click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, July 27, 2018

UsCanada 2018 - D15 Lower Manhattan New York


24hb Julai Selasa.. 


Mula tiba di airport N. York Laguarda, mencari troli.. Alamak berbayar 6 dollar... Tak jadi . 

Airport untuk penerbangan berkapasiti kecil kelihatan sudah uzur. Sekarang sedang dinaik taraf. 


Semalam tiba lewat sebab flight beberapa kali ditangguhkan kerana masalah cuaca buruk. 

Menuju ke penginapan dalam 15 minit pemanduan menggunakan khidmat Lyft.. Salah satu khidmat teksi sapu ala grab dan uber. 

Hariini 24hb terus meronda Nyork. Impresi pertama..Kawasan kediaman yang kami duduki agak uzur dan prasarana juga uzur.. 



Berbanding negeri negeri Kanada yang banyak ditanam pokok pokok.. Di Nyork ini  betul betul hutan batu. 



NewYork Exchange seolah berada di celah celah lorong Financial district saja.. 



 Bangunan Trump di Wall Street.
Gah digambar beserabut saja terutamanya dihadapan pintu masuk.

Gerai dihadapan Trump Tower... Senang saja nak dapat makanan halal disini. 


Apa agaknya yang menarik perhatian pelancong luar ni di Wall Street.. 


Rupanya mereka sibuk bergambar di replika Charging Bull... Carian internet menceritakan lembu ini adalah simbol kekuatan rakyat amerika menghadapi keruntuhan pasaran saham 1987. 

Lawatan NYork tak sah jika tak bergambar berlatarbelakangkan Statue of Liberty.. Walaupun tidak secara dekat, dari kejauhan pun memadai.. 




Ramai sangat yang beratur untuk menaiki cruise ke pulau Statue of Liberty... Tak berbaloi ditambah dengan harga tiket yang mahal..

Dari Malaysia lagi sangat teringin melihat lokasi peristiwa runtuhan bangunan World Trade Center 911. 



Bersebelahan lokasi lama dibina bangunan baru


Bahagia awam wtc terdapat shopping complex.. 



Tapak bangunan lama dibina tugu berupa kolam besar berserta pancuran air.. Nama nama mangsa terkorban di catat di dinding kolam. 


Tower baru WTC block 1

Secara peribadi meragui betulkah bangunan itu boleh runtuh dengan hanya dilanggar kapalterbang. Bangunan meruntuh begitu cantik sekali tanpa melibatkan bangunan bersebelahan yang sangat berdekatan. .. Macam betul pula teori mengatakan bangunan sengaja diruntuhkan dengan letupan terkawal... Langgaran kapalterbang tu hanya gimik. 

Di NYC kami lebih banyak berjalan... Berjalan di lorong lorong... Orang begitu ramai. 



Menyaksikan aksi artis jalanan.. Mereka mencari makan cara ini... Sesudah pertunjukkan bergerak bersama karong mengharapkan sunbangan orang ramai.. 


. Ini antara lawatan wajib NYC... Berkunjung ke Jambatan Broklyn... Binaan yang dibina sejak seribu lapan puluhan lagi... 







Berhadapan bangunan kehakiman US.. Atau DOJ.. 


Berjalan ke depan berada di China Town...


Mudah bergerak di NYC menggunakan subway...Mesti ada metrocard. Destinasi ke mana mana 2.70 usd selagi tidak keluar dari stesen




Selain warga China, warga Bangla ada dimana- mana... Peniaga gerai ini pernah berkerja di Kepong Kuala Lumpur tahun 90an dulu... Sekarang ini telah menjadi warga Amerika.. 


Lagi mercutanda NYC.. Flatiron Building.. 


Thursday, July 26, 2018

USCanada2018-D14 Bye-Bye Canada

23 Julai Isnin.
Pejam celik hari ini hari terakhir di bumi Kanada. 14 hari kami menghabiskan masa di sana. 

Destinasi berikutnya adalah New York sebahagian destinasi penjelajahan 16 hari US. 

Flight jam 4.30 ptg. Sesudah checkout 9  pagi mengambil kesempatan masa terluang berbelanja cenderahati di pusat beli belah Hudson's Bay berdekatan. 





Kemudian sarapan dan terus makan tengahari. 


12.30 ke airport memulangkan kembali kereta sewa. 

Secara peribadi kembara kali ini adalah medan belajar membawa kenderaan panduan kiri..Tahap keyakinan berada pada paras 90 persen.. Masih ada kesilapan ketika pemanduan yang mengundah marah pengguna jalanraya lain. Rasanya pencapaian yang baik memandangkan ini pertama kali membawa kereta panduan kiri.. Dulu pernah juga bermotoran di Kemboja juga negara pemanduan kiri. Tapi menonggang motor dan memandu kereta adalah tidak sama. 

Pengalaman memandu kiri adalah sangat tidak ternilai.. Kalau sebelum ini kembara Eropah 2017 terpaksa mengikuti pakej kerana kurang keyakinan membawa kereta sendiri rasanya selepas ini semakin bertambah panjang langkah dengan keyakinan yang baru diperolehi.. 

Eropah masih banyak lagi destinasi yang belum diterokai. Afrika pun tak pernah pergi lagi.. London nampaknya akan lebih kerap dikunjungi kerana boleh dijadikan pusat transit  destinasi eropah lain disebabkan tiket adalah murah melalui situ. Destinasi London pula sering mendapat promosi tambang murah syarikat penerbangan.. 


Bersiap sedia untuk memulakan destinasi baru.. USA tunggu kami datang... 

Wednesday, July 25, 2018

USCanada 2018- D13 Burlington

22 Julai  Ahad. 

Harini kami melawat  bandar kecil Burlington 40km dari hotel dalam setengah jam pemanduan. 
Selesai urusan makan tenghari dan mencuci pakaian di kedai dobi  terus ke sana. 

Tiada destinasi spesifik di situ sekadar bersiar siar . Mulanya kami ingin ke pusat bandar Toronto tapi rujukan internet memberitahu harini ada festival disana dan pastinya sangat susah mendapatkan tempat parking. 



Masjid adalah destinasi pertama di Burlington. Ini salah satu masjid yang disenaraikan di internet, bermakna komuniti islam disini adalah ramai. Alhamdulillah masjid dibuka.  Sesetengah masjid dikunci dan hanya dibuka ketika waktu solat . 


Meneruskan pemanduan santai.. Menyinggah di rumah kelab LaSalle  Marina Park. 

Memandu lagi di kawasan perumahan. Hati bergetar melihat keindahan kawasan perumahan disini. Masa melawat kawasan perumahan di Vancouver sudah cukup teruja rupanya di sini lebih mengujakan. Kawasan perumahan bersebelahan padang golf.. Patut pun cantik.. Semua rumah dan halaman kelihatan sangat indah sekali. Bersih dan kemas





Rasa tak puas mencuci mata melihat keindahan kawasan perumahan ini.. Umpama berada di resort percutian.. 

Kalau kawasan perumahan ini indah, sudah tentu Royal Botanical Garden disini lagi indah.. Tapi google membawa kami ke kawasan perkuburan pula.. Mungkin kami ter silap memilih lokasi sewaktu memulakan pencarian googlemap. 


Pergh.. Kawasan kubur pun cantikk..
Sangat cemburu dengan budaya bersih dan kemas yang diamalkan oleh penduduk di sini..

Rasa terkilan pula tidak pergi ke Royal Botanical Garden kerana khuatir kehabisan data internet  yang diparas kritikal. Pemanduan kami di Kanada ini 100 persen berpandukan tunjuk arah googlemap... Jika dataline habis gerenti akan hilang arah. Untuk menambah data terasa tidak berbaloi kerana esok adalah hari terakhir lawatan Kanada..

Jadi pulanglah ke Teronto semula..

Dalam perjalanan balik menyinggah di Misissagua  10km saja dari hotel penginapan kami.

Menjamu selera beriani Pakistan.


Sepanjang 2 minggu di Kanada tidak menghadapi masalah untuk mencari tempat makan halal.. 

Tempat singgahan ini  majoriti restoran  mempamirkan logo halal dipremis mereka.. 

Esok kami akan terbang ke New York.. 

Tuesday, July 24, 2018

UsCanada2018-D12 Ottawa


21 Julai Sabtu.. 

Sedikit terkilan kerana kurang membuat analisa  lawatan Kanada Timur.. Asalnya kami hanya ingin meronda Toronto kerana menaiki kenderaan awam. Itu sebab penginapan hotel  ditempah 4 hari hanya tertumpu di sana.. Menyedari menaiki kenderaan awam adalah membuang masa dan mahal, kami mengambil keputusan menyewa kereta. 

Masalahnya terdapat pula klausa denda jika penginapan hotel dibatalkan.. Terpaksalah terus menginap hotel sama di Toronto. Jadi pergerakan sedikit terbatas. 

Lawatan hari ini adalah ke Ottawa. Balik hari. Jika penginapan hotel boleh dibatalkan tanpa denda nescaya kami akan teruskan lawatan ke Montreal dan bermalam di sana. 

 Jarak pergi balik Ottawa lebih 900km.. Kami keluar seawal 6 pagi... Tak mengapa waktu ini jam 5 pagi sausana sudah terang benderang. 

Kenderaan banyak di hiway . Hiway pula berselirat.. Pemanduan kiri  tidak selesa kerana masih lagi kekok ditambah dengan keadaan ini. 

Menjauhi Toronto...jalanraya mulai lengang. Kirikanan jalanraya hanya dihiasi pokok pokok belukar.. Agak berbeza ketika melalui jalan ke Edmonton yang dihidangkan dengan ladang ladang cantik. 


 Berbanding Kanada barat ternyata hiway di timur lebih canggih.. RnR disediakan  di spanjang hiway. Di barat kita  perlu keluar ke pekan-pekan kecil untuk ke R n R




Lawatan pertama ke Bangunan Parlimen Kanada. 




Memandu sekitar bandar Ottawa.. Pemandangan bandar agak kurang menyerlah

Seterusnya ke Rodeo Canal yang telah diistiharkan sebagai tapak warisan dunia. Musim dingin air terusan membeku dan dijadikan dataran ice skating. 



Sambil itu memandu lalu kawasan perumahan disana.. Tidak seindah di Vancouver..




 Singgah masjid Abu Ther AlGhafari. Di Ottawa memang banyak masjid.


Jika di Calgary masjid yang kami singgah di imarahkan oleh pengikut almuhamadiah atau Qadiani.. Di Ottawa ini masjid pengikut syiah pula.. Batu alas dahi disediakan di pintu masjid


Tak mengapalah.. Solat boleh di mana mana saja.. 

Sesudah itu terus makan tengahari di Shawarma Palace. 



Pengusaha milik Lebanon.

Sesudah makan kami ambil keputusan balik semula ke Toronto..Puaslah dapat sampai ke Ottawa.

Sepanjang balik menyinggah beberapa bandar bandar kecil antaranya Rodeo ville..

Dibawah ini lawatan ke PrescotVille






 Yang ini BrockVille pula.










Terowong keretapi pertama Kanada

Kalau nak diikutkan banyak lagi tempat yang ingin kami singgah.  Tapi perjalanan jauh lagi.

Jam 10 mlm kami tiba di hotel Toronto..



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK