Jumaat 27hb adalah cuti awal Muharam. Perancangan asal tidak meronda ke mana-mana memberi peluang orang lain menyesakkan jalanraya. Kita orang kebun tidak terikat dengan waktu pejabat boleh saja berpergian bila- bila masa. Bila cuti bersambung dengan cuti hujung minggu jalanraya ke semua arah akan padat.
Rupanya anak cucu Bagan Serai akan ke Ipoh mengikuti ayah yang mempunyai pogram kejohanan futsal antara hospital peringkat kebangsaan. Tak jauh dah sekitar 2jam dalam keadaan trafik biasa, kita pun mengambil kesempatan bertemu dengan cucu-cucu jauh..
Sementara menunggu cucu Wangsamaju dikirim, meneruskan rutin Jumaat berkubang air panas KKB.
Bawak yang besar usia 4 tahun, yang lelaki berusia 2 thn tak bawak, tak sanggup memantau 2 orang.
Sesudah Jumaat bergerak. . Menuruti saja keinginan dengan membuatkan khemah di tempat duduk belakang. Itupun tetap ke depan dan ke belakang. Hah bawa sorang pun sudah bermacam kerenah bayangkan jika bawa berdua pada usia sedang lasak.
Kepenatan/kebosanan lama sangat dalam kenderaan sehingga tertidur. Pemanduan biasa 2 jam , kalini dekat maghrib baru sampai di homestay Ipoh melebihi 4 jam pemanduan..pergh..
Tak tau lagi apa nak dibuat sepanjang disini nanti, mengikuti saja pogram anak yang susun..Malam pertama tiada mood nak keluar, makan pun tempah online, dah jelak duduk lama dalam kesesakan tadi.
Jadi kita bergolek awal..
Alhamdulillah seronok yeeeee
ReplyDelete