Kita orang kebun, sukakan kehijauan, bila prsekitaran togel terasa lemas. Rimas terasa bahang matahari tanpa lindungan pokok-pokok. Tidak selesa bila kenderaan dibiarkan berpanas apatah lagi manusia. Kehijauan persekitaran mampu mengurangkan bahang sehingga 30 peratus..
Pelik bila pemaju samada tertinggal atau sengaja tinggalkan bahu jalan lorong perumahan tanpa di tanam pokok -pokok, sebaliknya bahu jalan dikonkrit . Lagi pelik ada penduduk meminta pihak majlis menebang pokok dengan alasan daun mengotori laman rumah. Ada juga yang menakik pangkal pokok supaya mati. Bagi penulis ini bodoh.
Kita selalu mengeluh panas, panas dan panas, sedangkan jika kita ke kawasan hutan, biarpun matahari tegak diatas kepala, masih lagi terasa nyaman dan selesa. Itulah peranan kehijauan selain menjadi penapis udara..Tangan tangan manusia yang merosakkan fitrah alam.
penulis bercadang menanam pokok di bahu jalan.
Telah dikenalpasti dua lokasi. Berbekalkan pahat dan tukul lantai bahu jalan konkrit hadapan rumah terpaksa dipecahkan.
Manakala satu lagi adalah bekas tapak yang dulunya berpokok jadi tak perlu memecahkan lantai konkrit lagi.
Hari pertama memulakan kerja memecah lantai.
Hari ke 3
Sehari buat sikit lama kelamaan habis juga...tiada tempoh siap ditetapkan.
Sebahagian lorong ini tiada sebatang pun pokok, lari dari kebiasaan taman perumahan...
Pokok yang akan ditanam telah dikenal pasti, di sebahagian lorong spesis sama ditanam oleh pemaju..Harga anak pokok Rm25 sahaja..
Kita perlu bersahabat dengan alam bukan memusuhinya..
Berbudi dengan tanah ada rezeki nya
ReplyDelete