Seribu langkah bermula dengan langkah pertama, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Tak perasan pokok kantan di kebun bukit telah belajar mengeluarkan bunga..
Walaupun tidak sebagaimana dirancang, dulu dah tanam lebih 40 rumpun, yang hidup cuma 4 rumpun...atau 10 peratus saja dan alhamdulillah kini mula menikmati hasil.
Bunga masih bersaiz kecil lagi..
Kita hanya mampu berusaha dan merancang...pokok-pokok banyak dicabut atau disiat oleh monyet juga babi ketika mula ditanam...Benih rosak pun ada, mungkin ketika itu benih tidak cukup menerima cahaya matahari terpayung oleh rimbunan pokok besar lagi...
Berkebun pula secara santai tanam dan tinggal sesekali dibersihkan semasa datang seminggu sekali...atau kekadang 2 kali..
Daripada hutan belukar, kini masih dikelilingi hutan belukar, mampu menikmati hasil kira satu kejayaan juga.
Selain kantan, serai dan limau kasturi telah dituai beberapa kali..Sebenarnya ini pun tujuan berkebun, selain beriadah setiap kali balik ada saja hasil kebun dibawa balik..sikit sebanyak dapat juga mengurangkan perbelanjaan barangan dapur. Dengan saiz kebun tidak begitu luas apalah sangat diharap untuk tujuan komersil...
Alhamdulillah... Bunga kantan nak beli pun mahal...
ReplyDeleteAlhamdulillah berbudi dengan tanah dapat hasil nya.
ReplyDeleteTakpe wak tanam lagi. Bunga kantan sekarang mahal
ReplyDelete