Sesudah Frankfurt Jerman, menukar haluan, sepatutnya ke sebelah timur Jerman tapi ubah ke negara berjiran Luxembourg.
Eropah ibarat sebuah negara besar dengan negeri- negeri kecil..Merentas sempadan tanpa perlu melalui birokrasi imigresen..Selain flight, tren maupun bas berhubung ke setiap bandar utama...
Luxembourg negara kecil dikelilingi 3 negara, Jerman, Peranchis dan Belgium. Sebuah negara kaya kerana statusnya sebagai hab kewangan dunia sebagaimana Switzerland.
Menaiki tren dari Frankfurt mengambil masa dalam 4 jam lebih..Kelebihan menaiki tren, boleh melihat pemandangan kiri kanan sepanjang perjalanan, jika memandu, lebih- lebih lagi tempat tak biasa, otak lebih terfokus ke arah pemanduan..
Di eropah bebas membawa pet ke tempat awam bahkan kenderaan awam juga dan pet pula tersangat patuh dengan arahan...
Tiba di Luxembourg.
Luxembourg negara kecil, pilihan hotel tak banyak.. Di eropah biarpun hotel murah, standard kualiti bilik tiada jurang perbezaan ketara.
Sewaktu di Hamburg biarpun menginap di asrama dan hotel murah di kawasan kilang, tandas, tuala, cadar dia sangat bersih ..
Di Belanda hotel ala ala homestay pun puashati.
Ketika di Frankfurt pun begitu, hotel lama kami 3km dari bandar namun kebersihan bilik, tandas, sinki bersih berkilat.
Di Luxembourg kerana tiada banyak pilihan, menginap di Double Tree..tiada perbezaan kualiti ketara dengan yang diduduki sebelum ini..
Di Luxembourg pengangkutan awam adalah percuma, jaringan laluan bas dan tram meluas. Di bandar Luxembourg tiada tren/ tram bawah tanah.
Di eropah hujung minggu apatah lagi cuti umum suasana lebih sepi kerana kebanyakan premis perniagaan ditutup. kecuali kawasan tumpuan pelancung. Hotel lebih murah berbanding hari berkerja..
Ubikayu, pisang tanduk tetap boleh diperolehi di sini..
Pendek kata bab makan, tak perlu risau, kedai halal banyak..boleh cari melalui Google 'Halal restoran near me', nescaya keluar senarai restoran..Jika tiba dan terpampang perkataan halal jangan fikir panjang ..masuk dan makan..inshaAllah menepati selera anda.
Tips makan-makan di eropah ..Jangan tukar nilai matawang...jika tidak...Mahalll..!















No comments:
Post a Comment