Di dalam rumah untuk keberkesanan dan jaminan 3 tahun, terpaksalah panggil pembasmi anai- anai profesional, kos Rm1900.
Meneliti media sosial terdapat racun anai dengan dakwaan keberkesanan 100 peratus, harga dalam rm300 untuk bancuhan 6 liter..Kita pun membeli untuk dicuba di kebun. Di kebun jika ada anai anai ermm terbantut tumbesaran pokok dan lama-kelamaan pokok pun mati..
Selama ini tersilap menggunakan racun yang segera membunuh anai anai dipermukaan, sedangkan anjuran pembasmi anai-anai profesional, racun mesti ditujukan ke sarang utama. Ratu berupaya bertelur 10ribu telur sehari, jadi petualang ini mesti dihapuskan.
Mereka menggunakan umpan serbuk beracun yang akan dibawa ke sarang oleh pekerja anai anai seterusnya membunuh ratu dan keseluruhan koloni.
Racun yang dibeli online juga menggunakan kaedah yang sama, cuma dalam bentuk cecair.. apabila bersentuhan sesama mereka, semuanya akan berjangkit termasuk ratu..
Beginilah keadaan bawah pokok jambu halaman rumah.., kotak yang diletakkan sementara sebelum dilupuskan dipenuhi dengan anai, berpindah ke sini setelah laluan bawah pokok mangga di sembur dengan racun anai-anai hardware..
Pembasmi profesional memang ada bagitau, racun anai anai harware berkesan jika terus dicurah ke tempat dimana ratu bersarang, semburan permukaan akan hanya membunuh anai anai pekerja dan tentera tanpa sempat membawa racun ke ratu, jadi pembasmian ini tidak berkesan.
Takper kita tengok nanti keberkesan racun belian online..
Harapnya berkesan...
ada sesetengah orang cakap kalau guna racun anai anai biasa tu hanya hapus sesetengah kelompok sahaja
ReplyDeletenanti kalau bekesan bagitahu ye bagaimana nak abeli. Rumah kampung habis kena serang. Almari yang jarang di buka tenguk2 dah bersarang dalamnya. Terpaksa lah kita orang punggah keluar. Tengah nak cari almari plastik
ReplyDelete