu jadi tolak saja dengan kedai besi buruk walaupun hanya laku Rm800. Kebetulan pula anak sudah tak mau menggunakan Iriz, sejak berkahwin mereka memilih kereta Myvi kerana tiada tempat parking di apartmen yang disewa.
Sebelum kejadian sudah berkira-kira menjual Iriz sebab tak mau menyimpan banyak kenderaan lama, Kancil sudah cukup menjadi basahan destinasi berdekatan, serba serbi jimat dan tak takut dilenjan..ermm bertukar rancangan.. daripada memembaikpulih Kancil lebih baik bagi cun kereta Iriz.
Ber Iriz pulak lah kita..
Allahuakbar. Semuga selamat dan di permudahkan urusan
ReplyDeleteMudah-mudahan diberikan rezeki yang melimpah
ReplyDelete