Wednesday, February 29, 2012
Monday, February 27, 2012
Lagi cerita pasal basikal...
Aku tak boleh tahan dah, semalam sepetang Ahad pergi dari satu kedai ke satu kedai...Tujuan..? he he nak cari basikal. Basikal jalanan lah pulak. Dulukan dah beberapa kali aku cuba bawak MTB lalu jalanraya..macam tak best je...
Amacam cantik tak basikal baru aku...? Budak-budak muda mesti tak suka sebab aku pilih kaler orang tua..Kaler Gold ko..! Rakan -rakan ada cadangkan supaya beli set tayar saja, boleh tukar ganti dengan basikal sediaada, tapi bila dah fikir-fikir, aku rasa idea tu hanya molek secara teori dan garenti tak boleh pakai secara praktikal. Alaa sekali dua rajinlah bertukar ganti tayar, lepas tu aku yakin salah satu set tayar mesti duduk dalam stor...lagi membazir. Set tayar depan belakang lekeh-lekeh RM200 lebih. Bila check basikal ni semalam harga dalam RM690, belum tawar lagi.
Hari Isnin tadi, ronda lagi kedai basikal di Batu Cave, jumpa set basikal sama..Tawar punya tawar dapat turun sehingga RM580..ok not bad. Terus sambar sebab hati dah berkenan dan menepati bajet aku bawah seribu..Kebetulan kawan yang temankan aku beli MTB merah ni pun nak datang ke kedai..Argh sebelum dia racun, lebih baik aku bayar terus..Susah kalau dengar pandangan orang lebih-lebih nanti., garenti bajet lari..ha ha..Macam Mtb merah ni dulu..bajet sebenarnya bawah 3k, bila keluar basikal , harga sama dengan10 biji basikal baru aku tu..huh giler dah lebih mahal dari kapchai...
Dah alang-alang ada dua set basikal, aksesori pun kena le cari dua, kecuali blinker. Senang terus pasang kat basikal tak ubah-ubah. Dua set aksesori ni selepas diskaun dapatlah harga RM95. Dijumlahkan semua basikal dan aksesori RM675. Bolehlah tu..Tak sampai sebulan nanti dapatlah cover balik duit beli basikal ni...he he.. selamat dari bayar tol dan jimat duit minyak sebab naik motor sebulan..RM600, itu aku kira kalau 20 hari je guna motor dengan selamat duit tol RM15 sehari. Duit minyak jimat Rm15juga berbanding kereta... Tak ke dah RM600? .. baki RM.75 lagi.?.argh aku tak hisap rokok..dah jimat 200 ringgit..! Perokok lain dah tentu kena keluarkan jumlah tu kalau sehari mereka tutoh sekotak rokok harga RM10 sekotak..ha ha..
Entah naik basikal murah atau mahal taklah berbeza sangat pun. Syok je aku kayuh petang tadi..Lainlah kalau kita penonggang profesional, boleh mengoptimumkan kelebihan teknologi terbaru. Sebab tu kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan basikal ni, jangan dengar sangat pendapat rakan dan jurujual.. beli berpada-pada je..Yang selalu terjadi, kawan beli kita beli, murah taknak..yang mahal saja jadi pilihan.. kawan upgrade lagi mahal, kita ikut upgrade..semata-mata tak nak ketinggalan ..kawan berkayuh pagi petang, kita simpan pagi petang..apa barang beb..

Blinker ni bukan saja berguna ketika berbasikal tapi amat berguna ketika bermotorsikal. Semasa berkonvoi diluar negara blinker seperti ini dapat memberi tanda pengenalan kepada rakan terutamanya diwaktu malam..siang boleh nampak sesama rakan, bila malam semua kenderaan lain turut berlampu maka susahlah untuk mengenali rakan kecuali bila grup kita memasang set seperti ini..Mudahlah untuk kita mengenal pasti rakan yang lain...Lip..lap..lip..lap..ha ha...kawan aku didepan tuuu...!
Labels:
MOUNTAIN BIKE,
MPB-multipurpose bike,
TIPS SEMPOI
Kayuhan PLUS...
Ahad 26 Feb 2012. Selepas kayuhan solo LATAR, basikal tersadai. Bila ada geng ajak berkayuh Ahad, tanpa banyak soal terus setuju. 3 orang pun jadi..Sorang memang selalu kayuh bersama dan seorang lagi kenalan baru Dollah dari Selayang..He he dari perawakan dan potongan badan aku agak umur dalam 30an....
Cuaca cantik, tak panas sangat, sausana agak lembab sebab malam sebelumnya hujan. Trek ini turut menjadi homeground kepada kaki kayuh dari Sg Buaya.
Cuaca cantik, tak panas sangat, sausana agak lembab sebab malam sebelumnya hujan. Trek ini turut menjadi homeground kepada kaki kayuh dari Sg Buaya.
Tak tau macamana ladang ni dapat nama..nak kata ada air terjun tak pulak kami berjumpa airnya.
Brader Shukri ...sebaya aku dia nih..walaupun selalu pancit dan kerap tolak basikal, tapi mantap. ha ha..
Tujuan asal nak berkayuh ke Sg Buaya saja, jarak dalam 15 km pergi dan balik, tapi berubah fikiran. hari ni kami bawa tamu Brader Dollah yang pertama kali berkayuh disini. Kami bawalah trek yang agak jauh sikit. Country Homes-Kg Orang Asli-Ladang Waterfall- Tmn Garing Utama- R n R Rawang Utara-Tmn Emerald-Country Homes...Saja kami nak test semangat kental dia.. .( Pssst... sebenarnya saja nak mendajal dia ha ha.) Dulu bawak geng dari Tasik Puteri sebahagian yang ikut, tak mahu ulang lagi ke trek ini.. he he..Diorang cakap trek tak best...
Trek takdalah susah cuma yang tak seronok ikut trek ini laluan terbuka..panas. !, dan lagi terpaksa menempuh pelbagai halangan seperti diatas...menyusup bawah pagar..
atau terpaksa berkayuh dalam longkang...
sebelum tiba di R n R Rawang arah utara...Fuyoo motor tu walaupun harga melebihi 170k, tapi tak cukup versatil sebagaimana basikal kami...
Sebut saja dimana, lebuhraya...,
atau belukaraya... pasti boleh...tak boleh kayuh kami pikul...!
Pergh..tak nampak tanda-tanda brader Dollah ni akan pancit, dia yang pertama dulu sampai ke puncak bukit, Kami pulak yang terjelir lidah bila memanjat laluan pintas ini., dan sewaktu berkayuh bukit pacak di Emerald yang panjang dan curam dia mengayuh selamba saja berbanding kami yang terhegeh-hegeh nak tiba di puncak..Bro sorang lagi tu usah ceritalah...tak sampai suku jalan dah tolaaak..Tak menjadi untuk mengenakan dia..ha ha..
Apa barang bro takkan cuma 22km saja...pergh kami terkena beb, silap orang lah dan ternyata memang aku tersilap.., brader dollah tu umur rupanya 46 tahun ...senior aku setahun tu..Dia bagitau lagi tiap minggu paling kurang kayuh 30km di laluan lebih extreme dari ini..oowh patutlah gagah dan nampak muda remaja...!
Argh..kalau gitu aku pun nak gagah dan nampak muda remajalah...! he he..
Saturday, February 25, 2012
Lambaian Kaabah...
Dulu selepas balik buat haji yang pertama pada 2004, kami terus mendaftar semula untuk haji kedua..Masa tu pendaftaran haji kali kedua boleh dibuat tanpa syarat berbanding sekarang yang hanya boleh mendaftar setelah usia haji pertama berusia lima tahun. Tanpa sedar 9 tahun telah berlalu dan minggu lepas kami terima surat dari pihak tabung haji supaya menghadiri kursus haji. Kebetulan masjid ditaman kami turut menawarkan kursus haji jadi mendaftar disana. Bermula Sabtu 24hb Feb 2012 sehingga sepuluh siri berikutnya kami akan menghadiri kursus tersebut. Persediaan memantapkan ilmu..mana tahu terpilih nanti.
Bukan bermaksud menidakkan peluang orang lain, jika terpilih lagi, kami mengharapkan haji kali ini lebih sempurna berbanding haji pertama dulu. Inilah peluang untuk memperbaiki kelemahan haji pertama dulu. Timbul juga simpati bila bersembang dengan rakan kursus lain yang mana terpaksa membuat rayuan supaya dipercepatkan giliran masing-masing. Seorang peserta memberitahu beliau mendaftar haji pada tahun 2007 dan giliran akan tiba pada 2016..! bermakna 9 tahun tempoh menunggu...sama juga dengan kes aku..itu dulu tak taulah sekarang..
Kekadang terdapat silap faham dikalangan orang ramai yang menyangka bila membuka akaun tabung haji dan menyertai kursus haji bermakna secara automatik akan dikira mendaftar haji dan layak menunaikan haji . Ada seorang peserta kursus yang terkeliru bila memberitahu sedemikian. Alamat tidak akan pergi ke Mekah le sampai bila-bila selagi tidak mendaftar pergi haji. Disebabkan kuota yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi dan peningkatan kesedaran orang ramai untuk menunaikan haji, seseorang terpaksa menunggu giliran yang lama sebelum tiba gilirannya.
Jadi kepada pembaca diluar sana segeralah mendaftar sebelum pelbagai syarat lain dikenakan nanti untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Apa tunggu lagi, pergilah mendaftar...!

Friday, February 24, 2012
Royal Enfield kini kembali...
Tayar motor aku hanya mampu bertahan sehingga 18000km, perlu ditukar baru.
Sekiranya minyak murah, kesesakan tiada, guna lebuhraya percuma, aku pun akan memilih berkereta ke mana-mana.,,syiok duduk dalam aircond..Naik motor ni dahlah panas, resiko kemalangan tinggi, penyelenggaraan tak berapa murah ( kecuali motor kecik) dsb, tapi bila dah timbang-timbang bermotor lebih menjimatkan masa juga penjimatan kewangan maka kami tolak tepi masalah panas, hujan, berisiko dsb.
Ramai berpendapat bermotorsikal ni berbahaya..memang tak dinafikan, tapi tahukah anda risiko kemalangan ada dimana-mana, kalau memang nak terjadi sesuatu bencana dalam tidur pun boleh berlaku kemalangan. Jadi tak payahlah fikir yang bukan-bukan tentang nasib diri, yang kita sendiri pun tak tahu apa akan jadi..Paling penting terapkan tunggangan yang selamat dan selebihnya bertawakal.
Jomlah bermotor seperti kami..ha ha..Cuba korang congak ok, berapa banyak duit minyak, duit tol duit parking dll yang korang boleh jimat..duit yang diselamatkan disini boleh korang guna untuk perkara lain seperti melahap makanan yang korang inginkan..kesihan aku tengok ramai orang sanggup mengikat perut untuk membeli makanan diingini semata-mata reserve duit untuk mengayakan tauke stesen minyak, operator lebuhraya juga pengusaha parkir kenderaan... Berdenyut kepala hotak aku bila sesekali bawak kereta.. terasa betul duit keluar.. asyik-asyik turunkan cermin kereta bayar tol.., tol lagi..., tol lagiii..! issh bawak 50 ringgit macam takda nilai dizaman ini bila berkereta ...lagi sakit hati, bayar tetap bayar walaupun jalan mengesot-ngesot macam siput...Apa barang...!
Amacam kalau korang sambar motor-motor klasik macam ni..Foto atas ehsan Big Bike Shop pengimport tunggal motor Royal Enfield ke Malaysia..pilih jangan tak pilih...!
Bullet 350..RM30557 OTR
Bullet 500 RM41889.45
Bullet 500
Bullet 350..
Ha ha..kalau berkenan telefonlah sendiri jurujual 03 89449822, email: thebigbikeshop10@yahoo.com...cakap dengan Pak Berahim atau En Fadil...aku tolong promosi saja..
Wednesday, February 22, 2012
Upgrade motor...
Ramai sudah teman-teman yang membeli motor saing dengan aku dulu telah bertukar motor baru. Trend selera penonggang motor ni nampaknya berubah ikut peringkat umur. Yang muda akan kutuk kalau kawan-kawan sebaya membeli selain dari motor sport, walaupun tahu bawak motor meniarap ni akan sakit pinggang, sakit lengan dsb tapi terpaksa kontrol macho konon-konon selesa teramat. ha ha..Selalunya selepas puas bermotor sport akan upgrade ke motor bogel/naked kemudian Sport tourer atau DP dan penghujungnya akan beralih ke motor ala-ala klasik pulak.
Tidak hairanlah motor ala-ala klasik mendapat permintaan yang tinggi di pasaran sekarang, barangkali ramai mat-mat motor yang dahulunya tergila-gila dengan motor jenis lain telah sampai ke pringkat ini sekarang. Kedai Big Bike Shop di Pusat Perdagangan Suria, Puchong yang membawa masuk motor Royal Enfield dikhabarkan tak menang tangan melayan permintaan/pertanyaan orang ramai yang berminat membeli motor tersebut, Stok pertama dibawa masuk telah habis disambar pembeli.
Sempat aku bersembang dengan salah sorang pembeli yang menempah motor klasik tersebut semasa berkunjung ke bilik pameran motor itu baru-baru ini. Dia bagitau zaman menonggang motor laju, berjaket tebal telah berlalu, dah puas dah..sekarang ni walaupun masih mahu melayan keinginan bermotor tapi memilih secara santaiii.. sebab tu motor klasik jadi pilihan...
Dulu memang aku tak berapa percaya, kenapa pemandu agak berusia bila memandu tak sederas orang muda. Kita yang muda masa tu, mula la bising bila mengekori mereka..hisssh bawak la laju sikit...bengkak je hati..rupanya sekarang baru aku faham. Sebagaimana orang muda, orang berusia pun mempunyai 'kelajuan nikmat' bila memandu...rupanya kelajuan nikmat turut berubah seiring dengan peredaran usia...
Macam tak caya je kelajuan nikmat aku masa bawak kereta sekarang antara 90-120km/jam saja., entah ..cubalah juga bawak laju, tanpa sedar nanti kelajuan akan berligar sekitar itu semula..dan kekadang rasa syok pulak bawak sekitar 70km/jam .sambil layan Radio Klasik Nasional..ha ha..Kelajuan nikmat bila bawak motor pulak..antara 140-160 km/jam...laju ke..? bagi yang tak pernah bawak motor besar kelajuan motor sebegini sebenarnya rasa lebih kurang macam bawa kereta dengan kelajuan kereta 90-120km/jam saja...!
Aku adalah juga cuba tonggang uji motor klasik tu baru ni..ish-ish rasa macam sangat perlahan je. Aku rasa untuk pakai sesekali sekala ok kot.. tak jadilah aku nak upgrade/downgrade semua motor aku ke kategori motor ini lagi..barangkali belum jadi pilihan utama aku lagi kot...
Ermm baki baki jiwa muda masih ada lagi agaknya..he he..

Tuesday, February 21, 2012
Tukar tayar...
Bila belek dari sudut ni, bunga tayar nampak masih mekar mengambang, tapi bila pandang dari belakang.., hu hu sudah botak mintak segera tukar...Bagi mat-mat motor korang mesti tahu aku ni spesis penonggang motor yang macamana....he he..langsung tak jumpa konar beb..dah check harga semalam di The Big Bike Shop,Puchong, sepasang dalam RM1040.
Issh...masa nak check tayar dari sudut ni ..,
Teringat yang ini...ha ha..
Tayar motor BM aku tu pun dah sampai masa kena tukar juga..Entah kebetulan ke apa tak pasti pulak aku, bulan ni dan mendatang berbaris motor dan kereta mintak tukar tayar...hu hu.. Takpa aku dulukan motor Suzi sebab ini motor harian aku...Pengalaman tayar motor pecah di Kuala Lipis mengajar aku jangan berkompromi soal penyelengaraan tayar, tanda tukar kelihatan mesti terus tukar., kalau tak..bersedialah untuk berbelanja lebih. Sangat tidak berbaloi...!
Subscribe to:
Posts (Atom)
CUTI CUTI
Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.