click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, December 5, 2025

Asam Gelugor

 


Dah lama cari benih pokok ini... Jumpa ketika bertandang ke pasar pagi Batang Kali, terus sambar Rm25. Pokok hibrid ketinggian seperti pokok rambutan saja.  Jika bukan untuk komersil, berbuah sepokok pun dah tak habis makan...Asam keping jika disimpan elok boleh tahan sangat lama. Pucuk muda boleh dibuat ulam. 

Cuma pening nak tanam di mana...Kebun bukit slot kosong hampir tiada, berbaki sikit jer lagi. itupun sudah dikhaskan untuk pokok avocado dan nangka. Pokok nangka dan avocado dah tersemai banyak..Atau mungkin terpaksa korbankan pokok asam jawa madu, pokok ini hidup segan mati tak mahu...ataupun satu -satunya pokok limau bali...Memang dah berkira- kira disulam dengan pokok avocado..Pokok limau bali dari dulu lagi cuba menanam tapi tak pernah menjadi..Kita ni lemah semangat bila menanam pokok tak berapa nak hidup..suka yang senang ditanam saja seperti nangka dan avocado. Melihat kepada daun asam gelugur nampak macam senang saja membelanya...

Kena buat keputusan..Tinggalkan yang susah, selamat datang yang senang..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK