Tiada yang kekal didunia ini apatah lagi sofa zaman sekarang. Harga mahal tapi ketahanan tiada.
Sofa 3+2 dibeli 6 tahun dulu, sofa 3 tempat duduk masih elok berbanding dengan sofa 2 tempat duduk yang mengalami kerosakan teruk...Penyewa rumah meminta mengeluarkan sofa rosak. Mereka membawa sofa tambahan sendiri..
Termenung juga bila penyewa meminta mengeluarkan sofa tersebut.
Bukan tak sayang nak dibuang, cuma nak dibuang dimana, tak sanggup memanggil orang melupus tapi berkesudahan dibuang di tempat pelupusan sampah haram. Hati sakit..Kalau barangan letrik atau logam itu mudah, banyak kedai barangan lusuh sedia menerima..
Ingatkan satu rupanya dua..sofa satu tempat duduk juga diminta untuk dilupuskan. Sofa satu tempat duduk merupakan model berlainan, belian terdahulu sebelum diganti dengan model yang rosak ini..Model ini biarpun berusia lebih 10tahun tapi kualiti masih mantap cuma pembalut habis dicakar kucing.
Kita tidak membela kucing tapi sofa rosak kerana kucing yang datang..
Sampel sofa satu tempat duduk model sama yang dikongsi kedai kusyen setelah dibaikpulih.
Fuh mujur ada kedai baikpulih kusyen, selamat dari dibuang ke tempat buangan haram...Pembaikpulih memberitahu dia sanggup mengambil terutamanya model sofa satu tempat duduk jika kita tidak inginkan lagi..Model ini masih mempunyai peminat dan harganya tetap tinggi..
Kos baikpulih kedua sofa menggunakn pembalut baru kalis air dan kalis cakaran kucing adalah RM1200...Wah sangat berbaloi, kurang dari bajet RM1500 yang sedang dikumpul untuk membeli sofa di ruangan tv rumah tinggal kami.
Harap setelah keduanya diberi baju baru berwarna pastel sandy 4048-2, sofa makin berseri di ruangan baru. Kita manfaatkan sofa yang orang dah tak hingin...
Bagaimana nak digandingkan dua model berbeza tu, arghh fikirkn kemudian...
Itu kalau menyandar memang lena tu hihihi
ReplyDeletesofa 1 tempat duduk tu cantik wak. masih ada value lagi tu
ReplyDelete