Peralatan camping dah beli, aktiviti bercamping perlu diteruskan..jadual jadual bercamping pelbagai tempat telah disusun. Penyertaan menurut siapa yang mempunyai kelapangan, kerana masing masing mempunyai kehidupan..kalau menunggu semua berkelapangan aktiviti akan terbantut.
November kami bercadang bercamping di Bukit Fraser, 5 orang sudah menyatakan minat untuk turut serta. Tapak camping telah dikenal pasti..tapak milik Majlis Daerah Raub cuma tarikh tepat belum diperolehi kerana menunggu respond wakil pegawai memaklumkan kekosongan tapak.
Bulan November mungkin musim hujan, suasana lebih dingin...Kita orang kebun sudah selalu sangat bermain panas. Jadi sesekali mencari kelainan bercamping di puncak tinggi. Tidur malam pasti lebih seronok, syok dapat menikmati suasana dingin sambil berselubung selimut tebal berumahkan khemah kecil.
Tinjuan mendapati ramai orang turut berkongsi minat yang sama..Kini tapak perkhemahan perlu ditempah terlebih dahulu..
Jika sukakan berkhemah di pinggiran sungai atau air terjun boleh menginap di Tapak Perkhemahan Jeriau, kedudukannya agak jauh dari puncak dalam 4Km menuruni lembah..
Secara peribadi kita sukakan tapak berkabus di puncak dengan pemandangan tanah tinggi. . Di lembah kita sudah muak dengan suasana yang tidak jauh beza dengan kebun..
Tapak tapak baru diwujudkan untuk memenuhi permintaan tinggi terutamanya dihujung minggu atau hari kelepasan am.
Wakaf wakaf turut boleh disewa serendah rm10 bergantung kepada saiz wakaf..
Berbanding di lembah yang agak terpencil, tapak di puncak sangat hampir dengan kemudahan tempat makan..jadi tak perlu beriya membawa keperluan bekalan makanan..beli saja makan untuk lebih mudah..Setakat membawa jajan ringan selain alatan ringkas memasak air, itu sudah mencukupi..
Sambil melayan kesejukan malam boleh lah ngopi ngopi..











No comments:
Post a Comment