click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, September 24, 2010

AKU DAN BASIKAL


Pada 8hb September 2010,sehari sebelum raya..aku telah menyambar sebiji Mountain Bike (MTB). Kira basikal rayalah ni..Basikal yang aku beli sebelum ni, bukan tidak boleh kayuh, cuma diorang cakap kurang sesuai untuk join mtb tegar lain, kecuali hati betul-betul cekal menahan kutukan geng-geng nih..Aku sudah cukup masak dengan perangai orang yang taksub dengan sesuatu perkara ni..Boleh dikatakan semua lebih kurang serupa je..yang kaki pancing dengan cara dia, kaki motor ikut style dia..manakala mat-mat kereta pun adalah caranya.. tak usah layan lebih-lebih sangat..

Berhari-hari belek iklan dalam internet 'bike buy and sell', mudah.com disamping buat panggilan talifon ke rakan rakan yang telah berkayuh basikal ni.., pada hari khamis tu aku bawak lah kawan aku Acong ni(nama betul dia Ghazali, dia pun tidak pulak bagi jawapan tepat macamana kekawan boleh panggil acong). Empat buah kedai basikal kitorang pergi di kawasan PJ dan dan Sri Hartamas..Hendak pilih pun sikit punya susah.. Kalau nak ikut bajet aku asal bawah seribu setengah memang nak angkat fork basikal pun tidak cukup .pperghh..Mahal wei..Dalam hujan tu, kami redah juga dari kedai ke kedai..

Tapi memang dah pasang niat nak beli mtb, maka di kedai Sri hartamas tulah aku sambar sebiji MTB kaler merah..Acong ni memang kaki kayuh basikal, sudah lebih lapan tahun dia berkayuh dan kawan-kawan dia ramai cyclist malaysia, jadi korang dapat agak lah selera dia ni..Basikal dia je sudah perabih dekat 20k..tetapi menurut dia berbaloi sebab sudah jadi champion 2 kali di Singapura dan 3 kali di Malaysia..(psst bukan dia yang bawak tapi kawan dia pinjam..), kira sudah pulang modallah dengan hadiah yang diperolehi..tapi aku bukan mahu jadi pro..cuma berkayuh sihatkan badan disamping tak maulah diorang gelakkan aku masa join diorang nt..jadi harga basikal aku kira yang patut-patut jelah..

Biasanya orang upgrading, tapi aku terbalik lah.. downgrading, dari kereta turun motosikal turun lagi basikal..hee..he..jadi kekawan diluar sana yang mahu join kami berkayuhh..jomlah..

HORMATILAH SIKERDIL


Ini lagi fe'el pengguna kenderaan besar yang aku menyampah..Macam syok pulak korang buli kita yea..Bukannya tidak tahu atau tidak nampak kami bawak motor atau basikal.Berilah sedikit ruang dan perlahan sikitlah semasa memintas..Ini tidak..semacam saja korang potong,,sampai bergegar motor/basikal kami..Bila musim hujan lagilah..dimana ada lopak berair lagi syok korang menguyupkan kami..

Pagi tadi masa aku kayuh basikal turun jalan curam..sampai simpang,selamba je budak sekolah perempuan bawa kereta pintas aku dari belakang dan terus belok kiri masuk simpang depan aku..Nasib baik aku tidak terbongkang sebab sempat tarik brek..Aku pulak berpelikat waktu tu, almaklumlah balik dari masjid..Bayangkan kalu brek aku masa tu tidak berfungsi. Guna brek kaki pada tayar le nampaknya..Hei korang hormatilah kami si kerdil ni..

Jadi kepada riders semua, aku rasa tips yang aku dapat dari riders berpengalaman ini sangat berguna..Kalau ride motosikal..Motor kenalah tip top..servis mesti berkala, kalau motor underpower bahaya..susah mahu memintas kenderaan lain..biar kita yang tentukan laluan kita dan cari posisi selamat. Kalu motor power pulak jangan main cilok-cilok.. ini laagi bahaya..ha.ha.

Kalau kayuh basikal..aargh ada sesiapa mahu perturunkan ilmu..?

Thursday, September 23, 2010

MALANG TAK BERBAU




Pada 23hb Sept 2010 dalam perjalan balik dari site Kajang, selepas Plaza tol Kajang kemalangan berlaku, sebuah kembara terbabas dalam longkang.Alamak gambar Kembara tak jelas pulak dalam longkang tuu..Shot tergesa-gesa.. Aku tidak pasti status pemandu dan penumpang..keadaan jalan basah ,sebab baru saja hujan lebat ..langit masih gelap jadi cepat-cepat aku beredar dari tempat kejadian..khuatir kuyup di tengah jalan..maklumlah mahu ride jauh ke Rawang..

Sebelum ini kejadian yang aku sempat abadikan dalam kamera phone aku lagi dahsyat,tetapi pemandu seorang apik (yang berpayung biru putih) tidak mengalami kecederaan walaupun Iswaranya terbalik tayar atas. Kejadian yang berlaku di LPT amat menghairankan aku..menurut apik itu dia memandu dalam 90km/jam sahaja...cuaca baik..jalan tiadalah beralun sangat..tapi melihat keadaan kenderaan yang terbongkang tu..macam susah nak percaya kenyataan apik nih..Lu biar betul pik..

Kepada pemandu dan riders berhati-hatilah membawa kenderaan..

Nikmatnya Bermotosikal



Pagi jam, petang jam..jalan biasa jam. masuk ikut highway pun kekadang jam..nak bayar duit tol pun jam..!, keluar tol pun jam..hai..bayangkanlah pertambahan kenderaan negara setahun melebihi 400000 buah..jadi macamanalah tak jam sebab jalan yang diguna jalan yang itulah jugak..korang naik ferari ke, lamborghini ke atau apa ajelah kereta yang laju-laju..masa jalan sesak selamba sahaja kitorang pintas korang..jadi inilah nikmatnya bermotosikal..

Bawa kereta memang syok sebab selesa dalam aircon..tetapi sudah lah lambat, kena bayar tol pulak..kalau berurusan seharian di sekitar kl kalau tidak ada rm30 untuk tol janganlah mengada-ngada bawak kereta..itu tidak masuk duit minyak.,yang sakit hati kalau lalu highway di sekitar kl sekejap-kejap berhenti..sebab? bayar tol lah.,sampai naik rosak power window..kalau guna lorong smart tag atau t n g masa waktu puncak pun 2 x 5..jam....Hendak bagi duit sekolah anak sikit punya berkira, membeli barang dapor sikit punya bajet..apa lagi hendak belanja kawan..tetapi tol dan minyak punya pasal kita amat bermurah hati..inilah nikmatnya bermotosikal

Sekarang ni mana ada yang free, semua berlumba lumba nak kenakan caj pada orang ramai..sudahlah nak cari tempat parking susah,yang ada pulak cekik darah, caj lebih tinggi mengalahkan caj tol..silap letak tepi jalan kena saman, blocking kenderaan orang, kena maki.. kena horn..lagi naya kena tunda PBT..jadi inilah nikmatnya bermotosikal.

Orang cakap naik motosikal panas..ya memang tidak dinafikan.,tetapi dengan lengkap berjaket tak payah nak pergi sauna..dapat original sauna..berpeluh sakan,terbakar lemak..insyaallah badan sihat..inilah nikmatnya bermotosikal..

Naik motosikal musim hujan badan lencun..jadi apa masalah?..sebab mamat yag lencun terlupa bawa baju hujan barangkali..lagi hujan lebat..lagi sesak jalan..bulan puasa baru ni berapa ramai yang berbuka dalam kereta..tetapi kami yang naik motosikal boleh dongak tadah air hujan untuk berbuka puasa..he he. inilah nikmatnya bermotosikal..

Sebenarnya banyak lagi nikmat bermotosikal ini yang boleh disenaraikan.,cukup dululah untuk kali ini..Jadi sesiapa yang belum merasai nikmat bermotosikal ini jomlah sambar motor..ha.ha.

Wednesday, September 22, 2010

Mana Silapnya



Sana sampah,sini sampah. Kenapa agaknya manusia hilang pertimbangan. Bukan kah ingin yang bersih itu fitrah..? tapi nampaknya kita hipokrit,ramai yang masih berfikiran songsang..Perhatikanlah di mana- mana, fikiran songsang ini bagaikan dimiliki merentasi darjat..baik yang muda, tua, miskin,kaya..buang sampah tanpa rasa bersalah. Tapi yang anehnya bila bala menimpa seperti banjir, maka mulalah masing-masing menunding jari..Nampak macam aneh bukan, tetapi itulah hakikatnya. Sikap tidak apa' menguasai diri..alah buang sampah sikit je..tidak memberi kesan pun kalau hanya sepotong puntung rokok..Bermula dari sepotong inilah pemandangan buruk menghiasi hampir di setiap persimpangan lampu isyarat..Pembersih jalan pun berfikiran tidak apa, bukan disapu dan dikumpul..sebaliknya disapu terus ke dalam longkang..nah ambik kau.. jadi kepada riders yang merokok, harap dapatlah ubah sikap..lepas korang hisap tu puntung padam dan simpan dulu dlm poket..kerja simple je,jgn kerana segelintir terlibat, riders berhemah lain turut terpalit makian orang ramai..Happy riding..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK