Serius tak sangka pokok avocado pinggiran rumah sudah berbunga agak lebat...Anak pokok avo spesis Black Sapote pemberian sahabat kebun belum pun berusia 2 tahun.
Penggemburan, pembajaan disamping teknik sungkupan sisa sampah laman nampaknya menyuburkan tanah sedangkan semasa mengorek lubang dulu, tanah adalah keras berbatu..
Menurut sahabat kebun, benih pokok indok kahwin dibeli dari Indonesia Rm70 sepokok manakala anak pokok dari biji Rm30..Suatu ketika dulu anak pokok berharga dalam Rm350..Kini harga dalam lingkungan Rm108-240 sepokok..
Benih benih dari biji dibiakkan menggunakan pucuk pokok induk kahwin
dewasa.
Keunikan spesis ini isi buah berwarna hitam...
Nampaknya sebahagian semaian biji kita pun boleh di kembang biakkan menggunakan pucuk pokok yang sedang berbunga ini.
Semangatt...




