click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, July 29, 2011

Nak cerita pasal bola lagi ke...?


Nak cerita pasal bola pun, mesti dah banyak sangat cerita tu dimana-mana. Malaysia dah kalah nak buat macamana..? Kat facebook pun penuh komen pasal bola saja.., apa nak buat belum kesampaian untuk beraksi untuk peringkat ke 3...perbaiki dan cuba sajalah lain kali...Tumpukan untuk kelayakan olimpik pulak..Daripada kita pening dengan perkara yang sudah berlalu jom kita layan yang ini...

Mula -mula aku ingat dia bersembang dengan seseorang dalam kereta tu..bersungguh-sunguh dia berbicara..bukan slow.., tapi kuaat..! dibelek-belek dan ditunjuk-tunjuk dokumen di tangan. siap mendongak-dongak pandang langit lagi..Dikeluarkan lagi kertas-kertas dari dalam karong plastik tuh...pergh..aku ingat dia ni dulu juruaudit kot...tak pun bookie bola..he he..

Sesetengah orang cakap, alaa kesiannya...tapi sebenarnya ada juga untungnya..dosa takda beb..kecuali dosa masa waras dululah...Kita yang serba waras ni lagi kena berwaspada terhadap dosa-dosa kita berbanding orang seperti ini....Buatlah macamana teruk...selamat dunia akhirat...!


Thursday, July 28, 2011

Trailer terbabas lorong bertentangan...


Tempat kejadian di Lebuhraya Elite bertentangan dengan Wisma Rozali Shah Alam. Trailer arah Kuala Lumpur telah merempuh penghadang besi jalan dan masuk ke lorong menghala Klia. Masa kejadian, tengahari Rabu semalam..Ketika kejadian aku dalam perjalanan ke Jenjarum Banting dari Kuala Kubu Baru, bila masuk susur ke Lebuhraya Elite dari Plaza Tol Bukit Jelutong tetiba jalan sesak teruk..Mujur aku bawak motor boleh menyelit celah-celah kenderaan. Tak taulah apa punca trailer tu boleh terbabas macam ini.., tayar pecah kot..nasib baik terbabas ke kanan, nasib baik juga tak melibatkan kendaraan lain ..kalau terbabas ke kiri , sah trailer akan terjunam ke bawah jejambat nun. Tak pasti juga melibatkan kemalangan jiwa ke tak kerana setiba nya aku disitu, pemandu dah tak da...sempat ambil gambar sekejap terus beredar..berhenti lama nanti takut semakin sesak pulak kedua-dua hala laluan..Berpandukan keadaan lori, aku rasa selamat pemandu tu...

Bila bawak kenderaan terutamanya motorsikal di jalanraya, kejadian sebegini yang paling aku takut.., tetiba je kenderaan dihadapan  melintang makan jalan...masa tu pulak kita berada di belakang atau di sebelahnya...Apa yang anda boleh buat...? Orang lain punya masalah kita turut menerima musibah...sistem keselamatan canggih macamana pun tetap tak guna bila kejadian sebegini berlaku secara tiba-tiba...Pasrah dan redha sajalah..

Ya Allah selamatkan  kami ...Aminn..

Wednesday, July 27, 2011

Jom join kami...!


Berikut petikan mesej kawan aku Ar Mastor yang ride bersama di Sumatera baru ni dan sekarang sedang kemaruk untuk berxpdc lagi. Dia pulak baru je sambar Bandit 1200 dari Naza..ha ..ha geng Suzi nih..Sekarang ni dia mempunyai pogram fakulti beliau di Kalimantan. sambil tu tinjau-tinjau laluan..

"
Assalamualaikum,sekarang sedang naik bas ekspress dari Pengkalan Bun ke Plangkaraya, esok jam 4 pagi baru sampai. jalan ok tapi banyak yang rosak, ada yang masih dalam pembinaan, terpaksa naik flight, kalau motor boleh naik feri, nak bawak V strom atau Bandit rasa sayang...mungkin kena bawak KTM atau KLR, pertamina tak banyak tapi minyak botol ada banyak tepi jalan- Mastor

Aku dah sampai Plangkaraya..jalan lebih baik dari kat Riau tapi tak sebaik Sumatera Barat..Kenderaan tak banyak., Ada stretch dalam pembinaan sebab selama ni tak pernah ada jalan daraat, banyak jalan air samada sungai atau terusan tapi takle sehebat Holland, aku rasa KLR atau KTM sangat sesuai..Mastor

Asalamualaikum..Firdaus Naza kata Bandit dah siap, insyaallah saya akan ambik Sabtu depan. Sekarang saya berada di Banjarmasin sedang recce untuk konvoi rentas Borneo.. Nak join kembara nanti boleh bagitau..Laluan tak teruk sangat macam di Sumatera tapi ada tempat yang tak boleh dihubungi dengan jalan darat, kena naik bot. Petang ni akan fly ke Balikpapan dan recce ke Samarinda dan Tenggarang dan lepas tu terbang ke Tarakan dan naik feri semula ke Tawau. Balik KL ikut KK- Mastor"

Pergh best..best..Destinasi xpdc berikut kami Insyaallah adalah Trans Borneo..Yea..yea tunggu kehadiran kami..Ada sesapa nak join..?

Monday, July 25, 2011

Siapa lagi boros berbelanja...?

Antara berita hangat minggu lepas adalah pasal taikun Malaysia Robert Kuok dikatakan membeli yact peribadi bernilai USD4.5b..Hampir keseluruhan badan yact disaluti emas...lagipun berbanding material lain, untuk masa mendatang harga yact beliau garenti akan meningkat seiring dengan kenaikan harga emas...aku terus capai kalkulator USD 4.5b bahagi USD35 b...argh baru 12.86% dari nilai kekayaan dia..kira oklah.. itu belum kira pendapatan harian dia lagi..pada aku dia masih bersederhana..lainlah kalau dia membeli lebih dari 70 peratus dari nilai kekayaan dia..mungkin boleh dikatakan berlebih-lebihan...dia ingin berbelanja untuk dirinya , duit banyak makan garenti tak habis..lagipun umur dia dah nak masuk 90an. argh berbelanjalah  tauke..!

Dalam sedar tak sedar orang kebanyakan macam kita yang berlebih-lebihan berbelanja sebenarnya...cuba korang tengok yea...katalah pendapatan isirumah dalam RM5000 sebulan. , simpanan lain langsung takda.,kecuali duit KWSP yang ciput tu... tapi kita berbelanja besar untuk kenderaan...kereta baru  yang paling murah dipasaran pun sudah melewati harga RM30000...sudah berapa kali lebih besar dari nilai kekayaan kita...itu belum kira perbelanjaan bulanan yang lain seperti  duit bil handphone/broadband , duit tv berbayar, duit melaram, duit sewa//beli rumah ..duit makan....duit minyak..duit tol, duit anak-anak...bla..bla...

Kita yang boros berbelanja  sebenarnya...!


Sunday, July 24, 2011

Bola..bola..bola...!

Hari ni punya cerita hangat pastinya pasal bola....Malaysia lwn Singapura..Piala Copa Amerika pun dah tenggelam sejak pasukan Brazil dan Argentina tercicir..Anak pompuan darjah 6 aku yang tak pernah kesah pasal bola pun malam tadi pun sibuk tengok bola..kira oklah ..kalau tidak mesti berebut 'remote control' nak tengok saluran tv masing-masing. tapi biasalah budak pompuan sedang meningkat remaja..,tengok tu memang tengok tapi komennya lebih terarah..." eei hensemnya penjaga gol Malaysia...! ..," alaa... napa asyik fokus kat gambar Que lee..tak ensem langsung... !"...Ha.ha..

Walaupun kalah  3-5 tapi takpa-takpa bola itu bulat..kita ada masa paling kurang 90 minit lagi...Go Malaysia Go...!


Saturday, July 23, 2011

Hangat-hangat taik ayam...?

 Sempena hari Sabtu, hari beriadah aku nak tulis pasal peralatan beriadah nih....sudi-sudikanlah membaca yea..

Sebelum dapat memang semangat. Walaupun mahal pelbagai alasan diberikan untuk mewajarkan sesuatu pembelian. bila dah dapat selalunya untuk 2 bulan pertama tu hari-hari berkepit dengan barang/peralatan baru..Masuk bulan ke3 mula kerap pastu jarang-jarang pastu kadang-kadang dan kesudahannya bersawang..ha ha..beginilah nasib peralatan sukan yang ramai jugak tak kira  lelaki atau pompuan berebut-rebut membeli dulu...selepas 6 bulan, cuba cari kat mana barangan tersebut berada...ada yang bawah tangga, dalam stor  bawah katil dsb..

Mujur program 'AS SEEN ON TV' dah takda..kalau ada lagi ntah berapa banyak lagi produk lain akan terbeli untu mencuba keberkesanannya pula..Dulu pogram ni kan kerap mempromosi barangan/peralatan sukan/kesihatan. .eazy glider la, treadmill la, bola besar la..sauna la..argh macam-macam lagilah.. aku yakin ramai yang membeli kerana terpegun dengan model model yang memiliki potongan badan cantik setelah menggunakan produk tersebut.. Tapi percayalah takda sesuatu perkara yang diingini boleh dimiliki hanya dengan usaha hangat-hangat taik ayam saja..model-model tu berjaya kerana telah melalui modul-modul senaman sistematik berterusan. sebab tu hasilnya memang menakjubkan..tapi kalau mencuba peralatan ikut sempat saja..ermm aku yakin ramai yang akan kecewa separuh jalan kerana hasil yang diharapkan tak sebagaimana yang diingini....Bagi yang dah terbeli jomlah guna semula barangan tersebut...ha ha..

Pssst..psst...bini aku pun banyak juga membeli peralatan tersebut...tapi kini bila ada promosi macam tu di TV cepat-cepat dia tukar siaran sebab takut nanti aku mula berkhutbah panjang..kah..kah..kah...

Friday, July 22, 2011

Tahukah anda...?

Cuba korang ingat berapa banyak sikat yang korang dah beli..,.sekejap-sekejap hilang...begitu juga dengan ketip kuku.. lebih-lebih lagi bila anak ramai..bila tanya semua tak mengaku..., biasanya bila nak guna masa tuu lah cari tak jumpa..dan bila cari barang lain masa tuu lah, tak satu- satu bendalah ni terjumpa...bila dikumpul menimbun banyaknya....tapi sejak aku cuba cara ini..ia sungguh berkesan...seingat aku dah lebih sepuluh tahun sikat aku tak hilang-hilang..he he...



Tapi sekarang aku ada masalah baru..cermin mata, handphone dan kunci pulak yang selalu hilang...ish..ish handphone tu kalau kat mode biasa senanglah jugak nak cari...yang leceh bila bateri habis atau terletak dalam 'silent mode'...sikit punya haru nak mencari...ada sesapa nak bagi tips kat aku ha..ha...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK